Laman Webantu KM2A1: 2772 File Size: 10.0 Kb * |
Royalti: Tindakkan Mahathir Saling Tak Tumpah Seorang Perompak By Amin Sapiro 13/9/2000 10:11 pm Wed |
ROYALTI PETRONAS: TINDAKAN MAHATHIR SALING TAK TUMPAH
SEORANG PEROMPAK! SAYA merujuk kepada surat bertajuk ?Wang ihsan: Tindakan Abdul Hadi
meragukan? tulisan NURULHUDA ZAINI ABDULLAH, Johor Baru.
Saya cuba membuat adaptasi dengan menterbalikkan kandungannya dengan
menggantikan berapa frasa dari seluruh paparan penulis beliau. Maka hasilnya
sangat bertepatan. Bacalah? [[?.Mahathir & UMNO/BN tak rela rakyat Terengganu menikmati wang Royalti
PETRONAS. Beliau memaksa rakyat Terengganu dan Menteri Besar, Abdul
Hadi Awang, supaya bersetuju dengan merasionalkan supaya mereka tidak
harus membantah pemberian wang itu secara langsung kepada rakyat
negerinya. Tindak tanduk Mahathir itu amat menghairankan kerana beliau nampaknya
mencuba sedaya upaya menafikan hak dan menyisihkan pandangan rakyat.
Mahathir mensahihan siaran akhbar Kerajaan Pusat tentang bayaran ihsan
tersebut. Memang Mahathir sengaja memutarbelitkan dan mencbul ?Perjanjian?
yang sah!! Apa yang jelas di mata rakyat ialah Mahathir tidak mahu menjawab soalan
yang menjadi tanda tanya rakyat - di manakah perginya royalti PETRONAS
hampir RM5000 juta yang telah disalurkan kepada kerajaan UMNO/BN
Terengganu sejak negeri itu ditadbir oleh Wan Mokhtar Ahmad?
Kenapakah Mahathir sehingga kini tidak mahu mendedahkan dengan terperinci
kepada rakyat dan Kerajaan Pusat tentang bagaimana wang tersebut
digunakan? Dari dokumen yang ada, memang UMNO/BN memang telah
melakukan 1001 penyelewengan. Sekiranya Mahathir dan regimnya telus, beliau dengan serta-merta perlu
menyerahkan segala butir-butir perbelanjaan keatas wang rakyat yang
dirompak berbilion-bilion yang telah diterima sejak UMNO/BN memerentah
Terengganu. Tetapi malangnya ini tidak berlaku. Mahathir dan UMNO/BN
banyak penyakit. Apakah yang hendak ditakutkan Mahathir sehinggakan masih mahu berdiam
diri tentang cara perbelanjaan royalti minyak yang 95% yang berlebih?
Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan isu ini, kita seperti rakyat lain,
ingin tahu sama ada kerajaan Mahathir dan Wan Mokhtar di Terengganu telah
membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan rakyat atau sebaliknya.
Ini adalah kerana ribuan juta bukanlah jumlah yang sedikit. Ia harus digunakan
untuk kepentingan rakyat Terengganu. Sehingga kini, kita dapati para
pemimpin UMNO, khususnya Mahathir Mohamad tidak ikhlas (jauh sekali dari
jujur) dalam kenyatan mereka di seluruh negara dan dunia.
Kita dapati Mahathir dan para pemimpin UMNI/BN hanya pandai berucap
mengecam Pembangkang mengenai royalti Petronas ini. Tetapi, sebenarnya
merekalah perompak nomor wahid dalam ?pecah amanah? dan ?jenayah
rasuah?. Itu sebab Mahathir takut ke mahkamah menjadi saksi Anwar.
Datuk Shafie Yahya baru saja membongkar pekung busuk Presiden UMNO ini
di makhmah. Apa pasal Mahathir tak jawab? Apa sebab UMNO tak tolak
belakang Mahathir supaya campakkan si bangsat terjerahap ke longkang?
Sebab pemimpin UMNO adalah ?kulikang? Mahathir.
Di platform-platform politik, para pemimpin UMNO/BN khusunya Mahathir
hanya mengaku telah menggunakan beribu-ribu juta wang PETRONAS dan
kutipan cukai rakyat. Tetapi tidak sekalipun menyatakan bagaimana wang
tersebut digunakan. Malahan sehingga kini - setelah lebih 20 tahun - akaun
dan rekod langsung tidak ada. Pepatah Melayu, ?Pelabur habis Palembang tak
alah?. Seolah-olah wang tersebut lenyap begitu sahaja tanpa perlu kepada audit dan
penjelasan kepada rakyat. Ini bukanlah pentadbiran sebuah kerajaan yang
bersih, cekap dan amanah! Sebaliknya, inilah contoh sebuah regim
?Pengkhianat dan Perompak? wang rakyat. Memang DAHSYAT!
Mungkin Mahathir fikir PETRONAS ada milik ?kepala bapak?NYA.
Seolah-olah segala-galanya terpulang kepada letak-hetong ikut nafsu-nafsi
beliau saja. Mahathir tidak peduli tentang bagaimana untuk membelanjakannya.
Namun hakikatnya wang tersebut bukan milik Mahathir atau regimnya. Memang
sah Mahathir & UMNO ?geng Mafia? kaki merompak!!
Apa yang rakyat tahu, Mahathir menggunakannya untuk ?bail-out? syarikat
anak-anak, suku-sakat dan kroni beliau yang jatuh muflis - bangkrup habis.
Selebihnya, wang rakayat diguanakn membina sebuah MAHLIGAI dan
membeli GLOBAL EXPRESS untuk dirinya berkeliling dunia! Lain untuk apa?
Itu Mahathir kena jawab!! Dibina ?kilang besi?. Apa yang ketara ialah itu adalah satu penipuan
sekongkol antara Mahathir dengan Eric Cheah. Mereka berkongsi mensonglap
hampir RM10.0 billion. Ditutup kes ini dengan mengaib dan memenjarakan
Anwar. Di sebut pula, kununnya wang itu digunakan untuk Pembangunan. Tetapi apa
yang rakyat nampak, poket kroni Mahathir makin gembung hingga terburai
pecah jahitan. Rakyat nampak bagaimana Mahathir bertindak menjadi
?pelindung? kepada semua amalan RASUAH dan PENYELEWENGAN para
menteri dan kroninya. Nampak sangat Mahathir ?baling batu sembunyi
tangan?. Wang royalti PETRONAS disebut sebagai pemberian daripada Kerajaan Pusat.
Kununnya untuk menolong rakyat Terengganu yang daif dan miskin. Di
sebutlah kununnya regim Mahathir beragenda untuk membantu membangunkan
kemudahan, projek pembangunan dan infrastruktur agar rakyat Terengganu
terus hidup dalam keselesaan. Soal, rakyat dah tengok sekian lama.
Hihhhh?..Abok pun tarakkkkk?.!! Tetapi, dengan melihat perkembang sejak 25 tahun sebelum ini, rakyat
Terengganu masih papa kedana dan merempat bangsat. Nelayan masih lagi
?nelayan pandati?. Yang kayaraya ialah Wan Mokhtar, anak beranak, wakil
rakyat UMNO/BN, kuncu-kuncu Mahathir-Daim yang setaraf dengan
?pengkhianat bangsat?. Mereka hidup senang lenang.
Rakyat Terengganu merengkok membayar hutang. Jumlah RM700 juta
ditingalkan oleh Kerajaan Wan Mokhtar, siapa mau bayar? Masih Mahathir nak
takrifkan rakyat Terengganu melampaui taraf kemiskinan? Heran sangat?.. mata
Mahathir ini BUTA kaaaaa?? Oleh sebab itulah YAB TG Abdul Hadi tidak harus berlembut lagi. Beliau
menuntut sebagai mempastikan supaya pembelanjaan wang tersebut tidak
boleh lagi mengikut sesuka hati ?penyangak-penyangak? Mahathir dan
perompak UMNO/BN. Seperti yang dilakukan dengan Tabung KWSP, Mahathir membenarkan Kroni
beliau menggunakan kemudahaan Tabung itu tanpa seizin pekerja yang yang
menyumbang untuk masa depan mereka. YAB TG Abdul Hadi sudah cukup maklum bagaimana jika royalti PETRONAS
yang berjumlah lebih dari RM800 juta terbiar dikendalikan oleh regim Mahathir
kelak. ?Mafia-mafia? Mahathir memang bijak melaksanakan ?program
Rompak-merompak?. Jika tidak diuruskan dengan telus dan cara pengagihannya dibiarkan pincang,
berat sebelah dan berbau politik; bermakna rakyat Terengganu dan orang
Melayu di negeri itu akan mati dalam ?harap-harap? seperti 25 tahu yang
lepas. Yang kenyang tembolok pastinya perompak itu sajalah.
Peristiwa yang sama ini tidak harus dibiarkan berulang. PAS/BA telah
memenangi Terengganu dalam pilihan raya umum lalu. Ini bermakna rakyat
Terengganu sudah tidak percaya dan tidak yakin lagi kepada UMNO/BN. Puak
itu tidak boleh berbuat sesuka hati dan membelakangkan kehendak rakyat
untuk hidup lebih selesa. Rakyat Terengganu tidak harus memikul beban
hutang ratusan juta akibat pentadbiran regim Mahatahir yang sudah dibuang
?bercerai talak tiga?. Telah dijelaskan dalam pilihanraya November lalu, Regim Mahathir sudah
dinyahkan, dan pemimpin mereka sudah tidak ada peranan untuk masuk
campur dalam urusan dalaman Kerajaan PAS/BA.
Malulah sikit, ?Janganlah jadi kera sumbang - Ayam tak patuk itik tak sudu.
Hidung ?besar? itu sah tak mancung, tapi pipi pulak tersorong-sorong.
Janganlah terus-terusan jadi perompak bangat. Sikit kasi banyak mintak.
Kalian fikir orang Melayu tak ada otak??]]
Sesungguhnya Mahathir dan UMNO/BN sedang ?nazak?. Selagi ada
?nyawa-nyawa ikan? ini, bawa diri itu bertaubat dan beristighfar
banyak-banyak..!!. Untung-untung akan diampuni Tuhan mu segala dosa mu.
Selama ini kalian telah mentadbir negara dan rakyat cara paling tidak amanah!
Allahu Akbar!! Amin Sapiro
|