Laman Webantu KM2A1: 2755 File Size: 10.2 Kb * |
B3: Definasi, Unsur, Ciri Nasionalisma By web aNtu 11/9/2000 10:59 am Mon |
BHG 3: DEFINASI UNSUR DAN CIRI-CIRI NASIONALISMA
PRAKATA EDITOR Rencana ini adalah terjemahan buku Islam And Nationalism.
Antara sebab saya menerbitkan rencana ini adalah untuk memberi kesedaran,
khususnya kepada ahli2 umno dan untuk beberapa penulis tanah air,
terutamanya setelah munculnya beberapa penulis sains politik yang cuba
menanam fahaman liberalisma. Gerak geri dan tindak balas pejuang2 ditulis takwil seolah2 pejuang2 kebulur
kejayaan dan markah. Mereka tidak faham apa itu tanggungjawab dan mereka tidak
mengerti penulis dan gerakan Islam bukan gerakan mencari markah.
Dalam dunia yang penuh dengan dugaan dan kezaliman ini, markah penuh pun
masih tidak mencukupi untuk kesyurga. Keredhan ilahi lah yang dicari, tapi
ia tidak akan dapat dicapai dengan berdiam diri. Atau menulis untuk kepentingan
diri, populariti atau sekeping kertas bernama gaji. Paspot untuk berjaya dihari
yang menanti bukan itu semua - tetapi keikhlasan diri.
Penulis yang ikhlas tidak memburu nama, apalagi gelaran untuk menjadi popular.
Mereka menukar2 identiti semata2 kerana bimbang keangkuhan menguasai diri.
Kita tidak mengenal mereka - tetapi mereka menulis saban hari tanpa henti...
Dan mereka juga tidak ingin dikenali. Pejuang seperti inilah yang sewajarnya
dicontohi - kerana mereka menulis bukan untuk satu sijil di alam nyata, atau
satu hadiah berupa harta. Mereka berpena sambil menitiskan air mata. Mereka tetap melakar walaupun usia
sudah mencecah tua. Mereka bangun di tengah2 malam buta untuk beribadat kepada
Yang Maha Esa. Mereka menyumbang tanpa merasa rugi atau kecewa jika yang
membacanya amat kurang jumlahnya. Mereka tidak memandang itu semua - kerana
kejayaan itu bukan untuk mereka, tetapi untuk anak2 yang bakal mewarisi negara.
Mereka menulis seperti digaji, tetapi mereka sebenarnya tidak bergaji dan tidak
pernah berharap untuk digaji. Hanya keredhaan ilahi yang dicari.
Ada sesuatu dalam diri mereka yang sukar dicari kerana ia berputik dari keikhlasan diri. Mereka mencari dan menyumbang bahan untuk memantapkan
perjuangan, bukan menulis sesuka hati memperlekehkan usaha juang yang kita
sendiri sudah arif memang penuh dengan kelemahan. Mereka berusaha dengan
secebis penulisan bukan untuk mencetuskan pergaduhan, tetapi untuk memberi
tongkat kepada yang tempang, menampal atap yang berlubang, dan menyediakan
gelombang kebangkitan untuk dinikmati kejayaannya oleh generasi yang akan
datang. 1- DEFINASI Patriotisma adalah semakna dengan nasionalisma. Dalam bahasa Latin, 'natio' dan 'nitus' bermakna "tempat lahir". Para saintis politik memberi makna yg berbeda:
Carlton Hayes: "Nationalisma adalah satu kumpulan politik yg bebas yg mempunyai pandangan
dunia dan asas budaya yg sama." Luigo: "Satu bangsa adalah satu kelompok manusia2 yg terikat oleh faktor kawasan,
darah, bahasa, budaya san sejarah" Kohn: "Perasaan mendalam yg ketara yg melekat kpd tanah air dan ketaatan yg mutlak
kpdnya. Juga keinginan utk berkongsi arah tuju bangsa adalah asas kpd
nasionalisma, dan ketaatan tidak berbelah bagi kpd tanah air atau bangsa adalah
faktor yang paling dominan menjiwai perjuangan ini. "
"Loyalty and attachment to a national unity are more significant than any other attachment in the question of nationalism. Other charasteristics of nationalism are pride in the achievements of one's nation, aa deep belief in the distinction of one's nations and even its superiority over other nations."
Analisa definasi2 di atas menjelaskan dua perkara:
A- Nasionalisma tidak mengambil kepercayaan ugama dan ideologi sebagai asas untuk penyatuan, sebaliknya ia mengambilkira bahasa, kawasan dan bangsa. Bangsa dan tanah air adalah paksi nasionalisma.
Menurut fahaman nasionalisma, apa yg membedakan satu manusia dari yg lain
bukan ugamanya, tetapi
Inilah 4 dinding nasionalisma. Sesiapa yg berada diluar dinding ini dikira
orang asing. B- Kesemua kesetiaan berpusat kpd tanahair. Ini bermakna kesetiaan kpd Tuhan, ugama, kepercayaan, ideologi dll kesemuanya tertakluk di bwh kesetiaan kpd negara dan bangsa. Tidak ada kesetiaan yg dapat melebihi kesetiaan patriotisma - ini bermakna jika sentimen keugamaan bertentangan dengan sentimen patriotisma, sentimen ugama tidak diikuti.
Menurut pandangan di atas, nasionalisma amat berhubung kait dengan sekularisma - kerana ia memisahkan pemerintahan dari ugama. Salah satu slogan kebangsaan Mesir ialah:
"Ugama adalah perhubungan peribadi individu dengan Tuhan dan nasionalisma adalah perhubungan individu dengan masyarakat (sosial dan politik)."
Fahaman sekularisma bermakna ugama hendaklah di sempitkan kepada kehidupan peribadi seseorang dan ia tidak boleh "mengajar" soal2 polirik dan sosial. Menurut fahaman ini, nasionalisma dan ugama tidak boleh sama2 memerintah kerana penyatuan mestilah berdasarkan kpd kawasan, bangsa atau bahasa, bukannya ugama. Maka ugama disingkirkan dari melibatkan politik. Nasionalisma berkehendakkan semua pendukungnya mengorbankan segala2nya, termasuk ugama mereka, demi perjuangan menegakkan/memajukan bangsa dan negara.
Nasionalisma menganggap kedaulatan sebagai alat utk mengawal atau menjaga negara dan rakyatnya dan bukan utk mengenakan satu2 ideologi atau sistem. Penonjolan ciri2 kesenian, budaya, karyawan2 adalah antara cara untuk menggambarkan sentimen patriotik ini.
Menurut Ibn Khaldun, unsur penting dalam patriotisma ialah nasionalisma.
Ciri Nasionalisma: a) Percaya seseorang itu perlu menjaga (defend) rakan senegaranya dari orang
asing, tidak kira samada rakan dia benar atau salah.
b) Mengagung2 kan pahlawan2 dan hero negara seolah2 ia satu amalan yg wajib
c) Menghidupan budaya2 atau adat2 lampau - walaupun ia bercanggah dengan ugama.
d) Kecenderungan utk mengubah sejarah lampau, dan membuat cerita palsu untuk
menunjukkan suku sakat mereka sajalah yang berjasa selama ini.
e) Seperti fahaman lama Totenism, terdapat beberapa simbol yg dianggap suci
- seperti bendera dan lagu. Nasionalisma sebenarnya bagai ugama pura2 dengan "nabi" pura2 mereka. Setiap negara yg menganut fahaman ini mempunyai seseorang yg amat diagung-agungkan sehingga gelaran2 berjela diberi serta pelbagai madah diolah sambil menyeru rakyat mensyukuri nikmat yg telah dibawa olehnya kedunia ini.
Sikap ahli2 umno menerima bulat2 sahaja keputusan pemimpin2 mereka dengan alasan: "PM lebih arif" adalah antara senario ugama ini. Malah ada yang sampai memberi taraf yang tidak masuk aqal - iaitu "wali" kepada Mahathir. Sikap ahli umno mempercayai segala2 yang diucapkan oleh Mahathir sebagai "yang terbaik" untuk mereka dan negara ini adalah sinonim kepada "keimanan" mereka yang tidak berbelah bahagi kepada Mahathir.
Inilah "wali" yang memarahi Datuk Shapei yang menyiasat kes Abul Hasan.... mengapa sampai kini tidak ada ahli umno yang dapat menyangkal kenyataan bekas pengarah BPR ini? Mengapa kes ini disenyapkan sedangkan ia adalah satu kesalahan yang amat besar kerana mengganggu tugas2 penyiasatan?
5- NASIONALISMA SEBAGAI SISTEM PERKAUMAN
Berdasarkan kepada fahaman ini, sesiapa yg berada dlm kelompok mereka diberikan layanan mesra, tetapi yg berada diluar dianngap asing dan tidak berguna. Beberapa logo menjadi simbol atau sijil keramat perjuangan. Pihak British menggunakan singa dan bendera biru sebagai simbol, manakala pihak jerman berjuang dengan gambar helang bersama bendera merah. Mereka sanggup melakukan apa saja demi simbol2 ini - bukannya demi ugama mereka. Mereka berbangga dengan fahaman mereka dan beberapa slogan kekata dicipta untuk menunjukkan betapa setianya mereka kepada lambang2 mereka - sampai bila2.
Sebab itulah kita tidak heran bila mereka melaung2 kan dengan beberapa slogan:
"UMNO dulu, kini dan selamanya" Kita lihat UMNO hari ini sudah semakin teruk dan jauh terpesong, bukan sahaja dari perjuangan umno asal, malah dari tuntutan Islam sendiri. Presidennya terang2 menghina hukum Islam, memperlekehkan Nabi (saw), mempersendakan undang2 dan syariat Islam, malah mengaibkan seluruh umat Islam Malaysia sewenang2nya di bumi mereka sendiri. Dengan membiarkan AI dihina, dimalukan dan dihukum - beliau sebenarnya telah menghukum dan memalukan SELURUH RAKYAT MALAYSIA yang berugama islam dengan kuasa yang ada pada nya dan kuncu2 nya. Mengapakah sampai hari ini tidak ada ulamak umno yang tampil menceritakan apakah kesaksian dalam kes ini boleh diterima oleh syara' dan kenapakah mahkamah syariah tidak dipakai untuk mengadili AI.
Mereka sebenarnya tahu - mahkamah Islam tidak akan menyebelahi mereka - maka
dengan sengaja mereka membawa kes ini ke mahkamah sivil. Mahkamah Islam tidak
akan membenarkan penghukuman sekiranya ada walau sedikit pun kecacatan dipihak
pendakwaan - tetapi tahun ini kita mendapati hukuman bersalah dijatuhkan
walaupun telah banyak kali butiran pendakwaan ditukarkan kerana keraguan2
yang timbul semasa sesi mahkamah berjalan.
Mengikut konsep keadilan dalam Islam "Adalah lebih baik melepaskan orang yang bersalah daripada menghukum orang
yang tidak bersalah". Inilah nilai2 keadilan Islam tetapi apakah nilai2 Islam seperti ini digunakan?
Bertahun2 kita di buai dengan kempen nilai2 islam - tetapi apakah benar
sebagaimana yang dilaung2 kan atau sekadar modal untuk menipu dan berkuasa
memanjang? Tidak guna Mahathir mendabik dada mendapat hadiah Lariba, kerana
seribu hadiah Lariba pun tidak akan dapat menanggalkan cemarnya nama Mahathir
di sisi umat Islam kerana telah dengan jelas mempersendakan Islam dan umatnya
di seluruh bumi Malaysia.
|