JIKA MAHATHIR TERUS BENGKENG.. TEMUKAN ?BUKU DENGAN RUAS?
- Jika Mahathir menuntut justifikasi perancangan Kerajaan PAS Terengganu
mengenai pengagihan wang Royalti RM42I juta bulan Februari sebagai
syarat royalti minyak kepada Terengganu; rakyat (orang Melayu) berhak
menuntut supaya Mahathir hadir di hadapan satu Suruhanjaya Penyiasat Di
Raja bersabit penggunaan 95% wang hasil PETRONAS (Semenanjung, dan
Malaysia Timur) sejak beliau mengambilalih jawatan PM.
- Jika didapati ada salahguna dan pecah amanah (CBT), Mahathir
hendaklah dituntut hadir di mahkamah untuk menjawab senarai
soalan-soalan panjang.
- Rakyat harus bangkit dan pembangkang wajib mengambil tindakan untuk
mengemukakan saman resmi (atas nama rakyat Malaysia). Gerakkan semua
jentera parti dan NGO untuk mendakwa Mahathir sebagai orang yg
bertanggungjawab!!
- Pembangkang (PAS) wajib mendedahkan butir-butir lengkap
penyelewengan Kerajaan UMNO/BN di Terengganu (sebelum PAS
mengambilalih) yang telah diselidik dari dokumen yang ditemui.
- Bumi ini hak rakyat. Mahathir tidak ada hak menentukan dirinya sebagai
pengagih dan peminda sebarang ketetapan yang menjadi undang-undang,
peraturan dan amalan sekiranya perbuatan itu bertujuan mengkhianati rakyat
dan negara!!
NEGARA INI TANGGUNGJAWAB KITA (ULANG: NEGARA INI
TANGGUNGJAWAB KITA)!!
Heret Mahathir hingga ke mahkamah antarabangsa di Den Hague!!
Pertimbangkan usul ini secara serius.
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)