Ohhhooooohooohoooo MELAKA
Nampaknya ada bermacam cara untuk melapurkan berita kepada
rakyat di negara ini. Contoh terbaik boleh diteliti
daripada laporan berita yang tersiar pada September
mengenai negeri Melaka.. Berita ini adalah mengenai
jawapan ketua Menteri Melaka ketika ditanya akan laporan
Ketua Audit negara berhubung kelemahan yang dikesan dalam
pengurusan belanjawan jabatan-jabatan dan agensi kerajaan
negeri.
Yang muncul di Utusan Malaysia bertarikh 4/9/2000 dan di
mukasurat 11:
KM Akui Kelemahan Pengurusan Kewangan:
"Beliau (Ali Rustam) mengakui memang terdapat kelemahan
dalam penguruan perbelanjaan tersebut tetapi tindakan telah
dan akan diambil untuk mengatasinya seperti mengadakan
kursus dan latihan kepada pegawai terbabit.
'Oleh itu orang ramai tak perlu risau. Jida ada kelemahan,
kita akan ambil tindakan,' katanya.
Beliau mengatakan demikian ketika diminta mengulas Laporan
Ketua Audit Negara itu yang mendapati anak syarikat kerajaan
negeri, Yayasan Melaka tidak mengikut peraturan semasa
membeli pelbagai barangan, termasuk perabut mewah dan
barangan peribadi pada tahun 1997 dan 1998. Ia membabitkan
pembelian barangan berjumlah RM639,423 tanpa melalui
proses tender manakala barangan berjumlah RM96,774 pula
tidak melalui sebut harga dalam tempoh tersebut.
Ketua Menteri berkata, kelemahan dalam pengurusan
perbelanjaan berlaku kerana terdapat pegawai yang tidak
memahami peraturan atau tatacara kewangan termasuk
pembelian melalui proses tender atau sebut harga. Mengenai
harga barangan yang dibeli melebehi harga pasaraan, Ketua
Menteri berkata, ia terjadi kerana kelewatan pembayaran oleh
Kerajaan.
'Bil barangan yang dibeli oleh kerajaan selalunya naik
antara 10 hingga 20 peratus kerana kerajaan bayar lambat,
dua atau tiga bulan dan kadang-kadang sampai enam bulan.
Jika kos menunggu itu telah diambil kira (oleh pembekal).
Jika tidak ada orang yang hendak membekalkan barangan
kepada kerajaan," katanya.
Apakah Yang Dibeli ????
Yayasan Melaka adalah sebuah yayasan untuk membasmi
kemiskinan. Matlamat utama yayasan ialah memberikan
biasiswa kepada anak-anak kelahiran Melaka yang miskin.
Tetapi, bagaimanakah yayasan ini boleh membazirkan hingga
RM639,423 tanpa melalui proses tender. RM96,744 pula tidak
melalui sebut harga. Utusan Melayu tidak pun mencatatkan
barangan yang terbabit. Kita perlu menengok apa yang
ditulis oleh David Rajah dalam The Star mukasurat 8
bertarikh September 4, 2000.
Terjemahan sebahagian laporan itu:
"....Yayasan telah membeli sekeping pintu berharga
RM25,000, tikar dan tandas berharga RM11,000. 'Designer
briefcases' (Beg bimbit berjenama) berharga RM38,750.
" Yayasan juga ada membeli tanpa sebutharga: 600 helai
talileher sutera berharga RM58,000 dan 500 pengepit
talileher, cufflinks, 'key-chains, dan 'gold plated brass
designer boxes' ( kotak yang bersadur emas) berharga
RM87,500."
Makdatuk......inilah kerja orang kerajaan di Yayasan
Melaka ya.....?
Sekarang kita mahu tahu, bila pula BPR Melaka akan
bertindak, mengambil contoh barangan yang dibeli itu dan
pamerkan kepada orang kampung di Melaka yang ternanti-nanti
biasiswa untuk menghantar anak mereka ke Universiti. Ramai
penduduk Melaka yang berkhidmat dalam angkatan tentera dan
polis. Malah ramai di kalangan mereka ini yang menyokong
UMNO sampai mati.
Tentu kini, mereka ingin tahu siapakah Ketua Menteri yang
buat kerja lahabau itu semua? Takkanlah pegawai kerajaan di
yayasan Melaka berani berbelanja sakan untuk membeli
talileher yagn berharga RM97 setiap satu? Kalau boleh kita
mahu tahu siapakah yang menandatangani cek bagi setiap
pembelian itu?
Mat Teropong