Laman Webantu KM2A1: 2730 File Size: 11.4 Kb * |
PM Peras Ugut PAS/BA - Apa Tindakkan Susulan By Amin Sapiro 7/9/2000 9:50 am Thu |
Amin Sapiro (Tidak mau diperdayuskan) (tulis semula!!)
MAHATHIR PERAS-UGUT KERAJAAN PAS/BA TERENGGANU - APA
TINDAKAN SUSULAN? DENGAN segala kebijaksanaan untuk mempastikan supaya kroni UMNO/BN
yang sudah hilang punca untuk ?menyapu wang rakyat? melalui kontrak yang
dikoskan beratus juta (sebagai komisyen), dilaporkan pula ?Kerajaan
Persekutuan akan membayar wang ihsan kepada Terengganu melalui kaedah
baru dikenali sebagai Program Pembiayaan Wang Ehsan yang tidak lagi
disalur terus kepada kerajaan negeri Terengganu?.(Utusan Malaysia 6/9/2000).
Wang ihsan itu akan diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Peringkat Pusat
(JPP) yang ditubuhkan khusus bagi merangka pelaksanaan program
pembangunan negeri berkenaan. Mahathir Khianati Rakyat Terengganu
Peralihan cara pembayaran yang akan diselenggarakan oleh Kerajaan
Persekutuan itu wajar ditafsirkan lebih berbentuk taktik politik yang bertujuan
mengkhianati secara terang-terang oleh regim Mahathir terhadap rakyat
Terengganu dan Kerajaan PAS/BA yang memerentah. Ini bukan tuduhan dan
bukan fitnah, tetapi fakta benar yang dilakukan!
Bermakna bekas perasuah UMNO yang telah dibungkas hangus dan
terhumban oleh rakyat (dalam p/raya Nov. 1999) akan terus diberi ?makan
besar? untuk menyambung hidup mewah dengan bantuan agenda
penyelewengan berunsur rasuah yang pernah diamal dan diiktiraf dengan
?cop halal? oleh regim Mahathir. Kerja busuk dan agenda kotor terbaru kerajaan Persekutuan (regim Mahathir)
ini akan memastikan Program cara pembayaran itu akan memberi bekas wakil
rakyat UMNO/BN Terengganu kesempatan mendapat pembelaan terus
daripada regim Mahatir. Akan dipastikan juga mereka akan terus diberi peluang seluas-luasnya untuk
membaiki kehidupan masing-masing yang diketahui terjebak dalam hutang
berpuluh juta (hampir muflis). Regim Mahathir dengan segala daya upaya akan cuba melega dan berusaha
menggembirakan bekas wakil rakyat UMNO yang sudah kesempitan di negeri
Terengganu. Keputusan itu dibuat setelah regim Mahathir mengambil kira
kepentingan UMNO/BN dan bekas wakil rakyat UMNO yang sekarang
?melepek? tak cukup wang untuk membayar hutang bank yang memburu
mereka hingga ke liang kubur..!! Bekas Wakil Rakyat UMNO/BN yang tersadai dalam pilihanraya 1999,
sebenarnya tidak ada 'akauntabiliti' dan ?amanah? dalam merangka kerja
pembangunan sewaktu UMNO/BN memerentah Terengganu dulu.
Dulu, Kerajaan Pusat tidak pernah memantau perbelanjaan wang ihsan oleh
kerajaan BN Terengganu. Mereka tidak pernah memastikan wang tersebut
digunakan semata-mata untuk tujuan pembangunan atau diselewengkan.
Kerana itu, rakyat Terengganu tidak yakin kepada ?prompak UMNO/BN? yang
diketuai oleh ?ring leader?nya - Wan Mokhtar Ahmad dan sekutu seangkatan
yang sewaktu dengannya. Program kali ini adalah satu konspirasi terancang untuk ?menyamun hak
hakiki? rakyat Terengganu, dan sekaligus mencabar kewibawaan kerajaan
PAS Terengganu. Mahathir sudah lama merancang untuk membalas dendam kesumat untuk
melumpuhkan kerajaan PAS Terengganu. ?Tak dapat tanduk telinga dipulas? -
Mahathir sudah hilang akal untuk mencari ikhtiar yang sah.
Kerana Mahathir mendapati rakyat Terengganu adalah orang Melayu dan
mudah diperdayuskan (dociled) dan Kerajaan PAS masih dianggap terlalu baru
dan belum kukuh, maka agenda PERAS-UGUT begini adalah satu taktik
?perang? yang beliau yakin akan berjaya.
Cabaran ini terletak kepada rakyat Terengganu dan Kerajaan PAS untuk
menuntut yang hak bagi mereka. Jika kerajaan PAS tidak memberi tentangan
yang konkrit dan pasti, Mahathir tidak akan melepaskan peluang untuk memberi
hambatan-hambatan selanjutnya. Mahathir dan ?think-tank? dengan penasihat Yahudinya tahu bahawa
kerajaan PAS Terengganu boleh menjamin kesejahteraan dalam membela
nasib rakyat negeri Terengganu secara telus dan terbaik. Itu amat merisaukan
Mahathir dan UMNO! Untuk ?mencekik? Kerajaan PAS yang berhasrat melaksanakan pembelaan
keatas nasib rakyat, regim Mahathir cuba menggunakan pelbagai peraturan
untuk mencegah kerajaan PAS dari mendapat wang yang hak untuk
melaksanakan projek rakyat. Dengan itu akan timbul frustrasi yang mendalam.
Akhirnya, diharap ?the lost of confidence? rakyat akan merenggangkan
?PAS-Rakyat? secara mendadak. Peraturan pengagihan royalti minyak yang disekat seumpama itu diharap akan
menyebabkan berlaku pelbagai sekatan terhadap kelicinan perlaksanaan
projek pembangunan. Dengan itu kerajaan PAS akan mudah dituduh sebagai
tidak cekap dan tidak tahu mentadbir.
Taktik kotor regim Mahathir wajib dimaklumi rakyat. Projek-projek infrastruktur,
sosial dan kebajikan yang dirancang dan wajar dilaksanakan secepat mungkin
untuk menjamin kesejahteraan rakyat Terengganu; berkemungkinan akan
terlewat selesai, atau didapat dilaksanakan samasekali. Bermakna yang akan
menjadi mangsa adalah rakyat berpendapatan rendah disebabkan karenah
Mahathir & UMNO/BN. Mahathir tahu, antara projek rakyat yang akan dijalankan melibatkan
pembinaan jalan-jalan luar bandar dan kampung, bekalan air dan elektrik,
perumahan kos rendah untuk para nelayan dan rakyat miskin, pinjaman untuk
pembelian bot-bot nelayan dan peralatan penangkapan ikan, pemberian
pinjaman biasiswa dan bantuan persekolahan.
Kerajaan PAS Terengganu mentakrifkan mereka sebagai golongan rakyat yang
sangat memerlukan bantuan. Tetapi, regim Mahathir akan menggunakan kuasa
untuk menyekat bantuan kepada mereka melalui peraturan yang bukan-bukan.
Andainya projek-projek itu gagal, Mahathir akan ?mencucuk? rakyat
Terengganu dengan pelbagai fitnah yang akan meruntuhkan moral dan
kewibawaan kerajaan PAS. Isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu mula hangat
dibincangkan kerajaan PAS Terengganu sejak mengambil alih kerajaan dari
UMNO/BN. Terengganu berhak menerima sebanyak RM810 juta daripada
Kerajaan Pusat pada tahun ini. Ini menimbulkan rasa cemburu dan sakit hati di
kalangan yang berkuasa diperingkat Persekutuan (khusunya Mahathir yang
bermusuh ketat dengan parti Islam PAS).
Jumlah tersebut adalah 75 peratus lebih tinggi daripada apa yang diberikan
semasa negeri itu diperintah Barisan Nasional. Ini menyebabkan Mahathir
sendiri merasa bahawa kerajaan PAS/BA Terengganu yang berkuasa akan
terus berkuasa kerana wang itu akan meresap dimanfaati rakyat. Ini akan
menambah sokongan rakyat kepada kerajaan PAS.
Apa yang berlaku dulu (semasa UMNO/BN menerajui pemerentahan
Terengganu), regim Mahathir melalui Petronas telah mengagihkan pemberian
ihsan kepada Terengganu sejak tahun 1978 lagi. (tanpa sebarang
kacau-bilau, syarat dan soal-jawab).
Tetapi sejak PAS memerentah Terengganu, Dr. Mahathir secara tiba-tiba
tersentak macam orang nazak kembali sedar. Beliau sengaja memutarbelit lidah
dengan berkata kununnya Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1974
membuat keputusan atas sebab Terengganu diberi wang ihsan memandangkan
kedudukannya sebagai negeri termiskin ketika itu.
Padahal antara Kerajaan Terengganu-PETRONAS ada perjanjian bertulis
yang sah!! (Lidah paria.. dia fikir negeri ini sebagaian dari Krala kah?)
Bila PAS memerentah (tempoh 8 bulan ini), tiba-tiba saja Mahathir
memperakukan negeri Terengganu bukan lagi negeri termiskin berikutan
program-program pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional.
Tapi hutang anak-anaknya dipaksa PETRONAS yang bayar atas alasan
apa??? Rakyat Terengganu wajib nampak bahawa isu ini adalah UGUITAN regim
Mahatahir terhadap mereka dan kerajaan pilihan mereka.
Selama ini, yang kayaraya HANYALAH puak UMNO/BN yang sekongkol
merompak wang rakyat. Mereka mengsonglap melalui pelbagai ?over-costed
projects? yang membazir. Yang miskin papa kedana ialah orang kampung dan
di desa yang di tipu bontang oleh pemimpin UMNO yang rakus mengisi
tembolok. Itu sebab 100% rakyat Terengganu menolak UMNO/BN.
Berakhirlah dengan 28 kerusi UMNO/BN tonggang terbalik kepada PAS dan
tinggal 4 saja untuk UMNO. Kata orang Terengganu..?Supaya jangan
kempunan?.!!? Kalau beginilah tahap kedengkian hati regim ?keparat? Mahathir laknatullah
ini, tunggu sajalah 2004 - bukan saja Terengganu DISAPU BERSIH oleh
PAS/BA, lebih teruk lagi seluruh MALAYSIA..!!
Mahathir akan berusaha meremehkan isu ini. Beliau akan melancarkan kempen
besar-besaran untuk mendakwa bahawa tuntutan hak royalti minyak oleh
kerajaan PAS Terengganu akan justifikasi secara putarbelit. Mahathir akan
?buy time? berlengah-lengah. Sementara itu hasil PETRONAS akan digunakan untuk pelbagai projek mewah
yang akan dikongsi dengan kroni dan anak-anak beliau! Rakyat Terengganu
akan terus melopong menanti ?buah tak gugur?..!!
Persoalan tetap persoalan. Mahathir tidak wajar dibiarkan berwenang
mentadbir secara tidak beramanah berlagak orang ?tidak siuman?.
Orang Melayu wajar sedar bahawa datuk-nenek mereka telah beribu tahun
mempertahankan tanahair ini; tetapi setelah merdeka dan dimerdekakan -
adakah mereka redha diri mereka DIJAJAH semula oleh keturunan pendatang
haram seperti keturunan Mahathir? Adilkah orang Melayu kepada zuriat akan
datang? Memang nak MAMPOS!?..Khianatlah lagi..!!
Amin Sapiro |