Laman Webantu KM2A1: 2775 File Size: 5.2 Kb * |
TJ: Penculikan di Pulau Pandanan By Marhain Tua 14/9/2000 9:56 am Thu |
MGG 78 Terjemahan Perundingan untuk menyelesaikan masalah penculikan di
Sipadan pernah terganggu beberapa ketika sehinggalah
beberapa juta US Dollar terpaksa di bayar sebagi ganjaran
wang tebusan. Walupun banyak penapian akan hal ini,
proses perundingan yang menelan masa empat bulan itu telah
membabitkan wang yang banyak. Beberapa negara Eropah
mahukan rakyat mereka dibebaskan tanpa sebarang
kemushkilan dan mereka memang sudah bersedia membayar wang
tebusan untuk tujuan itu. Inilah pendapat para diplomat
negara berkanan yang bertugas di Kuala Lumpur. Malaysia
telah menghantar seorang timbalan menteri bersama seorang
bekas ketua menteri Sabah yang disertai oleh beberapa insan
yang lain. Tugas mereka ialah untuk memnentukan pembayaran
wang tebusan itu. Secara rasminya, tentulah tidak ada
sesiapa yang mahu membayar wang tebusan itu. Situasi ini
berubah apabila Libya muncul ketika perundingan itu
menghadapi jalan buntu, lantas membuat tawaran
menyediakan wang tebusan yang diperlukan. Inilah yang
melegakan semua pihak. Timbalan Perdana Menteri malaysia, Abdullah Badawi pun
berkata bahawa pencuikan itu adalah bermotifkan kewangan.
Persekitaran laut Sabah, terutama sekali di kawasan
perairan Semporna memang merupakan tempat lanun berkumpul.
Mereka mampu melakukan operasi gelap secara menyerang dan
melarikan diri dengan pantas tanpa tentangan hebat daripada
pihak polis dan tentera. Kehadiran hampir setengah juta
pendatang Filipino yang majoritinya beragama Islam di
Sabah, daripada kepulauan Mindano memang merupakan satu
ancaman keselamatan yang seolah-olah dipandang sepi sahaja
oleh pihak berwajib. Penculikan di Sipadan dulu dikatakan
sebagai satu pertunjukan kekuatan di mana ada sumber di
Sabah yang mengatakan, telah membabitkan governor Mindanao
Mr. Nur Misuari dan beberapa ahli politik Malaysia.
Nampaknya usaha itu tidak berbaloi. Penculikan yang terbaru tentunya lebih serius dan
berbahaya. Nampak sangat betapa masalah keselamatan tidak
lagi diselesaikan. Mungkinkah penculikan kali ini
merupakan satu tindak balas kerana tindakan kerajaan Sabah
yang cuba mengekang kegiatan para lanun itu dan juga ahli
keluarga mereka daripada terus bermustautin di Sabah? Ada
sumber yang megnatakan bahawa penculikan di Sipadan dulu
adalah satu 'tunjuk kuat' oleh Mindanao sebagai membalas
tindakan kerajaan Malaysia menghalau pendatang tanpa izin
di Sabah. Kerajaan Filipina berpendapat bahawa ada rahsia
yang terselindung daripada penculikan itu. Ada rumusan
rasmi yang menunjukkan pembabitan seorang panglima tentera
yang sudah pun bersara dalam penculikan di Sipadan itu.
Kalau berlaku lagi beberapa penculikan seperti ini, kita
bolehlah melupakan kawasan yang terbabit sebagai berpotensi
untuk dijadikan destinasi pelancongan.
Manila kini mengetahui (bukan lagi satu andaian ketika MGG
Pillai menulisnya) bahawa tiga rakyatnya yang diculik itu
berada di Jolo. Kawasan itu pun dikepung oleh pihak
Filipina. Ini bererti Kuala Lumpur terjerat dalam satu
lagi situasi penculikan di mana pembayaran wang tebusan
adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Apatah lagi
ketika hubungan dua negara masih dingin lagi.
|