Laman Webantu KM2A1: 2747 File Size: 12.0 Kb * |
Isu Royalti Minyak: Alang-Alang Menyeluk Pekasam??!! Bah. 1 By Amin Sapiro 9/9/2000 8:33 pm Sat |
Amin Sapiro (pandang UMNO sebelah mata)
ISU ROYALTI MINYAK: ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM??!!
Bah. 1 MEMBACA kenyataan Dr. Mahathir dan puak rakus dikalangan pemimpin
UMNO (eg. Rais Yatim, Ph.D murahan) yang meng?Hijack? royalti minyak
yang hak bagi rakyat Terengganu, makin nampak jijiknya putarbelit fakta-fakta
benar oleh regim Mahathir Mohamad. Pagi ini, tekak saya otomatis rasa nak
termuntah. Alasan kununnya ia bertujuan untuk menyalurkan wang ihsan (tiba-tiba
ditukar nama dari royalti) hasil minyak kepada rakyat Terengganu dalam
bentuk projek pembangunan, bantuan kebajikan dan program sosial; bagi
rakyat Terengganu yang cukup faham cara pentadbiran kewangan dan
?kuntau tender? Kroni Mahathir/UMNO membolot hak rakyat - sudah lama
dimaklumi sepak terajang mereka. Kalau nak dikira, sejak puluhan tahun -
menipu rakyat dah jadi budaya!! Konsep ?menyalurkan kepada rakyat secara terus? kepada ?perompak?
tajaan UMNO samalah seperti rakyat Terengganu ?berhakim kepada beruk?.
Yang akan kenyang adalah beruk-beruk UMNO dan Kroni-proksi mereka
Sementara itu, rakyat Terengganu melopong sajalah nampaknya!!
Bukan nak memfitnah. Tetapi sejak UMNO/BN memerentah Terangganu lebih
20 tahun, rakyat Terangganu masih lagi jadi ?nelayan pantai?, berniaga
keropok lekor setakat ?warong?, penarik beca roda tiga keliling ?town?,
sebagai pemanjat petai di kaki gunung, jalan denai ke ceruk kampung, berjaja
keropok lekur pun tak ada untung, sebab ikan parang diekspot dan jadi bahan
cuma anak-anak ikan Temenung?!!
Siapa yang untung? Empat hari saya menziarahi ?kawan lamo? di Terengganu, hati saya
GEMBIRA dalam PILU. Saya gembira kerana Kerajaan PAS/BA pimpinan YAB
TG Hadi Awang memberi harapan gemilang. Saya pilu, kerana selama lebih
20 tahun, royalti minyak ?Tok Wang Mokhtar? buat apa untuk rakyat jelata..?
?Kawan lamo? saya itu rumahnya di ceruk kampung. Nak berkereta ke sana,
terpaksa berhenti sekerat jalan. Bila saya tanya, kenapa begitu? Jawab
beliau, ?Dalam zaman UMNO/BN, kami penyokong PAS tak ada hak
menikmati pembangunan. Mana yang jalan luar-bandar yang bertar
menunjukkan itulah dia bahagian ?hok-hok? mereka penyokong UMNO..! Kito
tengok ajalah. Tumpang jalan sekerat. UMNO yang berhak menerima
ganjaran?!!? Saya geleng kepala melihat diskriminasi kerajaan UMNO/BN mengalahkan
hukum-hakam zaman Firaun. Kaum kerabat Firaun ?mampos? dikuburkan
dalam piramid, rakyat miskin mati dibakar dibuang abu ke Sungai Nil. Itulah
andaian yang paling sesuai!! Jika dikaji secara purata, habuan royalti minyak Terengganu sejak
dikendalikan oleh UMNO di sana, ditaksirkan tak kurang dari RM5.0 - RM6.0
billion. Sepatutnya, jika wang yang cukup besar jumlahnya itu digunakan
sebaik-baiknya, saya jamain - sekerat negeri Terengganu dah sama macam
Singapura canggihnya. Tetapi kerana pemimpin ?Tok Wang? tak ada kerja lain selain dari memikirkan
bagaimana nak ?putar alam? duit royalti; akhirnya yang kayaraya
HANYALAH segelintir puak UMNO dan Kroninya - rakyat jelata papa
kedana! Saya bukan menghasut. Itu yang saya nampak. Contohnya, jika
membandingkan kehidupan masyarakat di ?Rantau Petronas Dungun? dengan
rakyat di Rusila yang serba dhaif, saya percaya ramai yag menangis!!
Saya urut dada bila memikirkan betapa seksanya hidup bertuankan regim
?Firaun Abad 20? ini. Jika Wan Mokhtar ulamak besar, sekali dah masuk
?Mazhab UMNO?, serban beliau pun tergadai kena cagar di Neraka..!
Mengucap panjang saya, beristighfar menahan sabar.
Walaupun saya bukan anak Terengganu, tetapi simpati saya terlalu mendalam
apabila memikirkan apa sudah jadi kepada rakyat yang kununnya ditakrifkan
sebagai ?rakyat yang melepasi rakyat termiskin?. Cuba tanya rakyat
Terengganu??Iya ke??. Kaya macamana sangat rakyat Terengganu? Nak
tanya UMNO sikit..!! Bekas UMNO Wajib Sedar Saya akui diri saya BEKAS ahli UMNO!! Saya tak malu menyatakan
kedudukan saya dulu. Tetapi saya cukup malu memikirkan, mengapa saya
sanggup menyokong sebuah parti yang tidak langsung mengambil berat
tentang kemiskinan rakyat, kepedihan umat, penafian tuntutan hak, melakukan
penipuan dan pembhongan oleh pemimpin UMNO yang langsung tidak
amanah..!! Saya tidak sangka samsekali UMNO seburuk itu nawaitu pemimpin mereka.
Padan juga rakyat Terengganu berpadu sebulat hati menumbangkan kerajaan
UMNO/BN di bawah pimpinan ?Tok Wang?. Tentu sebabnya bukan kecil
hingga seluruh rakyat negeri sanggup sepakat menumbangkan kerajaan,
kan??!! Di Johor pulak, sekerat JB dah sah tergadai kepada Lee Kuan Yew. Di KL
pulak, hampir sekerat Bandaraya dah jadi kepunyaan Mahathir-Daim dah
kuncu-kuncu..!! Mana ada lagi hak orang Melayu? Orang Kg. Baru pun tau..!! Adakah itu
nasib jadi orang Melayu dibawah kepimpinan parti Melayu bergelar ?UMNO
Baru?..!! Isk..isk?isk..!! UMNO Malu Kepada Pembangkang! Pengerusi DAP Lim Kit Siang mengumumkan bahawa pemberian ehsan (saya
tak mau sebut perkataan ?ehsan? - tetap dengan ?royalti?) secara langsung
oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu adalah sama seperti
menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan Pas
Terengganu. Beliau menjelaskan bahawa penyaluran wang ehsan (royalti) secara langsung
tersebut adalah tidak demokratik dan bertujuan menjatuhkan maruah kerajaan
PAS Terengganu. Nah! Bertanya kita kepada puak-puak UMNO, tidakkah mereka hairan kenapa
mesti memerlukan seorang Pembangkang seperti En. Lim Kit Siang
mempertahankan hak orang Melayu? Mana dia pemimpin UMNO yang
hidup-mati, berkubur di tanah perkuburan Islam, konon penegak keadilan,
pejuang Kemerdekaan, TETAPI tidak tegak berdiri bersama Pembangkang
dalam memperjuangan hak rakyat? UMNO yang mengaku sebagai kelompok pemimpin Melayu yang sentiasa
membela rakyat (kunun), saya makin harian tidakkah hujah dan fakta En. Lim
Kit Siang berasas perikemanusian? Mana kepala hotak pemimpin UMNO?
Dah bangsat sangat kah? Bagaimana, setelah kita tengok betapa hebatnya konsep rasuah ?komisyen
atas komisyen? yang berlaku dalam UMNO/BN secara berlueluasa. Mengapa
pemimpin UMNO masih bersetuju dengan wang ihsan/royalti minyak itu akan
diberikan terus kepada rakyat? Tak nampakkah Mahathir sedang mencari jalan nak membolot dan melanyak
ringgit dan sen hak rakyat? Perlukah En. Lim Kit Siang mengajar UMNO
memerentah kaum sendiri secara berhemah?
En. Lim Kit Siang mendakwa Kerajaan Pusat telah merampas (hijack) royalti
minyak Terengganu. Itu adalah fakta benar yang wajib diakui. Masih orang
UMNO seperti Rais Yatim Ph.D masih kepala hotak BIOL? Masa menerajui
S46 dulu, si haprak kepada botak ini yang paling kuat MENYALAK. Tapi
sekarang, bila mulut dah kena sumbat, seluar suspender sendiri pun sanggup
ditanggalkan!! Politik ?p##i mak?nya budak seekor ini!! PENYANGAK
rupanya!! Bukankah Kerajaan Pusat ada banyak bukti bagaimana royalti itu sebahagian
besarnya disalurkan untuk memelihara kroni dan kuncu-kuncu UMNO selama
20 tahun? Sekarang, rakyat Terengganu terpaksa mengalih kerajaan dari UMNO/BN
kepada PAS/BA. Itu semata-mata kerana rakyat Terengganu sudah terlampau
MUAK dan BOSAN ditipu, dibohongi dan perkuda oleh kerajaan negeri
tersebut? Terengganu Wajib Diberi Hak Tidakkah mereka telah berjuang meMERDEKAkan negeri dan rakyat mereka
wajib menikati perjuangan mereka? Dalam Islam, ?Harta rampasan adalah hak
yang menang perang?. Mengapa UMNO/BN nak campur tangan dalam
urusan yang hak kepada mereka yang menang?
En Lim Kit Siang memang ikhlas! Beliau tidak mempersoalkan wang ehsan @
Royalti yang akan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
Terengganu. Tetapi beliau (dan juga orang Melayu seluruh negara) tidak rela
diperbodohkan oleh sebuah parti berkaliber ?perompak? seperti UMNO/BN
ini. Itu adalah isu sebenarnya. Rakyat Terengganu telah memangkah PAS pada pilihan raya umum yang lalu.
Bermakna mereka sudah tidak yakin dengan kejujuran dan nawaitu kerajaan
UMNO/BN. Apakah Mahathir fikir rakyat Terengganu BANGANG sangat
hingga sanggup menyerahkan hasil negeri kepada suku-sakat dan kroni
Mahathir sementara sumber semulajadi tidak dapat mereka nikmati?
Kali ini, Rakyat Terengganu tidak patut mengalah kalah. Kerajaan Pusat regim
Mahathir dengan mekanisme dan kepakaran yang dialami dimasa-masa
lampau menunjukkan bahawa bagi mereka, perlaksanakan sesuatu rancangan
untuk faedah rakyat HANYA satu helah semata-mata. Sebenarnya, regim ini
nak bolot semua!! Dari apa yang terbukti di masa-masa yang lepas, sekiranya Kerajaan Pusat
yang menjalankan sesuatu projek pembangunan di sebuah perkampungan
nelayan di Terengganu (misalnya), semua puak UMNO dan kuncu-kuncu BN
akan menggerakkan ?bala tentera? mereka untuk memfaraitkan wang yang
bergumpal-gumpal banyaknya. Samada mereka yang mendapat habuan komisyen itu berhak atau tidak,
relevan atau ?penyangak?, masing-masing akan menuntut habuan
seolah-olah segala-galanya HAK mereka. Rakyat tempatan meloponglah
saja!! Hutang Lapok UMNO Siapa Nak Bayar?
Kerana wang rakyat salah tadbir dan salah uruslah, maka hari ini Kerjaan
UMNO ?Tok Wang? telah meninggal HUTANG LAPOK hampir RM1.0 billion
termasuk ?bunga? untuk dibayar oleh kerajaan PAS!!
Itu apa jadahnya lagi regim Mahathir nak tunjuk ?kecemerlangan? denga
SLOGAN ?Kepimpinan Melalui Teladan?? Teladan p##i Maknye ke?
Itukah yang dikatakan ?Bersih, Cekap dan Amanah?. Apa yang rakyat
nampak ialah pemimpin UMNO adalah ?Tukang sapu BERSIH????kaki
CEKUP??dan ?MAMAH sampai lumat?..!! Lain tak amende nya!!
(bersambung) Amin Sapiro |