Siri KTLBELB: Kalau Tak Larat Bersilat Elok Lagi Bersila
KTLBELB: Bab 29
YANG BERKOBAR DAN BERKUBUR
Sepatutnya Malaysia sebagai sebuah negara merdeka berada
jauh di hadapan dalam semua segi pembangunan negaranya
jika dibandingkan dengan semua negara dalam Asean. Jika
diambil-kira keahlian dalam pertubuhan negara-negara Islam,
Malaysia sepatutnya menjadi negara yang terkaya dalam semua
hal. Malangnya semua ini akan hanya menjadi satu impian
kosong. Malaysia kini terkenal kerana hutang bertapuknya.
Bayangkanlah, kalau simpanan wang yang diperolehi oleh
Petronas sepatutnya mencecah RM500 Bilion, yang ada tidak
pun sampai sepuluh (10%) dari angka itu, bukankah itu
bererti penerajuan negara selama ini adalah satu
penerajuan yang pincang dan bengap?
Mungkin sudah sampai masanya untuk semua rakyat Malaysia
menyoal dirinya apakah yang akan terjadi kepada negara ini
kalau sumber asli yang masih ada di perut bumi sudah
kehabisan. Apa yang akan berlaku kepada generasi anak cucu
kita satu hari nanti? Simpanan minyak dan gas di dasar
bumi Malaysia dikatakan mampu bertahan hanya untuk lima
belas (15) tahun lagi. Mampukah segala keuntungan daripada
simpanan itu nanti membayar hutang negara yang semakin
meninggi? Setakat ini kenapakah tidak ada suara Mahathir
memberi bayangan kepada rakyat malahan jua kabinet
bagaimana dia dan UMNO mampu menyelesaikan hutang negara
yang semakin bertapuk itu? Sebaliknya apakah yang
dilakukan oleh Mahathir sekarang ini selain berbelanja
besar seolah-olah khazanah negara yang digunakan sebagai
modal projek mega yang berterusan itu adalah harta bapaknya
sendiri?
Royalti Minyak Yang Menjadi Hak Terengganu.
Mahathir memang sedang berlagak sakan membohongi seluruh
negara terutama sekali orang Terengganu betapa royalti
minyak yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan Teerengganu
itu adalah satu tabung ihsan. Sayangnya Mahathir lupa
bahawa pembohongannya itu menelanjangkan kewibawannya
samasekali. Seluruh dunia kini mentertawakannya dan seluruh
dunia termasuk mereka yang mendewakannya di Afrika sedar:
betapa Mahathir adalah seorang pemimpin hipokrit yang sudah
pupus tarikh-gunanya. Soalannya sekarang, bagaimanakah
masih ada pemimpin dalam UMNO dan BN yang sanggup diam
membisu dengan gelagat Mahthir itu?
Mengikut cakap Mahathir, salah satu sebab Terengganu tidak
berhak menerima royalti minyak ialah kerana pelantar minyak
tidak berada di perairan Terengganu. Jadi, di manakah
letaknya pelantar minyak itu? Mengikut piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, sesuatu kawasan yang terletak dalam
kawasan 20 batu nautika adalah ditafsirkan sebagai kawasan
EEZ (Exclusive Economic Zone). Ini bermakna kawasan itu
adalah hak negeri/negara yang diiktiraf berhak ke atas Zon
Ekonomi yang Eksklusif. Kita juga faham, tidak ada sebarang
syarikat asing yang sanggup melabur dalam sebarang usaha
penggerudian di perairan antarabangsa kerana masalah
keselamatan. Kalau pelantar minyak itu diletakkan dalam
kawasan EEZ bererti segala risiko tertakluk kepada apa yang
disebut sebagai 'sovereign risk' yakni risiko kenegaraan.
Saya percaya Mahathir faham sangat akan hal ini kerana
masalah lokasi penggerudian minyak di dasar bumi bermula
sejak 1975 lagi. Tentunya Mahathir yang pernah menjadi
menteri perdagangan, menteri pelajaran, timbalan perdana
menteri dan kemudiannya perdana menteri, amat arif akan
fakta ini.
Mengikut amalan biasa, satu batu nautika ukuran linear
adalah bersamaan dengan 1.609 Kilometer. Kalau mengikut
takrif ukuran navigation (pelayaran), satu batu nautika
adalah bersamaan 1.82 km. Secara logikanya kalaulah
pelantar minyak di Lautan Cina Selatan itu tidak berada di
perairan Terengganu/Malaysia ia bermakna ia berada di
perairan antarabangsa. Tentu sekali sudah banyak pelantar
negara asing yang dibina di situ seperti terbinanya
beberapa pos (kubu kecil) kawalan yang dibina oleh negara
asing di Kepulauan Spratly. Dengan hal demikian, kita amat
sangsi bagaimanakah Mahathir sanggup terus celupar dengan
cerita pembohongannya itu, sedangkan dia tahu maklumat
yang diberikannya itu akan disanggah juga akhirnya.
Kita berkeyakinan Tuan Guru Hj Hadi dan juga Tun Salleh
Abas akan mempertahankan hak rakyat Terengganu dalam
kemelut yang sengaja dicetuskan oleh Mahathir ini. Kalau
boleh, biarlah segala penyelesaian itu menjadi satu iktibar
yang dapat mengajar Mahathir sebelum dia mati. Sekaligus ia
dapat menjadi satu pengajaran kepada semua para juak dan
jongosnya yang diam membisu dalam pembohongan ini.
Pembohongan Yang Berjangkit
Pembohongan Mahathir sebenarnya merupakan satu penyakit
yang menjangkit ke seluruh anggota pucuk kepimpinan UMNO
dan BN. Kalau kita lihat taktik UMNO sejak Mahathir
memberikan ucapan sambutan ulangtahun Kemerdekaan yang
ke-43, kita dapat lihat betapa pelbagai isu telah
diketengahkannya. Seperti kilat, isu yang disebutnya itu
dijulang tinggi-tinggi oleh para juaknya terutama sekali
mereka yang memimpin Pemuda UMNO. Sayangnya isu yang basi
itu diperbesarkan hingga hampir mencetuskan satu suasana
yang tidak menyenangkan.
- Ketika Mahathir menuduh Suqui sebagai satu kumpulan yang
mmempunyai persamaan dengan kumpulan pengganas komunis,
Pemuda UMNO terus bangkit tanpa sebarang usul periksa,
beratur dan mengibarkan bendera UMNO sambil menjerit
'sarang tabuan jangan dijolok'. Kemudiaan seorang pemimpin
yang bertaraf kroniputra (bukannya ada setitik pun darah
Melayu dalam sanubarinya) memberi amaran agar pihak Suqui
itu menyelesaikan masalah (yang sengaja diada-adakan oleh
Mahathir) dalam masa satu minggu. Apa jadinya selepas itu?
Kini, masa terus berlalu, amaran satu minggu sudah menjadi
dua, apakah jadinya? Orang Melayu jua yang malu!!!! Inilah
tabiat pemimpin Pemuda UMNO masakini. Ia amat bertepatan
dengan apa yang saya tulis pada 5.2.2000 berjodol 'Rentak
Juang Yang Hilang'. Saya mengajak para pemimpin pergerakan
itu membaca tulisan itu sekali lagi dan kemudian letak muka
di hadapan cermin. Cukuplah kalau saya katakan setakat ini:
Perbuatan anda mencabar orang Suqui bukan semata-mata
mencabar MCA kerana Suqui adalah serpihan MCA, sebenarnya
anda telah mencabar semua orang Cina di negara ini. Apakah
bahananya sekarang? Lihat, apa jadi dengan harga barang
makan, hampir semuanya naik melambung. Lihat, apa jadi
dengan pasaran BSKL. Kejatuhannya belum lagi dapat
dibendung walaupun ada usaha Utusan Melayu untuk mengemis
simpati orang Melayu membeli saham yang semakin merudum itu
- Mahathir telah memberi gambaran yang jelas betapa Suqui
adalah sama taraf dengan Al Maunah dan juga pergerakan
komunis Malaysia dulu. Alangkah aibnya tuduhan ini
sedangkan Kumpulan Al Maunah belum pun diputuskan oleh
mahkamah sebagai kumpulan penjenayah bercorak komunis.
Mahahir juga ada mengaitkan Al Maunah dengan PAS. Kerana
itu kita lihat beberapa penulis upahan sanggup menulis
mengenai hal ini dengan menggunakan frasa yang menghina PAS
sebagai kumpulan yang memberikan galakan kepada Al-Maunah
itu. Ironisnya sehingga hari ini PAS tidak pun membuat
sebarang tindakan untuk menafikan hal ini.
- Kelakuan memburukkan Suqui dan Al Maunah, dilaksanakan
selari dengan tindakan mengungkit Amanat Haji Hadi. Apa
yang disebut sebagai amanat itu diputarbelitkan menjadi
'Fatwa' kerana dengan penggunaan itu Haji Hadi boleh
ditekan sebagai seorang yang tidak layak mengeluarkan fatwa
mengikut tafsiran susur-galur majlis fatwa negara ini.
Tetapi, perkara ini sudah timbul sejak dua puluh tahun yang
lalu. Kenapa pula diungkit-ungkit kini? Sekali lagi kita
nampak akan muslihatnya. Mahu dikaitkan juga amanat itu
dengan Al Maunah. Malahan ada usaha untuk mengaitkan Al
Maunah denagn 'Fatwa' itu kepada Kisah Memali. Sekaligus
tabung bantuan mangsa Memali ditimbulkan.
Seorang teman telah bertemu bual dengan balu Al Syahid
Ibrahim Mahmud dan mendapatkan banyak cerita daripadanya
mengenai Episod Memali itu. Pertemuan itu dirakamkannya
tiga hari sebelum tercetusnya Episod Sauk. Balu Ibrahim
Mahmud ada mengungkitkan wang simpanan yang dikumpulkan
oleh Ibrahim Mahmud daripada sumbangan para penderma; yang
puluhan-ribu jumlahnya. Hingga hari ini wang itu belum lagi
dikembalikan oleh pihak polis. Begitu juga kitab dan surat
rasmi kepunyaan keluarga beliau. Sijil, surat beranak,
buku simpanan bank dan sebagainya semuanya masih
ditakrifkan sebagai hilang kerana telah diangkut oleh polis
ketika berlakunya episod itu. Semua perkara ini masih
dibekukan, selagi Mahathir masih berkuasa. Kita harapkan
Mahathir dapat bersabar untuk terus bernyawa dan menghadapi
'panggilan pulau' menjawab segala tuntutan keluarga yang
mati syahid itu.
- Salah satu impak pembohongan Mahathir terhadap kes
royalti ini sudah dirasakan di Sabah dan Sarawak. Kini,
Sarawak sedang bergolak dengan desas-desus akan adanya
pilihanraya umum mengikut trend yang dilakukan sejak lama
dulu. Kalau mengikut trend itu, pilihanraya selalunya
diadakan satu tahun sebelum tarikh sebenarnya. Ramai oang
Sarawak tertanya-tanya, apakah yang akan jadi kalau Sarawak
jatuh ke tangan pembangkang? Apakah Mahathir akan berkata,
pembayaran royalti yang sekian lama di buat kepada kerajaan
BN Sarawak adalah satu kesilapan? Mampukah Mahathir
berbohong lagi dengan mengatakan royalti itu mesti ditukar
menjadi bayaran ihsan juga?
Kenapa Mahathir Berubah Perangai?
Semakin ramai rakyat yang menggelengkan kepala apabila
melihatkan perangai Mahathir yang sudah berubah. Banyak
berubahnya, sehinggakan budak kecil pun tahu Mahathir sudah
semakin gemar berbohong. Setiap kali dia membuka mulutnya
dia akan berbohong. Bayangkan perkara ini:
- Mahathir kata sistem tindakan memperbetulkan ekonomi yang
mmerudum sudah pun berjaya. Tetapi dunia luar tahu bahawa
FDI (Foreign Direct Investment) yakni pelaburan asing
secara terus sudah semakin menurun, sehinggakan kadarnya
adalah lebih teruk daripada kadar yang dialami oleh negara
jiran.
- Mahathir kata dia berjaya membetulkan keadaan ekonomi
tanpa meminjam daripada Bank Dunia dan IMF. Tetapi, apakah
dia ingat semua orang tolol apabila dia menjual bon
Petronas dengan premium yang tinggi? Bukankah itu bererti
meminjam dengan kadar faedah yang lebih tinggi daripada
yang ditawarkan oleh bank Dunia dan IMF? Kenapakah dia
berbuat demikian sedangkan ini bererti menambahkan hutang
yang tidak sepatutnya? Jawapannya ialah, kalau dia meminjam
daripada IMF dan bank Dunia, syarat yang ketat yang
dikenakan oleh kedua dana ini ialah agar malaysia
menghapuskan sistem kronisma, daddykasi dan Detkasi.
Bayangkan kalau pinjaman sebanyak 1.8 billion diperlukan
untuk menebus kerugian yang ditanggung oleh Mirzan, apakah
IMF akan meluluskannya? Soalannya sekarang, pinjaman yang
dikenakan faedah tinggi keatas Petronas adalah merupakan
pinjaman yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia. Apabila
Mahathir menyalahgunakan wang negara yang disimpan oleh
Petronas untuk memulihkan kemuflisan anak-anaknya bererti
rakyat Malaysia terpaksa menanggung beban hutang itu kerana
mereka telah dipulihkan dengan wang rakyat yang diamanahkan
kepada Petronas.
- Salah satu sebab yang besar kenapa Anwar terpenjara ialah
keengganannya menurut arahan mahathir untuk membantu Mirzan
dan adik-beradiknya yang tertekan dan kesempitan wang satu
ketika dulu. Kenapakah Mahathir mendesak Anwar menggunakan
harta rakyat untuk menebus malu anak-anak yang bengap
berniaga? Kenapakah Mahathir tidak menyuruh beberapa anak
emas daripada kaum Cina yang diangkatnya martabat mereka ke
tahap yang lebih tinggi daripada anak-anak raja? Kenapakah
dia tidak menyuruh mereka menjual aset mereka di luar
negara untuk membantu Mirzan dan adik-adiknya?
Mencuri harta Rakyat Secara Terang-terangan
Kini, kita tahu betapa mahathir dan para juaknya telah
membalun harta rakyat secara terang-terangan sejak dia mula
berkuasa. Harta inilah yang diamanahkan oleh rakyat kepada
Petronas. Petronas adalah dibawah kuasa mutlak Mahathir
bin Mohammad dan bukan di bawah Kementerian Kewangan
ataupun parlimen. Alangkah liciknya si penyamun ini.
Sepatutnya simpanan Petronas sudah mampu memberikan
kemudahan kepada rakyat negara ini kepada pelajaran percuma
di peringkat universiti. Banyak cara dan kaedahnya perkara
ini boleh dipraktikkan. Tetapi Mahathir dan UMNO terutama
sekali Pemuda UMNO tidak pernah mahu membuat kajian
mendalam mengenainya.
Tetapi, apakah yang dilakukan dengan duit rakyat itu?
- Kita ulang sikit akan kebodohan Mahathir dalam membina
Menara Kembar Petronas yang tidak memberikan pulangan
bulanan yang setimpal dengan pelaburan kerana banyak ruang
yang tidak disewakan. Pembaziran ini masih lagi tidak
dapat menampung kerugian membeli Dayabumi daripada UDA.
Kemudian, lihat apa yang dilakukan dan dibelanjakan dalam
pembikinan Menara Kuala Lumpur, Litar Lumba Formula One,
Mahligai Airmata di Bandar Airmata Rakyat yang sungguh
membazir itu. Bagimana pula dengan MSC dan Cyberjaya? Kini
muncul pula E-Village yang dengan bangganya disebut menelan
RM3 bilion. Siapakah di antara orang melayu dan juga rakyat
Malaysia lainnya yang akan menikmati kecanggihan E-Village
itu?
- Pembinaan projek mega di atas adalah satu kerja gila.
Seperti gilanya pembikinan lingkaran keretapi letrik
sebagai pengangkutan di ibukota. Bayangkan apabila
seorang penumpang terpaksa turun di Masjid Jame dan
berjalan ke Jalan Raja Laut untuk menaikki satu tren yang
bukan daripada syarikat yang sama. Cuba lihat di negara
maju, sebagai contohnyha di Paris. Pertukaran kenderaan
boleh dilakukan di stesen yang sama. Kemudahan ini didapati
pada satu struktur yang dibina selepas perang dunia kedua
(lebih enam puluh tahun yang lalu). Bagaimanakah empat
pengendali projek pengangkutan boleh dibiarkan melakar
struktur yang tidak 'customer-friendly' adalah satu perkara
yang sungguh mengaibkan. Ia hanya boleh berlaku di
Bolehland di bawah Mahathir. Kini, kita nampak projek yang
dikendalikan oleh Vincent Tan masih lagi terpacak tiangnya
di seluruh ibukota. Hanya kertas iklan yang memaparkan
Telefon Maxis tergantung pada setiap tiang itu.
Bagaimanakah projek yang sepatutnya siap sebelum Sukan
Komenwel boleh dibiarkan terbengkalai dan diberikan pula
kelulusan untuk pinjaman bank? Inilah sebabnya masyarakat
Cina kerap bersuara sinis dan berkata: "Mahathir is the
crony of Vincent Tan." Kini, kudis yang digaru oleh Vincent
Tan sudah diketahui oleh ramai orang Melayu, kerana satu
ketika dulu, cerita bagaimna Vincent Tan dapat 'kaotim'
dengan Mahathir hanya menjadi rahsia bangsa (racial secret)
oleh kaum Cina. Tetapi, setelah melihat betapa ramai
masyarakat Cina yang muflis kerana keadaan ekonomi Malaysia
yang disalah-tadbir, ramai orang Cina yang marah dengan
Mahathir. Terutama dengan cara dia membiarkan dirinya
menjadi kroni si bekas penjual insuran itu.
Kemarahan masyarakat Cina itu semakin membara apabila
tersiar gambar Vincent Tan berpelukan dengan Ketua Hakim
Negara dan Ketua Peguam Negara. Bayangkan, alangkah aibnya
sistem kehakiman negara apabila gambar itu tersiar secara
meluasnya seantero dunia? Bukan sahaja sistem perundangan
itu yang dipertikaikan, seluruh masyarakat kehakiman itu
menjadi satu cemohan. Yang lebih perit menerima keaiban itu
adalah kita orang Melayu. Apakah Mahathir mengambil kira
akan perasaan kita yang malu dalam hal ini? Tidak, dia
sudah terlalu jauh melencong sebagai pemimpin untuk
dikekalkan dengan gelaran itu. Dia sudah mabuk dengan
gelaran Wira Dunia Ketiga yang disogokkan ke halkumnya oleh
Ibrahim al Kataki, sehingga dia lupa peranan utamanya.
Salahkah kalau ada orang Melayu yang membuat telahan
betapa Vincent Tan berkemungkiann dianugerahkan gelaran
'Tun' tidak lama lagi? Dalam hal ini memang amat sukar bagi
majoriti orang Cina yang mahu memaafkan Mahathir, kerana
mereka masih teringat ratusan peniaga Cina yang rosak
rumah-tangganya kerana ada di kalangan mereka yang membunuh
diri kerana jatuh muflis. Yang paling menjijikkan
masyarakat Cina sekarang ini ialah gelagat Mahathir yang
mudah bangun bila melihatkan jentikan jejari segelintir
korporat Cina yang sememangnya amat keparat. Kalau
masyarakat Cina boleh mencemuh Mahathir seperti ini, apakah
salah apabila segelintir orang melayu yang marahkan
Mahathir mencemuhnya dengan perkataan 'laknatullah'?
- Salah satu sebab kenapa kejatuhan ekonomi negara dapat
ditampung sehingga ayunanya ke atas semakin kencang ialah
kerana harga minyak yang naik mendadak di luar jangkaan dan
penakrifan para perancang ekonomi negara dulu. Kini, harga
minyak akan terus naik lagi walaupun OPEC berusaha
menaikkan kuota pengeluarannya. Sejarah harga minyak dunia
selalunya mengikut satu trend yang seakan sama secara
pusingan roda pedati. Harga akan dijangka naik lagi
sehinggakan satu tahap ia akan menurun dan terus menjunam.
Ketika itu kapal minyak yang besar-besar akan
terapung-apung di lautan dengan minyak yang tidak ada
pembelinya. Itulah ketikanya apabila banyak syarikat
multinasional yang hampir muflis dan dijual dengan harga
yang murah. Trend turun naik harga minyak ini selalunya
menjadi pengamatan Jepun, Taiwan, Singapura, Israel dan
China. Mereka kini merupakan tuanpunya banyak syarikat
besar di dunia sehinggakan Amerika tidak berupaya menggugat
ekonomi mereka sembarangan. Kelima-lima negara ini
mengimpot minyak yang mereka perlukan setiap hari.
Sepatutnya Malaysia berada satu kelas dalam kumpulan ini,
kalaulah wang kumpulan Petronas tidak diselewengkan oleh
Mahathir. Tetapi apalah yang kerap diucapkannya ketika
bersyarahan keliling dunia mengenai ekonomi negara. Dia
kerap berkata betapa dia bijak memperbaikki keadaan
mengikut acuan fikiran sendiri. Bullshit....!!!! itulah
jawapan yang sesuai untuknya.
Sampai Bila Mahathir Mahu Bersandiwara
Negara sedang memasuki gerbang kegetiran ekonominya.
Keresahan rakyat semakin ketara. Rakyat semakin sedar
kalaulah negara tidak membazirkan harta kekayaan yang
dialirkan melalui Petronas, banyak perkara boleh terlaksana
di negara ini tanpa Malaysia meminjam dan mengemis di luar
negara.
Sepatutnya kalau Mahathir pandai mentadbir negara, kita
rakyat Malaysia tidak payah membayar tol di lebuh raya.
Malahan, kita tidak perlu membayar cukai jalanraya.
Harga barangan semakin tinggi kerana kita membayar satu
perencanaan yang silap besar oleh pihak Barisan Nasional.
Banyak projek yang dikendalikan di negara ini telah
menggunakan tenaga pekerja asing. Harga kemasukan mereka
terlalu tinggi disebabkan kos korupsi dan upah yang
berbentuk rasuah. Lihat di Timur Tengah terutama sekali di
U.A.E., pendatang asing yang bekerja di sana adalah lima
kali ganda daripada penduduk pribumi negara itu (Abu Dhabi,
Fujirah, Rasal Khaimah, Dubai dan Sharjah). Kos tenaga
boroh tidak tinggi kerana adanya satu program bagaimana
kemasukan orang asing dihalalkan secara bersistem. Mereka
masuk dengan didaftarkan tanpa perlu bayar banyak wang
kepada kerajaan. Tetapi, pengawalan ketat dilaksanakan
setelah masuk. Mereka tidak dibenarkan berniaga. Kalau yang
lelaki mahu membawa isterinya memang digalakkan. Tetapi,
kalau lahir anak mereka, kerajaan tidak memberikan
kerakyatan kepada si anak itu. Setiap pendatang asing
digalakkan (sebenarnya dimestikan) untuk pulang ke
tanahairnya setiap dua tahun dengan membawa apa juga yang
mereka perlukan: alat-alat eletkronik dan juga kereta.
Kemudian mereka dibenarkan masuk untuk bekerja semula.
Tetapi, kemasukan sebahagian besar rakyat asing di negara
ini dikenakan kos yang tinggi kerana permit membawa masuk
itu difaraitkan kepada golongan kroni semata-mata. Mereka
bergoyang kaki sedangkan kerja sebenar di sabkan mungkin
lima lapis di bawah sehinggakan para pekerja memerlukan
gaji yang tinggi untuk menampung modal kering kemasukan
mereka itu. Ada pekerja yang tidak pun menerima gajinya
sehingga hampir tempoh tamat perkhidmatan mereka. Ramai
yang terperangkap kerana ditangkap di musim penghujung
kontrak kerana majikan yang merancang agar mereka
ditangkap.
Di waktu yang sama keadaan kehidupan di negara ini adalah
lebih lumayan jika dibandingkan di beberapa negara asal si
pendatang itu. Kerana itu mereka sanggup menanggung risiko
bekerja tanpa pas dan permit ataupun dengan melanggar
aturan permit kerja yang asal. Semua risiko itu mampu
ditanggungi kerana konsep rasuah di mana perlu dan bila
diperlukan. Kenapakah perkara ini berleluasa, kalau bukan
disebabkan orang atasan pun menikmatinya, bukan?
Kerana itulah lesen terbang berterbangan kerana pendatang
haram pun boleh membelinya dan mampu diambil bekerja oleh
majikan rakyat negara ini. Begitu juga dengan tempoh
tinggal pada pendatang itu. Siapakah yang mahu
pertikaikannya kalau mereka itu yang membanjiri pusat
hiburan dan mampu membeli bir secara berjag-jag dan tikaman
judi secara beratus ringgit setiap pertaruhan? Bagaimana
pula dengan kemudahan penghibur di rumah jalang? Semua
maksiat ini dipermudahkan kepada pendatang asing seperti
juga mereka dipermudahkan mendapat tanah (dengan ihsan
pemimpin UMNO sahaja) untuk mendirikan rumah batu yang
lebih besar daripada yang termampu oleh majoriti orang
melayu di negara ini.
Kalau kita lihat keadaan perniagaan di jalan Raja Alang dan
persekitarannya, kita dapati 99% peniaga di situ adalah
orang pendatang, kebanyakannya tidak pun mempunyai surat
kemasukan yang sah. Lihat bagaimana mereka boleh berniaga
dengan menutup ruang pejalan kaki di kebanyakan lorong di
situ, sehinggakan terang-terangan di siang hari di Chow
Kit. Siapakah yang mampu menegahnya? Tetapi, kalau ada
orang Melayu tempatan yang cuba berniaga cara itu, segala
jualannya itu akan diangkut oleh penguatkuasa bandaraya.
Bagaimanakah perkara begini boleh berlaku? Kawasan ini
adalah di bawah penyeliaan Dato' Drs. Sulaiman Mohammad,
yang merupakan anak jati Kampung Baharu. Nampaknya sejak
media massa memberikan gelaran Doktor kepadanya, Sulaiman
sudah semakin tidak berupaya menyekat penaklukan orang
seberang ke kawasan parlimennya.
Kalau Bapak Sudah Borek...
Kedaan negara, seperti yang ditulis oleh Mat Teropong
memang semakin getir. Mahathir faham akan keadaan itu,
kerana itulah juga bunyai laporan perisik kerajaan yang
melapor kepadanya. Tidak ada stabiliti dan penentuannya.
Orang putih kata: Too many uncertainties (terlalu banyak
tidak keruannya). Semakin jelas kini Mahathir sudah gagal
menerajui pemerintahan negara. Dia sepatutnya berundur
secara terhormat sebelum terlambat:
Mahathir sudah semakin tidak stabil dalam bertindak. Contoh
terbaik ialah dengan penamatan khidmat Tajuddin Ali.
Apabila Jamaluddin Jarjis diumumkan sebagai pengerusi baru
TNB, pasaran saham bergolak dan sejak itu keadaan pasaran
terus bergelora. Mahathir cuba memperbaikki keadaan dengan
melantik semula Tajuddin Ali. Apakah dia fikir, Tajuddin
tidak ada maruah diri? Tindakan menawarkan balik jawatan
CEO kepada Tajuddin sebenarnya merendahkan maruah diri
Mahathir dan bukannya Tajuddin. Perkara ini lebih
diburukkan oleh keperibadian Jamaluddin Jarjis yang memang
tidak disenangi oleh para pekerja TNB terutama sekali
golongan professional yang sudah lama dicemuh oleh
keceluparan JJ sendiri. Apa akan jadi akhirnya, kalau bukan
satu organisasi yang berkecamuk kerana berkuburnya semangat
'espirit de corps' (setiakawan) di kalangan para pekerja
organisasi itu? Sikap malas untuk bertugas dengan jujur
memang sudah lumrah di banyak pejabat kerajaan, kerana
mereka terlalu jelek dengan tingkah laku Mahathir dan para
juak UMNO beliau. Sekaligus, semangat berkhidmat kepada
negara yang berkobar selama ini sudah pun lama terbukur.
Cara menggugurkan Tajuddin tentunya menjadi satu tandatanya
kepada banyak pihak. Apatah lagi setelah melihat bagaimana
Dato Wira Mohamad Said digugurkan daripada Telekom bulan
yang lalu. Harga saham Telekom terus jatuh sejak itu dan
belum betah lagi. Kini, keadaan yang sama melanda TNB. Apa
pula yang akan berlaku esok dan lusa kepada oraganisasi
yang mempunyai dana yang besar?
Dalam banyak hal kita boleh pertikaikan perwatakan Mahathir
masakini. Dia telah naik menerajui UMNO kali ini tanpa
dipilih oleh ahlinya. Sekaligus dia kekal sebagai perdana
menteri. Dia telah mencengkam kuasanya dengan menuduh Anwar
dengan barangan bukti yang 'cukup' untuk ditunjukkan kepada
mahkamah. Tetapi, dia enggan untuk hadir ke mahkamah
apabila diminta. Kini, dia mempunyai bukti betapa Al
Maunah dan Siqui adalah kumpulan komunis. Apakah Karpal
Singh sebagai peguambela akan berjaya meminta mahkamah
mengeluarkan sapina meminta Mahathir menunjukkan bukti itu?
Bagaimana pula kalau ada sekumpulan rakyat Terengganu yang
bertindak menyaman Mahathir kerana ura-uranya menukarkan
tafsiran royalti minyak menjadi sumbangan ihsan? Kalau di
setiap jajahan dan mukim Terengganu itu akan muncul
kumpulan yang bertindak demikian, apakah tidak mungkin satu
saman itu melekat dan mengenai Mahathir? Mampukah dia
menangkis semua itu kalau bukti sahih daripada segi
undang-undang akan memperlekehnya? Sudah tentu kali ini
Mahathir tidak boleh memproksikan kerja tangkis menagkis
itu kepada seorang panglima komando tentera!!!!
Demikianlah bagaimana negara ini akan terus kucar-kacir
gara-gara kelakuan Mahathir yang semakin ganjil dan semakin
menjijikkan. Keadaan mencelaru ini tidak boleh dibiarkan
berpanjangan, kerana tetamu asing yang bercuti sepanjang
karnivel jualan murah "Merdeka" itu akan pulang juga
akhirnya ke negara sendiri. Mereka tentu bercerita akan hal
Malaysia yang satu ketika dulu merupakan negara pilihan
mereka. Tetapi kali ini mereka tentu bercerita akan sebuah
negara pilihan itu dalam nada yang negatif. Tentunya mereka
akan berkata bahawa Malaysia sedang dilanda musibah kerana
perangai seorang diktator tua yang tidak mahu bersara.
Sejak penyingkiran Anwar Ibrahim, Mahathir sudah
menyerlahkan betapa dia sanggup memusuhi rakyatnya sendiri.
Sejarah tamaddun dunia menunjukkan, apabila seorang
pemimpin negara yang popular sanggup memusuhi rakyatnya
semata-mata untuk terus berkuasa, maka itulah titik
permulaan akan kejatuhannya.
Demi maruah anak-anak dan cucu-cicitnya, kita amat
mengharapkan Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana
menteri Malaysia dan berundur daripada arena politik untuk
sementara waktu. Inilah jalan yang sebaik-baiknya kalau dia
mahu menyelamatkan para zuriatnya. Inilah juga jalan yang
paling mustajab untuk para juaknya yang kini terperangkap
di antara menyokongnya kerana termakan budi dan
menentangnya kerana memikirkan kepentingan diri sendiri.
Keranamu Malaysia, hari-hari terakhir untuk Mahathir sudah
semakin ketara. Hanya menunggu penentuannya sahaja. Apabila
sampai ketikanya, seribu titisan airmata tidak akan
membawa kesan. Seratus bait gurindam-seloka tidak akan
mengubah perasaan. Mahathir dan para juaknya harus faham
akan perkara ini kerana apakala tiba masanya, seribu laras
senapang, ratusan belantan dan perisai para penggempur
terlatih dan puluhan kereta pancutan air berasid tidak
akan mampu membendung arus gelombang manusia yang mahukan
kulit kepalanya.
Marhaintua
12 September, 00