Laman Webantu KM2A1: 2753 File Size: 5.9 Kb * |
B1: Akhbar Melayu Menjana Wadah Penjajah By Amin Sapiro 10/9/2000 8:24 pm Sun |
Amin Sapiro Bah. 1 Dalam sebuah artikel, saya pernah berkata - apa juga alasan Dr. Mahathir
?mencekik? royalti minyak yang hak dan sah dari undang-undang bagi
rakyat Terengganu; sebarang hujah yang diberi sangat meloyakan tekak
saya. Hari minggu ini, selepas Subuh - sekali lagi saya termuntah. Tekak saya
geli-geman bagai digeletek dalam kerongkong bila budak Awang Sulung -
tukang angkat taik Mahathir seoalah-olah berkata, ?Taik Mahathir harum
aromanya?..!! Mungkin bagi beliau dan budak-budak suruhan Mahathir yang saban hari
menghidu ?aroma? bahan buangan yang tersembul dari ?lubang keramat?
Mahathir itu, memang nyaman aromanya. Tetapi bagi orang Melayu yang
waras dan tinggi tahap rasional mereka, rata-rata tutup hidung. Amat
meloyakan. Sebelum itu, Rais Yatim cuba ?menggoreng? najis Mahathir untuk
dihidangkan kepada rakyat. Pelbagai alasan tumpul tawar-hambar yang
mencerminkan kebebalan beliau dipaparkan dikaca TV.
Kedunguan si pemegang sijil Ph.D ini sudah layak mencontohi seorang
anak Melayu yang kununnya berkelulusan tinggi tetapi mudah dibeli
dengan ringgit sebegitu murahan. Itulah dia contoh cendekiawan Melayu
yang sudah ?rosak? jiwa dan rohaninya!!
Waktu itu, saya betul-betul muntah-belilah..!! Rasa nak terkeluar isi perut
saya. Memang Utusan Malaysia 100% dan jadi Utusan Meloya! Begitu juga
intelek Melayu yang menerima suntikan ugut dan bujukan dari seorang
ketua yang sudah ditolak rakyat!! PENJAJAH!!
Mengajar Melayu Jangan Cerdik?
Hampir tiga suku abad orang Melayu pandai berakhbar, tetapi dalam tahun
2000 ini; andainya Allahyarham Pak Abdul Rahim Kajai (semoga Allah swt.
mencucuri rahmat keatas rohnya) masih hidup, mungkin beliaulah orang
yang akan mengetuai pengistiharan ?membakar? Utusan Melayu/Malaysia
dan akhbar-akhbar Melayu yang seangkatan dan sewaktu dengannya.
Tempat yang cadangkan di Bkt. Jalil. Allahyarham Abdul Rahim Kajai begitu bersusah payah meletakkan akhbar
Melayu ke tahap paling tinggi dalam peradaban persuratkhabaran tanahair.
Tradisi akbar cetak telah menjadikan orang Melayu lebih cerdik mengenal
diri dan hak mereka sebagai bangsa - walaupun sedang dijajah. Itu dulu.
Allahyarham Pak Rahim Kajai bukan seorang ahli politik penjawat jawatan
tinggi seperti Datuk Onn bin Jaafar. Beliau juga bukan seorang sasterawan
yang menghasilkan puisi indah-indah seperti Pak Osman Awang. Beliau
juga bukan seorang novelis seperti Pak Shahnon. Beliau hanya seorang
wartawan biasa dan penulis rencana yang sungguh hebat dan
berkerampilan. Beza beliau dengan wartawan Utusan dan B/Harian hari ini pula:
Allahyarham Pak Rahim mengajar arwah ayah saya dan seluruh pembaca
Melayu jadi cerdik, mampu berfikir sendiri dan faham erti kemerdekaan,
kebebasan, hak asasi kemanusiaan - dan, atas segalanya, beliau
mendorong mana-mana wartawan sengkatan dengan beliau supaya
?jangan jadi abdi suruhan mana-mana pemimpin? yang cuba memujuk
kalian menjadi penjilat punggung mereka!!
Pada waktu itu Semenanjung dibawah penjajahan. Silih berganti. Beliau
hidup dalam zaman-zaman poitik yang bergolak. Orang Melayu terhimpit
dan terus dimomokkan oleh penjajah. Namun beliau dan teman-teman tidak peduli. Mereka yakin bahawa ?pena
lebih tajam dari pedang?. Teman-teman yang se angkatan dengan beliau
inilah yang menjana api Kemerdekaan - sebagai kelompok yang menikam
rusuk penjajah dengan pena tajam mereka.
Malangnya, hari ini budaya Utusan Melayu/Malaysia dan akhbar Melayu
yang sewaktu dengannya berbalik jauh kebelakang. Mereka mengajar
orang Melayu jangan jadi orang cerdik. Utusan Melayu/Malaysia mengajar
orang Melayu jadi bodoh-sombong, ikut telunjuk dicucuk hidung, tutup
mata pekup telinga, butakan mata hati dan bingungkan minda.
Utusan Melayu/Malaysia sedang memikul dosa-dosa besar menjadi anasir
merendahkan martabat bangsa, menunggang-terbalikkan semangat juang
politik bangsa Melayu - ?subverting the Malay political spirit and
independence.!! Semangat allahyarham Pak Rahim Kajai sudah terhapus di akhbar-akhbar
Melayu di negara ini. Jiwa editor mereka sudah mati dan terkubur tanpa
nisan. Sudah MAMPUS!! Akhbar Melayu mengajak orang Melayu menganggap Mahathir ?keramat?
atau ?penglaknat? bangsa? Akbar-akhbar itu sedang menentang iltizam
rakyat dan sekaligus jadi lidah resmi ?penjajah bentuk baru? yang sedang
merosakkan fabriak sosio-politik rakyat.
Soalnya, mengapa, bagaimana dan bila ia bermula!!
(bersambung) Amin Sapiro |