Laman Webantu KM2A1: 2754 File Size: 10.2 Kb * |
B2: Akhbar Melayu Menjana Wadah Penjajah By Amin Sapiro 10/9/2000 11:19 pm Sun |
Kerajaan PAS dan seluruh rakyat Terengganu tidak akan menerima sebarang
bentuk pembayaran melainkan wang tunai.
Bertitik tolak dari kemenangan rakyat Terengganu dan dunia yang
mengktirafnya sebagai kemenangan mereka yang sah dalam pilihanraya ke
10; dengan itu adalah sah dari segi undang-undang dan selari dengan
amalan demokrasi yang diperakukan dalam Perlembagaan Negara BAHAWA
mereka berhak memilikki hak-hak yang datang bersekali dengan kemenangan
mereka itu. Hakikat itu tidak boleh dipertikaikan. Jika ia dipertikaikan bermakna mereka
sedang dizalimi dan demokrasi sedang terancam dengan dahsyat sekali. Itu
harus diterima - bukan tohmah atau fitnah!
Tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan PAS sebagai mewakili rakyat
Terengganu, dan segala hal yang bersangkutan dengannya tidak boleh
dipinda sewenang-wenangnya atau dijadikan isu politik ?balas dendam?
oleh mana-mana pihak, khususnya regim Mahathir kalah teruk November
lalu. Tuntutan itu bukan saja sah dan halal, malah mempertikaikannya adalah
suatu pememecahan undang dan pengsahan oleh Parlimen negara ini.
Sebarang pindaan yang dilakukan adalah berupa ?peras-ugut? berbau
politik oleh pihak Mahathir dan UMNO/BN keatas sebuah negeri didalam
Malaysia dan sekumpulan rakyat yang berdaulat dibawah Perlembagaan.
Rakyat Mulai Syak dan Waham Rakyat sudah mula bertanya mengapa masalah yang dibangkitkan oleh
Mahathir hanya ditimbulkan sekarang. Alasan yang kununnya Kerajaan Pusat
regim Mahathir (yang telah kecundang itu) mahu memastikan pembayaran
kepada negeri itu harus terjamin ketelusannya adalah satu alasan
bikin-bikinan saja. Sebaliknya ia lebih berbentuk ?peras-ugut? politik paling
kejam, zalim dan samasekali tidak demokratik.
Sejak lebih 20 tahun regim ini menggunakan alasan pemberian royalti itu
bertujuan pembangunan, Terengganu sudah diterima rakyat. Walaupun rakyat
Terengganu tahu selama tempoh 25 tahu lalu wang royalti itu dijadikan
sumber rasuah dan penyelewengan yang keterlaluan, maka sebab itu rakyat
Terengganu bangkit dan berjaya menghumban regim UMNO/BN di negeri itu
dan menggantikannya dengan Kerajaan PAS/BA secara total.
Kini, setelah Terangganu diperintah oleh PAS/BA dengan niat memberi
pembelaan yang hak terhadap rakyat Terengganu, baru regim Mahathir
bangsat terkial-kial mencari sebab yang bukan-bukan. Tetapi rakyat negeri
itu sudah nampak, sebenarnya regim keparat itu sengaja memerangi rakyat
Terengganu - melebihi taktik sekutu penjajah yang menjadi dasar tunjang
regim Mahathir ini. Bermakna, Mahathir sengaja mau cari pasal dan sekaligus mencari maut
untuk UMNO/BN, bukan saja di Terengganu tetapi juga di seluruh negeri
Semenanjung hingga melimpah ke Sabah dan Sarawak.
Pencabulan Hak Rakyat oleh Mahathir & UMNO/BN
Iltizam rakyat untuk memusnahkan kekuasaan Mahathir, regimnya dan
UMNO/BN sudah sampai ketahap paling kritikal. Bacaan rakyat amat mudah,
jika Mahathir, regimnya dan UMNO/BN masih diberi kuasa dan amanah,
seluruh institiusi dalam negara ini akan hapus tidak berdaulat lagi.
Seperti yang di lihat, sumber ekonomi, kehidupan rakyat akan terus diletakkan
dalam keadaan dan kerangka politik yang amat goyah dengan perpaduan
kaum akan termusnah - sementara Mahathir, regimnya dan UMNO/BN akan
memerentah negara ini seperti-mana sebuah regim Komunis yang menghakkan
harta rakyat difaraitkan sesama Kroni mereka. Ini amat bahaya dan
sangat-sangat membahayakan! Rakyat mungkin mentafsirkan kemarahan rakyat Terengganu sebagai
main-main. Kerajaan PAS Terengganu menghormati hak rakyat Terengganu
dan memenuhi manifesto parti sebagai hak legal mereka yang sah.
Kerajaan PAS Terengganu mengiktiraf hak rakyat di sisi undang-undang.
Mereka wajib menguruskan sendiri seluruh pentadbiran negeri dan sumber
wang negeri itu. Hakikat ini adalah selari dengan semangat Perlembagaan
yang mengiktiraf demokrasi dan pilihan kerajaan yang ditentukan rakyat
melalui pilihan popular. Melakukan perobahan mendadak itu adalah suatu pencabulan hak yang
serius oleh sebuah Kerajaan Pusat. Ia ditakrifkan sebagai sabotaj paling aib
yang hampir sama seperti penjajahan oleh segerombolan kuasa asing
terhadap rakyat yang merdeka dan berdaulat.
Malangnya, Mahathir dengan tindakan diluar undang yang terpakai telah
mengubah pinda sesuatu itu mengikut suka hati beliau.
Piagam rakyat yang diwarisi dalam Perlembagaan yang berdaulat telah
dipelekeh beliau dengan melakukan pelbagai salahguna kuasa paling tidak
demokratik dan karenah busuk berbentuk ?politik peribadi? . Ini menyebabkan
rakyat sudah mulai bangkit membantah, menentang dan memusnahkan
kedaulatan parti beliau (UMNO/BN). Suatu Kebanggaan Rakyat Yang Anih
Selama tempoh 2 tahun ini memang jelas Mahathir, regimnya dan UMNO/BN
sudah tidak ada lagi harapan untuk memempengaruhi minda rakyat. Dengan
karenah busuk Mahathir mengetuai sebuah kerajaan ?kirang-kirung? seperti
ini, harapan semua kaum terhadap gabungan parti BN sudah sekaligus luntur
habis berkecai. Rakyat sudah semakin tahu dan sekarang menganalojikan bahawa Mahathir
sudah sama seperti seekor ular yang menelan tuannya.
Jika segelintir pemimpin UMNO/BN atasan yang telah diugut dan dikorup
telah secara tersilap besar memberi beliau kuasa ?mutlak? dan berakhir
dengan anak-anak dan koni-proksi mereka boleh membolot kekayaan dan
berkuasa dari tangan rakyat; maka pemimpin peringkat bawahan yang aktif
sudah mulai berbondong berpaling tadah. Itu riaksi spontan hasil dari
dorongan naluri bawah-sadar yang lazim bagi manusia.
Adalah suatu yang sangat anih yang sedang berlaku dalam poliitk rakyat
sekarang. Jika dulu menjadi ahli UMNO/BN adalah suatu kebanggaan, tetapi
sekarang gejala ?Bekas ahli UMNO? adalah perkara biasa yang menjadi
suatu kemegahan ahli-ahli UMNO yang berpaling tadah meninggalkan parti
itu. Mereka tidak mau lagi menghadiri perkumpulan anjuran UMNO atau bekerja
untuk mencampuri sebarang kegiatan untuk meningkatkan pengaruh
UMNO/BN. Itu adalah jalan ?cari mati? parti itu!
Keadaan itu sudah ampuh berlaku di desa-desa dan di dalam masyarakat
pendalaman. Di kota, pelajar-pelajar sudah hilang keyakinan, kakitangan
awam segala bidang dan perjawatan sudah tidak menghayati UMNO/BN yang
tidak nampak memperjuangkan apa-apa untuk rakyat banyak. UMNO/BN
sudah lumpuh dan kewibawaan parti itu sudah mulai hakis sejak 2 tahun lalu.
Ucapan Mahathir dalam sambutan ulangtahun Kemerdekaan pada Ogos 31,
2000 baru lalu sekaligus menjadikan Mahathir seorang pemimpin paling
bangsat modal politik. Kaum Cina secara diam-diam telah berpaling tadah
dari MCA dan sekarang menyebelahi Pembangkang (tanpa mengira parti).
Melayu Beragama Islam Komunis?
Makin jelas dan ketara sekarang bahawasanya Mahathir, regimnya dan
gabungan Barisan Nasional yang dijuarai UMNO sebagai parti tunjang BN
telah tersingkir dari minda rakyat. Kaum Cina merasa cukup tersinggung dengan cop ?Komunis? yang dilabel
oleh Mahathir. Orang Melayu merasa diri mereka dianak-tirikan oleh seorang
pemimpin yang tidak punya adab sopan hingga agama Islam diperlekeh dan
diperhina seburuk najis. Ternyata juga berakhirlah hayat dan umur sebuah parti politik yang diterajui
oleh dalang-dalang yang licik ?bersandiwara? dalam sebuah negara yang
punya rakyat yang berpendidikan dan rasional dalam hal memilih pemimpin
dan parti politik yang sesuai dengan hasrat dan masa depan generasi
mereka. Malangnya akhbar-akhbar Melayu tidak langsung membela status bangsa
yang ditohmah dan diperbodohkan oleh sekelompok pemimpin UMNO
diperbudak-bangangkan oleh seorang ?penjenayah rakyat? seperti Mahathir
ini. Apa yang Mahathir, regimnya dan UMNO/BN sudah, sedang dan akan
lakukan hingga rakyat bersungguh-sungguh mahu menukar kerajaan secara
total? Kita harus meneliti halus-halus setiap karenah dan agenda Mahathir
sebagai daya untuk menguatkan hujung jari merobah Kerajaan pada tahun
2004 akan datang. Soalannya apa dia? Apakah UMNO/BN akan menjadi ?Relics of The Past? atau ?Relics of PAS?
akan kita lihat kemudian. Perhatikan.
(bersambung) Amin Sapiro |