Laman Webantu KM2A1: 2768 File Size: 7.8 Kb * |
Sandiwara Mahathir: Adaptasi Drama ?Alibaba Dgn 40 Penyamun? By Amin Sapiro 13/9/2000 8:21 pm Wed |
KADANGKALA kita dapat melihat bagaimana sukar dan
sulitnya penyokong UMNO dan komponen BN terkial-kial
berusaha keras menutup ?Sandiwara? dan Agenda
Mahathir sepantas kilat. Walaupun begitu cermat mereka
menyembunyikannya, tetapi masih boleh dilihat oleh
rakyat banyak. Seperti ?Bapak Penyamun? dalam cerita klasik Parsi:
?Ali Baba dengan 40 orang Pecuri?; walaupun Bapak
Penyamun (Mahathir) itu sedang berseronok
berkhayal-khayalan dalam sebuah pesta dirumah Ali Baba
(BA), sementara 40 orang penyangaknya (Kabinet regim
Mahathir merangkap MKT UMNO) terperangkap dalam
?tempayan? (menteri Mahathir dicekik jangan
membantah), namun Mardiana (DS Wan Azizah) tahu bahawa
Kepala Perompak (Mahathir) itu sedang bersandiwara
(pura-pura berkawan baik dengan Ali Baba/BA)!!
Itu adalah persamaan cerita dan karektor yang terdapat
dalam kedua-dua buah cerita tersebut. Kita tidak
sangka bahawa persamaan kedua-dua cerita itu memang
kena dan tepat ?tema dan plot?nya. Makin menarik lagi bila si Apek (Ling Leong Sik)
diberi ganjaran untuk menjahit bangkai Kasim Baba (BN)
yang sudah berkecai dicincang oleh prompak [UMNO
Baru(a)]. Sambil terhegeh-hegeh si Apek itu dipimpin berjalan,
beliau berdendang meminta simpati - perhatikan
liriknya ?. [[Hai.. ya Siti, pelempuan banyak mude,
?Nang bo tinang.. akhirnya UMNO BN jatuh
terlentang..!!?. Ada pula antara mereka yang ?mati
terkangkang?. Abu Hassan Omar mengikut jejak langkah
Rahim TC, mahagurunya. Mungkin Shadian Kassim akan
ikut sama. Terdengar khabar, Md Isa Samad pun sedang
mengatur langkah. Aziz Satar bilang?."Apa sudah jadi daaaaa".!!
Sudin jawab "COBAaaannnnn?.!!" Ani Jamin menjerit?. "Ini bukan ?cobaan?.. Ros dah dilarikan orang..!!".
Masih kita bertanya - mengapa P. Ramlee menyelitkan
pergelutannya dengan bayang-bayang ?hantu Jepun??
Mungkinkah itu satu perlambangan bahawa Mahathir dan
UMNO sentiasa dihantui oleh ?Anwar? yang sengaja diaib
dan dipenjarakan oleh Bapak Perompak ?
Allahyarham Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee memang
hebat. Kehebatan beliau membawa gelaran ?Tan Sri?.
Kehebatan beliau memang tidak tercabar lagi. Anak-anak
kecil pun berminat menonton gelagat beliau dilayar
putih. Gelaran ?Tan Sri? kepada P. Ramlee bukan macam ?Tan
Sri? puak menteri dan MB-MB UMNO. P. Ramlee
dianugerahkan gelaran kerana jasa-jasa beliau yang
wajar dikenang sebagai budayawan. Tetapi ?Tan Sri? pemimpin UMNO ada sikit lain macam!!
Belum mati dah dianugerahkan gelaran. Akhirnya mereka
menggunakan gelaran sebagai paspot untuk ?menyamun,
merompak, merogol, simpan perempuan, rampas hak rakyat
dan paling jijik mendapat tauliah jadi ?pengampu si
mamak?. Begitu juga hebatnya sdr. Ahmad Nazri Abdullah, bekas
ketua pengarang Berita Harian. Dengan mengandaikan
Mahathir Mohamad seperti ?raja? dari sebuah cerita
dalam Aesop Fables - Nazri menceritakan bagaiman raja
itu sanggup bertelanjang bulat di khalayak ramai,
sanggup ditipu bontang oleh tukang jahit baju si
?baginda bangang?. Diandaikan Mahathir yang memang suka orang
disekelilingnya bersikap ?amfu sana amfu sini?,
akhirnya politik dan ekonomi negara terlepas kepada
?anjing-anjing kurap? peliharaan Mahathir sendiri.
Sinis-sinis begini adalah permainan intelektuil yang
sangat mendalam kesannya kepada minda rakyat yang
berpendidikan. Rakyat sudah tidak dipengaruhi oleh
akhbar arus perdana. Mereka lebih cenderung membaca
versi internet dari Laman Pro-Reformasi. Sampai
Mahathir sendiri hilang akal bagaimana hehatnya
serangan penulis dan penganalisis politik semasa yang
berpuluh-puluh jumlahnya. Kita sudah lihat bagaimana Eric Cheah, Vincent tan,
Ting Pheik Khing, Abdullah Ng, Francis Yeo, Lim Goh
Tong, dll. menjadi begitu ?terkenal?. Mereka bukanlah
antara orang-orang yang berpendidikan tinggi, namun
mereka adalah antara ?penyangak? terhebat mencabar
kebijaksanaan pemimpin UMNO. Dikatakan mereka telah mencabar kebijaksanaan pemimpin
UMNO bukanlah kerana kebijaksanaan mereka hebat
sangat. Tetapi semata-mata kerana pemimpin UMNO adalah
termaktub sebagai pemimpin Melayu yang cukup-cukup
terserlah ?kebangangan dan kebebalan? mereka. Tepat
sekali ditakrifkan sebagai melampaui batas-batas
orang-orang yang berotak cerdik! Kita nampak bagaimana dungunya Rais Yatim dan beberapa
pemimpin lain yang cuma ?banyak cakap tapi tak tau
bikin kerja?. Mereka cuma pandai bercakap, tapi adakah
nampak kesan hasil usaha mereka? Tidakkah mereka
menjual murahan nilai diri dan maruah mereka - habis
lingkup sebaik saja mereka membuka mulut?
Kita tidak terkilan dengan sikap Ibrahim Ali - budak
kurang akal itu. Mahathir cuma gunakan beliau sebagai
?penyapu buruk?. Bila sudah tidak berguna lagi kepada
Mahathir, dia dicampakkan ke balik pintu.
Kita nampak prinsip pemilihan ?pemimpin? cara Mahathir
adalah berkonsepkan ?penyapu buruk?. Beliau hanya akan
memilih mereka yang bergunakan menyapu sampah sarap
dan najis yang dilonggokkannya.
Perkembangan terakhir menunjukkan Mahathir sedang
merancang meng?Habibie?kan Abdullah Ahmad Bedawi pula.
Peruntukan sejumlah wang sedang diuruskan sebagai
membeli sebungkus ?nasi? bagi rakyat yang dikerah bagi
?meramaikan? majlis ?Menyembah Berhala?. Ramai rakyat
yang dirancang secara paksa supaya ?berdatang sembah?.
Kununya, ?Berhala? itu wajib disembah dan dipuja.
Kununnya juga, ?berhala? itu pembawa rezki yang wajib
pula di?syukuri?. Huh?.!! Memang UMNO sedang ?menjahiliyakkan? aqidah
politik mereka. Tak taulah apa sudah jadi?!!
Kita yang diluar ini sedang memerhatikan bagaimana
kelompok ini sedang keluh-kesah mencari pengaruh dan
?makmum?. ?Bapak Penyamun? (Mahathir) sungguh-sungguh
takut ?tempayan? yang berisi ?pekasam busuk? (karenah
pemimpinn UMNO) akan terbuka sumbatnya.
Hari ini pekasam itu cukup-cukup rentung baunya. Satu
dunia sudah tahu, Mahathir memang persis ?Bapak Segala
Penyamun?, dan ?40 orang penyangak? dalam Kabinet dan
MKT UMNO sudah ?MAMPOS? disiram dengan minyak panas
oleh Mardiana (DS Wan Azizah). TG Hadi Awang sudah berkira-kira untuk membuka sumbat
?tempayan pekasan? Wan Mokhtar/UMNO-BN di Terengganu.
Ezam dan Azmin sedang ?counter-check?, berapa lagi
?tempayan pekasam? yang harus dibuka sumbatnya.
Mungkinkah termampu ?si Apek? menjahit ?bangkai?
Kassim Baba yang sudah berkecai kerat seribu?
Inilah keadaan yang wajib di reformasikan. Hematnya
rakyat sedang menunggu ketibaan tahun 2004?!!
Inilah proses rakyat yang beriltizam ?menegakkan
Keadilan dan menumbangkan Kezaliman?..!! Masanya sudah
beransur-ansur menjadi kenyataan!! Allahu Akbar!! Amin Sapiro |