Laman Webantu KM2A1: 2726 File Size: 7.6 Kb * |
Bukti Regim Mahathir Peras-Ugut Kerajaan PAS/BA Terengganu By Amin Sapiro 6/9/2000 9:59 pm Wed |
Amin Sapiro (hasil ziarahan Reformasi ke T'ganu)
BUKTI REGIM MAHATHIR PERAS-UGUT KERAJAAN PAS/BA
TERENGGANU DENGAN segala kebijaksanaan untuk mempastikan supaya kroni
UMNO/BN yang sudah hilang punca untuk ?menyapu wang rakyat?
melalui kontrak yang dikoskan beratus juta (sebagai komisyen),
dilaporkan pula ?Kerajaan Persekutuan akan membayar wang ihsan
kepada Terengganu melalui kaedah baru dikenali sebagai Program
Pembiayaan Wang Ehsan yang tidak lagi disalur terus kepada kerajaan
negeri Terengganu?.(Utusan Malaysia 6/9/2000).
Wang ihsan itu akan diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Peringkat
Pusat (JPP) yang ditubuhkan khusus bagi merangka pelaksanaan
program pembangunan negeri berkenaan.
Bermakna bekas perasuah UMNO yang telah bungkas hangus dan
terhumban oleh rakyat (dalam p/raya Nov. 1999) akan terus diberi makan
besar untuk menyambung hidup mewah dengan bantuan agenda
penyelewengan berunsur rasuah yang pernah diamal dan diiktiraf
dengan ?cop halal? oleh regim Mahathir.
Kerja dan agenda kotor terbaru kerajaan Persekutuan ini akan
memastikan 'Program itu akan memberi bekas wakil rakyat UMNO/BN
Terengganu mendapat pembelaan terus daripada regim Mahatir. Akan
dipastikan mereka akan terus diberi peluang seluas-luasnya untuk
membaiki kehidupan masing-masing yang diketahui terjebak dalam
hutang berpuluh juta (hampir muflis).
Regim Mahathir dengan segala daya upaya akan cuba melega dan
berusaha menggembirakan bekas wakil rakyat UMNO yang sudah
kesempitan di negeri Terengganu. Keputusan itu dibuat setelah regim
Mahathir mengambil kira kepentingan UMNO/BN dan bekas wakil rakyat
UMNO yang sekarang ?melepek? tak cukup wang untuk membayar
hutang bank yang memburu mereka hingga ke liang kubur..!!
Bekas Wakil Rakyat UMNO/BN yang tersadai dalam pilihanraya 1999,
sebenar tidak ada 'akauntabiliti' dalam merangka kerja pembangunan
sewaktu UMNO/BN memerentah Terengganu dulu.
Dulu, Kerajaan Pusat tidak pernah memantau perbelanjaan wang ihsan
oleh kerajaan BN Terengganu dan tidak pernah memastikan wang
tersebut digunakan semata-mata untuk tujuan pembangunan. Kerana itu,
rakyat Terengganu tidak yakin kepada ?prompak UMNO/BN? yang
diketuai oleh ?ring leader?nya - Wan Mokhtar Ahmad dan sekutu
seangkatan yang sewaktu dengannya. Tetapi sekarang, kerajaan Pas Terengganu didapati boleh bekerjasama
dalam menjamin kesejahteraan dalam membela nasib rakyat negeri
Terengganu. Untuk ?mencekik? Kerajaan PAS yang berhasrat
melaksanakan pembelaan keatas nasib rakyat, regim Mahathir cuba
menggunakan pelbagai peraturan untuk mencegah kerajaan PAS dari
melaksanakan projek rakyat. Peraturan seumpama itu diharap akan menyebabkan berlaku pelbagai
sekatan terhadap kelicinan perlaksanaan projek pembangunan. Dengan
itu kerajaan PAS akan mudah dituduh sebagai tidak cekap dan tidak
tahu mentadbir. Taktik kotor regim Mahathir dimaklum rakyat. Projek-projek infrastruktur,
sosial dan kebajikan yang dirancang dan wajar dilaksanakan secepat
mungkin untuk menjamin kesejahteraan rakyat Terengganu;
berkemungkinan akan terlewat selesai, atau didapat dilaksanakan.
Bermakna yang akan menjadi mangsa adalah rakyat berpendapatan
rendah disebabkan karenah Mahathir & UMNO/BN.
Antara projek rakyat yang akan dijalankan melibatkan pembinaan
jalan-jalan luar bandar dan kampung, bekalan air dan elektrik,
perumahan kos rendah untuk para nelayan dan rakyat miskin, pinjaman
untuk pembelian bot-bot nelayan dan peralatan penangkapan ikan,
pemberian pinjaman biasiswa dan bantuan persekolahan.
Kerajaan PAS Terengganu mentakrifkan mereka sebagai golongan
rakyat yang sangat memerlukan bantuan. Tetapi, regim Mahathir akan
menggunakan kuasa untuk menyekat bantuan kepada mereka melalui
peraturan yang bukan-bukan. Isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu mula
hangat dibincangkan kerajaan Pas Terengganu. Terengganu berhak
menerima sebanyak RM810 juta daripada Kerajaan Pusat pada tahun ini.
Ini menimbulkan rasa cemburu dan sakit hati di kalangan yang berkuasa
diperingkat Persekutuan (khusunya Mahathir yang bermusuh ketat
dengan parti Islam PAS). Jumlah tersebut adalah 75 peratus lebih tinggi daripada apa yang
diberikan semasa negeri itu diperintah Barisan Nasional. Ini
menyebabkan Mahathir sendiri merasa bahawa kerajaan PAS/BA
Terengganu yang berkuasa akan terus berkuasa kerana wang itu akan
meresap dimanfaati rakyat. Ini akan menambah sokongan rakyat kepada
kerajaan PAS. Apa yang berlaku dulu (semasa UMNO/BN menerajui pemerentahan
Terengganu), regim Mahathir melalui Petronas telah mengagihkan
pemberian ihsan kepada Terengganu sejak tahun 1978 lagi. (tanpa
sebarang kacau-bilau, syarat dan soal-jawab).
Tetapi sejak PAS memerentah Terengganu, Dr. Mahathir secara
tiba-tiba tersentak macam orang nazak kembali sedar. Beliau
memutarbelit lidah dengan berkata kununnya Allahyarham Tun Abdul
Razak pada tahun 1974 membuat keputusan agar Terengganu diberi
wang ihsan memandangkan kedudukannya sebagai negeri termiskin
ketika itu. Padahal antara Kerajaan Terengganu-PETRONAS ada
perjanjian bertulis yang sah!! (Lidah paria.. dia fikir negeri ini sebagaian
dari Krala kah?) Bila PAS memerentah (tempoh 8 bulan), tiba-tiba saja Mahathir
memperakukan negeri Terengganu bukan lagi negeri termiskin berikutan
program-program pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan
Nasional. Tapi hutang anak-anaknya dipaksa PETRONAS yang bayar?!!
Apa yang nampak oleh rakyat, yang kayaraya ialah puak UMNO/BN
yang sekongkol merompak wang rakyat, mengsonglap melalui pelbagai
pembaziran hingga rakyat miskin di kampung dan di desa adalah puak
pemimpin UMNO. Itu sebab 100% rakyat menolak UMNO/BN.
Berakhirlah dengan 28 kerusi UMNO/BN tonggang terbalik kepada PAS
dan tinggal 4 saja untuk UMNO. Kata orang Terengganu..?Supaya
jangan kempunan?.!!? Kalau beginilah tahap kedengkian hati regim ?keparat? Mahathir
laknatullah ini, tunggu sajalah 2004 - bukan saja Terengganu DISAPU
BERSIH oleh PAS/BA, lebih teruk lagi seluruh MALAYSIA..!!
Khianatlah lagi..!! Amin Sapiro |