Laman Webantu KM2A1: 2776 File Size: 3.3 Kb * |
Setan2 Menguasai Akhlak Mahathir dan Umno/BNnya By Amin Sapiro 14/9/2000 10:04 am Thu |
SETAN-SETAN MENGUASAI AKHLAK MAHATHIR dan UMNO/BNNYA..!
Kita merasa, kebelakangan ini Mahathir dan UMNO (khusuanya) memang
dalam keadaan paling tertekan. Sekaligus BN sendiri bagai ?anjing-anjing
liar tak bertuan?. Maka menyalaklah mereka ke hulu, mengokong ke hilir.
Sampai masa, terjelir lidah - curi makanan yang jadi milik orang!
Royalti Minyak Terengganu sebenarnya tidak seharusnya jadi isu. Hak
Keistimewaan Melayu juga bukan satu lagi persoalan. Apa yang rakyat
mahu sekarang ialah ?KEADILAN?. Tetapi Mahathir lebih cenderung menegakkan KEZALIMAN. Kalau zaman
Firaun, bolehlah kita bersabar. Tetapi setelah lebih 1,400 tahun Islam
tertegak hingga menjadi budaya kehidupan manusia, Mahathir masih
begitu ghairah diberi gelaran ?MahaFIRAUN? kepada dirinya. Bukankah
itu bermakna orang Melayu Islam sedang ditunda 5,000 tahun ke belakang;
sedangkan dunia sudah jauh bertamaddun?
Kita bersimpati dengan langkah-langkah kepimpinan PAS/BA
mempertahankan hak rakyat. Begitu banyak fitnah yang dilemparkan
kepada pemimpin mereka. Tapi, bila kita bandingkan kehidupan pemimpin
PAS/BA yang serba serderhana, maka rasa malu pula kita dengan sebuah
Mahligai tersergam dan Global Express untuk Presiden UMNO.
Lebih malu lagi kita: 2 juta rakyat masih tinggal ditahap kemiskinan -
sebagai setenggan peneroka bandar dan nelayan pantai. Pun, masih
dibebankan dengan hutang RM200 billion sebagai balasan sokongan
mereka kepada regim Mahathir dan UMNO/BN.
Bertanya kita, inikah dia yang dikatakan Mahathir dan UMNO/BN yang
kununnya memperjuangkan Pembangunan untuk rakyat? Patutkah lagi
mereka masuk campur dalam urusan dalaman sebuah negeri yang begitu
susah payah di merdekakan rakyat dari UMNO/BN (parti berprinsip
PENJAJAHAN)? Padanlah wang Royalti hak rakyat Terengganu ditakrifkan sebagai ?wang
Ehsan?. Rupa-rupanya ringgit rakyat dijadi sumber mengisi tembolok
Mahathir dan pemimpin UMNO/BN sekongkol politiknya.
Sebenarnya, merekalah perompak, penyeleweng, pengemis paling hina,
tidak amanah dalam sejarah negara ini Merdeka!! Memang mereka
berkerabat dengan SETAN-IBLIS yang direjam!!
Nauzubillahhhhh?.!! Amin Sapiro |