Laman Webantu   KM2A1: 2729 File Size: 6.7 Kb *



Mengapa Akhbar Malaysia Keterlaluan Memburukkan Gus Dur?
By Amin Sapiro

7/9/2000 9:18 am Thu

Amin Sapiro (makluman saja)

MENGAPA AKHBAR MALAYSIA KETERLALUAN MEMBURUKKAN GUS DUR?


Jika anda sabar, bacalah. Tetapi untuk mengetahui perihal sebenar, anda wajar mengetahui latarbelakang yang menjadi punca?.

Yah! Begini:

Satu dari teman sehubungan saya di Indonesia memberi imbasan, kata beliau: ??Terdengar percakapan di belakang tabir disini, berita angin yang bertiup kencang menyebut Mahathir dalam keadaan paling tertekan dan sedang menerima tekanan yang kuat. Banyak pihak mengatakan ia memang benar. Cuma orang UMNO dan beberapa individu dalam BN yang terdekat dalam kelompok ?inner circle? sahaja yang tau hakikat sebenar. Rumusannya:

UMNO memang parah dilanda masalah dalam yang serius. Begitu juga MCA. Kerana itu, penghormatan kepada beliau oleh pemimpin ASEAN sudah rudum?.?, katanya.


Mahathir dan Masalah Domestik

Kita sebagai rakyat pun sudah melihat, kedua-dua komponen BN ini sedang menghadapi perpecahan dalaman yang serius bukan-bukan. Gejala Kem berpuak-puak dan Team dalam parti makin mencabar ke?presidenan? Mahathir dan kepimpinan MCA.

Segala-galanya menuju ke satu hala yang jelas, iaitu ?penyingkiran Dr. Mahathir bukan lagi satu ura-ura atau pura-pura?. Sepatah lirik lagu Sharifah Aini, ?Bulan September Membawa Kenangan??. Ia kah?

Sesungguhnya, Mahathir memang sudah terlalu jauh menyimpang dari kenyataan politik dan budaya rakyat. Beliau telah diputuskan oleh majoriti pemimpin UMNO (khususnya) dan segolongan komponen Barisan Nasional (umumnya) supaya beliau tidak lagi menerajui politik dan pentadbiran negara. Ini di satu pihak.

UMNO dan MCA merasa amat tersinggung dengan kenyataan Mahathir membangkit isu ?adu-domba? mengenai ?PM bukan Melayu? itu. MCA sepakat tidak suka Mahathir mempergunakan MCA sebagai alat untuk menepis hujah kebencian UMNO untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu terhadap dirinya.

Kenyataan Mahathir dimana-mana adalah bertujuan peribadi, terkeluar jauh dari konsep berbaik-baik sangka antara kaum di negara ini. Mahathir adalah juru adu-domba!

Kedua-dua parti bersependapat bahawa Mahathir sengaja mencetuskan adu-domba dan masalah. Dengan itu, kenyataan Mahathir itu tidak dipedulikan. Sebaliknya kebencian komponen BN kian marak ?menyumpah? Mahathir.

Di satu pihak yang lain, Mahathir dan beberapa pihak dalam UMNO/BN mengakui bahawa Barisan Alternatif adalah ancaman paling hebat yang pasti mampu menghakis keutuhan UMNO/BN untuk menerajui Kerajaan dalam pilihanraya ke-11.

Ini adalah senario yang amat merunsingkan. Ditambah dengan beberapa puak dalam UMNO/BN yang pada mulanya saling bercakaran sesama sendiri, kini telah sepakat iaitu bagi menyelamatkan parti; satu tindakan tegas harus dirancang dan dilaksanakan segera. Hampir mereka mencapai keputusan iaitu ?Mahathir harus DISINGKIRKAN mulai sekarang?..!!


Mahathir dan Masalah Antarabangsa

Apa yang paling dicurigai adalah, Dr. Mahathir sebagai ketua kepimpinan negara bukan setakat tidak dihormati didalam politik domestik, malah beliau sudah hilang kewibawaan di arena politik antarabangsa amnya.

Yang terkini, Mahathir yang dulu menjadi fokus berbicara antara ketua-ketua pemimpin negara ASEAN khususnya dan Asia Timur amnya, sudah hilang ?taring?. Ini tidak baik kepada imej Malaysia di arena antarabangsa.

Di Tokyo baru-baru ini, lawatan dan ucapan Mahathir di Forum terbabit ditafsirkan oleh ketua-ketua negara Asean dan Asia sebagai tidak langsung berkesan. Beliau telah gagal untuk membangkitkan keinginan negara Asia untuk menyokong beliau.

Delegasi mentakrifkan Mahathir sebagai seorang yang cuma pandai bercakap tetapi tidak tahu menilai implikasi dari perlaksanakan cadangan ?cacamarba?nya.

Lawatan Mahathir ke Indonesia beberapa bulan dulu dan percakapan beliau dengan pemimpin negara jiran itu telah diragui keikhlasannya.

Gus Dur telah menyindir Mahathir dengan selamba. Ramai pemimpin Indonesia yang ketawa sambil mencemek muka kepada Mahathir. Kesahnya bersebab dari Mahatahir masih menyebut tuduhannya aib dan fitnah terhadap Awar. Tidak ada orang percaya. Sebaliknya Mahathir dipersenda oleh akhbar Indonesia (secara sinis/selamba).

Kerana itu media tempatan arus perdana telah diarah supaya meburuk-burukan imej Gus Dur, hingga kerap dilihat pelbagai umpat-keji dan rencana tidak beretika dijadikan tajuk dalam media arus perdana di Malaysia.

Negara Asia menganggap bahawa tempoh Mahathir sudah lupus. Mereka menanti Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin Malaysia ke arah era baru. Desas-desus ini makin ketara.

Mereka melihat bahawa kepimpinan dan parti yang menerajui Malaysia selepas tahun 2004, bukan lagi UMNO/BN dengan Mahathir atau jongos yang sekongkol dengan beliau (Mahathir). Malaysia dijangka akan mengalami iklim perubahan politik yang total.

Semua ini bukan kerana apa-apa, semata-mata berpunca daripada kedudukan Mahathir yang ditolak rakyat dan pertelagahan UMNO/BN tidak lagi diyakini sebagai pentadbir negara yang berwibawa.

Malaysia sedang berhadapan dengan ?krisis keyakinan? antarabangsa. Itu adalah satu malapetaka. UMNO/BN dan Perdana Menteri dari kelompok mereka sudah tidak releven!!

Jadi, ini adalah proses untuk memperlekeh kepimpinan PAS yang berhaluan agama. Kan Mahathir pakar ?agenda, konspirasi dan sandiwara??


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)