MGG70
Terjemahan Rencana:
(MGG: The Prime Minister Leaves in Stealth For The United States)
MGG ID 2696
Bila Perdana Menteri Terbang Malam
Perdana Menteri tidak mengerjakan solat jumaat pada 1 September 00 seperti
yang dicatatkan oleh pejabatnya. Dia tidak mampu melakukannya. Dia terpaksa
terbang malam sebelumnya untuk menghadiri satu perundingan penting dengan
sebuah konglomerat Amerika di Amerika Syarikat. Lapuran berita TV semalam
(2 September) menunjukkan PM berbincang secara tidak formal dengan Motorola
Inc. Di Chicago. Dia cuba menyorokkan berita pertemuan ini dengan memberi
ucapan kepada satu pertubuhan Islam, tetapi para penyokong Insan yang Mesti
Dimusnahkan Denang Apa Cara Jua, telah menghalangnya. Satu jemputan
daripada sebuah pertubuhan Islam telah ditarik balik dan satu pemberian hadiah
daripada sebuah pertubuhan lain mungkin berlangsung dengan iringan kebisingan
para penunjuk perasaan. Itu sebabnya beliau terpaksa berlepas dengan
senyap-senyap. Tidak syak lagi, media rasmi kerajaan akan melaporkan lawatan
PM itu sebagai satu lawatan yang berjaya, tetapi masih banyak isu yang besar
masih terbengkalai. Ia mencuit persoalan fundemantal mengenai masadepan
pelaburan di negara ini. Banyak syarikat asing yang tiba ke sini
merundingkan pelepasan cukai dan insentif pelaburan yang lebih lumayan
daripada yang dibenarkan selama ini.
Pertemuan penting dengan Motorola itu adalah merupakan susulan kepada
perbincangan di belakang tabir setelah Motorola bertindak untuk menarik
pelaburan mereka dan memindahkan operasi syarikat ke Vietnam. Di waktu yang
sama pegawai Malaysia mahukan Motorola terus kekal di Malaysia. Apabila
Malaysia terdesak, ia memberikan ruang yang luas untuk mendesak insentif
yang baru. Oleh kerana pegawai utama Motorola tidak punyai masa untuk
datang ke Malaysia menandatangni perjanjian baru, Perdana Menteri Malaysia
terpaksa diterbangkan di malam hari sebagai gantinya. Akhirnya sebuah
syarikat yang telah habis mengikis segala insentif daripada iklim pelaburan
Malaysia, kini disogokkan dengan insentif baru lagi agar terus melabur di
sini.
Malaysia memang pernah mengalami kerugian yang berpadan apabila Ford dan
General Motor secara terpaksa (selepas menubuhkan kilang mereka di sini)
mengalihkan pelaburan meeka ke Filipina dan Thailand. Memanglah, pegawai
Malaysia menafikannya. Tetapi pegawai Ford pernah berada di Kuala Lumpur di
awal tahun ini untuk berunding mendapatkan sebahagian ekuiti Proton.
Perundingan dengan General Motor gagal kerana ada pegawai malaysia yang
bertegas mahukan seorang anak menantu dijadikan rakan kongsi tempatan bagi
syarikat Amerika itu. Apabila Ford enggan, ia mengejutkan para pegawai
Malaysia. Kedua-dua syarikat besat itu seperti juga banyak syarikat asing
yang lain, sebagai memenuhi dasar globalisasi dan untuk memperkokohkan
kedudukan mereka di rantau ini memang mencari kemudahan cukai yang rendah
serta mengelakkan tekanan 'protectionist'. Inilah yang memerangkap Malaysia.
Filipina dan Thailand telah memperteguhkan infrastrukturnya untuk menarik
nikmat perundangan Asian Free Trade Area Rules. Thailand sedang runsing
kini, kerana Malaysia mahu melengahkan lagi matlamat 2002 itu untuk
mengurangkan tarif sebanyak 35% yang dikenakan ke atas kenderaan bermotor.
Tindakan Motorola untuk berpindah ke Vietnam lengkap dengan segala
kepincangan yang ada, menunjukkan kemampuan Hanoi untuk memujuk pelabur
asing. Hanoi tidak mempunyai infrastruktur tetapi mempunyai kepintaran yang
diperlukan. Malaysia, sebaliknya mempunyai infrastruktur yang diperlukan
tetapi masih ketiadaan kepintaran itu. Satu ketika dulu laungan pengiklanan
betapa Malaysia mempunyai tenaga buruh yang pandai bertutur dalam Bahasa
Inggeris. Ini adalah satu pembohongan dan pegawai yang ada pun tidak pandai
melakukannya. Malahan projek Multimedia Super Corridor, yang amat galak
pengiklanannya; kepentingannya sudah terselah berpihak kepada spekulasi
hartanah dan tidak kepada kecemerlangan sebagai Lurah Silikon Asean. Kita
semakin ketahui bagaimana harga tanah sudah semakin tinggi harganya dan
tidak pula diberitahu berapa negara sudah berpindah daripada tempat lain
untuk melabur di sini.
Memang Malaysia sudah terlalu lama seronok sendirian. Keangkohan para
pegawai rasmi kerajaan, sikap serba-tahu, sindrom memperlekehkan orang lain,
pentadbiran otoratik yang tidak mudah bertolak ansur dan kepercayaan bahawa
sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah negara sebagai ubat yang
paling mujarrab, sudah pun meperonyokkan negara yang sungguh terkenal satu
masa dulu kepada sebuah negara pengemis. Inilah bahananya apabila tidak ada
satu pasukan pembangkang yang kuat. Segala dasar yang telah diatur tidak
didahului oleh perbincangan yang sepatutnya. Pandangan kumpulan yang
minoriti telah memperteguhkan fokus golongan yang majoriti. Dominasi suni
Islam maenjadi ketara kerana pengekanganan terhadap getaran minoriti Shia
yang ada. Masyarakat Melayu yang berfikiran mereka mempunyai hak ketuanan
Melayu semakin berpecah belah dan semakin ramai yang meminggirkan diri
mereka.
Kerajaan Malaysia sedang menghadap zaman mencelaru dan sekarang baru sedar
walaupun sudah berkuasa lebih dari 40 tahun, kuasa dan pengaruh seorang
insan yang masih terpenjara di Sungai Buluh maasih lagi dirasakan. Setiap
tindakan yang perllu dilaksanakan oleh kerajaan terpaksa mengambil kira apa
pula tindakan para pengikutnya. Oleh kerana cabaran kepada kerajaan ini
muncul di tahap penghujung dominasi otokrat yagn berdekad lamanya, kerajaan
menjadi serba-salah bagaimana untuk bertindak. Setiap kali ada kuda yang
meloncat keluar kandangnya setiap kali itu pula kerajaan terpaksa mengunci
pintu kandang itu. Inilah tekanan yagn dihadapi oleh kerajaan kini. Apabila
ia dirangkumkan dengan tindakan yang melulu, ia menjadikan kerajaan semakin
terperangkap.
Inilah sebabnya Perdana Menteri tidak mampu menangani keadaan yang semakin
kelamkabut jadinya. Pelabur asing yang mempunyai ancangan meluaskan
pelaburan mereka tentu sekali mendesak diberi keistimewaan seperti yang
telah diperoleh oleh Motorola. Jika tidak mereka akan pindah ke negara yang
memberi tawaran yang lebih lumayan. Satu ketika dulu Malaysia memang sesuai
untuk pelaburan, tetapi tidak lagi kini. Vietnam kini menjadi pilihan kerana
mereka mempunyai kepintarannya. Vietnam kini menjadi pilihan bagi perencanaan
komputer; kerana murah, bagus dan pantas. Semua ini berlaku selepas Amerika
Syarikat menghancurkan infrastruktur negara itu ke zaman silam dalam satu
usaha yang gagal untuk menjajah negara itu. Thailand semakin menjadi pilihan
kepada pelabur asing kerana kesulitan mendirikan bangunan dan kilang tidak
serumit mana baik dari segi politiknya atau pun birokratnya berbanding apa
yang berlaku di malaysia. Lagipun tenaga pekerjanya adalah satu bonus
tambahan.
Sudah menjadi kenyataan kini, Malaysia selepas satu zaman pembangunan yang
menakjubkan kini menjadi terhenti daripada terus berkembang disebabkan
kelecehan yang timbul daripada perkembangan itu dan juga disebabkan
keangkuhan yang muncul darinya.
Sejarah pembangunan negara kita, terutama sekali yang menyangkuti zaman
kekuasaan mahathir penuh dihiasi oleh bangkai-bangkai sogososhas,
pengswastaan, kemusnahan kepada sistem perbankan, institusi kerajaan,
projek mega yang tidak mampu memberi pulangan kepada pelaburan dan yang
akan terus mencekik dana bantuan perbendaharaan negara. Sekarang bersedialah
membayar segala bahana itu.
Diterjemahkan oleh -MT-
Komen Penterjemah:
Kalau seorang wira dunia sanggup menerima hadiah seketul plastik yang diukir
indah dengan tinta emas daripada sebuah pertubuhan picisan yang
berlindungkan kata-kata 'Bismillah..........rahim' apakah lagi yang boleh
kita harapkan daripada insan sewel ini untuk terus berkhidmat memperkayakan
warisan bangsa? Inilah musibah yang terpaksa kita tanggung kerana sanggup
bekerja keras dan akhirnya membayar cukai untuk dibazirkan oleh satu
pentadbiran yang sungguh korup tanpa ada tandingannya di dunia ini. -MT-