Laman Webantu KM2A1: 2731 File Size: 5.1 Kb * |
Fwd: HarakahDaily Kenyataan Akhbar MB Trg By Dogol 7/9/2000 10:49 am Thu |
Siaran ini tidak menjelaskan siapa sebenarnya yang membuat kenyataan
tersebut. Kebiasaannya dalam isu yang besar melibatkan hubungan kerajaan
Pusat dan negeri ianya dibuat sama ada oleh Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri. Kita bimbang ia dilakukan oleh orang-orang tertentu yang cuba mengeruhkan
hubungan dua hala yang baik yang sedang berlaku sekarang antara Kerajaan
Pusat dan Negeri. Tidak ada siapa yang mengaku bertanggungjawab
mengeluarkan kenyataan ini. Kenyataan ini menimbulkan beberapa implikasi
negatif kepada pimpinan kerajaan Pusat.
(i) Ia meletakkan pimpinan kerajaan pusat sebagai bukan sahaja orang yang
tidak memahami prinsip demokrasi malah mencabul demokrasi itu sendiri
dengan membelakangkan sama sekali kerajaan Terengganu yang dipilih oleh
rakyat dengan lebih dari dua pertiga majoriti.
Dengan meletakkan Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) iaitu satu agensi
kerajaan menggantikan sebuah kerajaan bagi mengendalikan pembangunan
untuk rakyat sesebuah negeri adalah suatu tindakan yang tidak munasabah
boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang waras.
Kalau perjanjian yang sah dibuat di antara Petronas dan kerajaan negeri
boleh diketepikan, apa lagi yang boleh dipegang? Kewibawaan pemimpin
pusat akan terjejas, bukan sahaja di kalangan rakyat negara ini tetapi juga di
peringkat antarabangsa. Petronas adalah sebuah syarikat bertaraf dunia yang mempunyai hubungan
dagangan dan perjanjian di peringkat antarabangsa.Kenyataan ini boleh
menjejaskan keyakinan syarikat multinasional kepada Petronas.
Implikasi buruk ialah meletakkan pimpinan kerajaan Pusat bukan sahaja
sebagai bahan ketawa masyarakat antarabangsa tetapi sebagai orang yang
tidak lagi boleh dibuat kira bicara. Sikapnya tidak boleh dipakai, janjinya tidak
boleh dipegang. (V) Kita tidak mahu negara dan pimpinan kita menjadi bahan cemuhan kerana
kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh orang-orang
tertentu yang mungkin mempunyai agenda tersendiri.
Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Presiden
Petronas diatas penjelasannya berkaitan deangan isu royalti ini.
Kerajaan negeri akan menghubungi pihak Petronas bagi mendapatkan
gambaran sebenar berkaitan dengan royalti minyak kepada Negeri
Terengganu kerana perjanjian yang ditandatangani ialah diantara Petronas
dan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri akan terus berpegang kepada perjanjian yang dimeterai
semenjak tahun 1975 dibawah Akta Pembangunan Petroleum dan kita
mempunyai penuh keyakinan Petronas juga akan berbuat demikian.
Kita berharap siapa sahaja yang mempunyai agenda tersendiri tidak akan
melakukan tindakannya yang boleh mengeruhkan hubungan kerjasama yang
sedia wujud di antara Kerajaan Negeri dengan Petronas dan Kerajaan Negeri
dengan kerajaan pusat. Abdul Hadi Awang |