Laman Webantu KM2A1: 2702 File Size: 7.4 Kb * |
TJ: Apa yang Terjadi pada 1 September di Melaka? By Marhain Tua 4/9/2000 9:57 am Mon |
MGG68 Apa yang Terjadi pada 1 September di Melaka? Terjemahan Rencana: (MGG: What happened in Malacca Town on 1 September?) Dalam ucapan menyambut kemerdekaan, Perdana Meneri telah menyelar satu kumpulan Cina (Suqui) yang dikatakannya cuba mengada-ngada dengan tuntutan mereka lantas menganggap mereka seperti komunis. Inilah yang membuatkan Pemuda UMNO dan kumpulan pelampau Melayu naik berang dengan semangat anti-cina mereka. Ucapannya itu merupakan kemuncak kepada satu usaha yang dimulakan satu bulan yang lalu di mana perpecahan Melayu-Cina itu menjadi lebih terserlah sehinggakan ketua pemuda Hishamuddin Hussein sanggup mengglakkan pemuda UMNO melakukan tunjuk perasaan di hadapan Dewan Perhimpunan Cina di Kuala Lumpur. Lenyaplah saranan perdana menteri bahawa seorang Cina berkemungkinnan menjadi perdana menteri di negara ini, nanti. Ia masih boleh menjadi perdana menteri tetapi tidak boleh memegang jawatan teratas dalam pentadbiran, pasukan polis, angkatan tentera ataupun di mana sahaja melainkan sebagai satu lambang dan token semata-mata. Krisis yang memuncak sekarang, bermula daripada 17 rayuan kumpulan Cina yang bergelar Suqui yang memang diiktiraf oleh barisan nasional dan juga MCA sebelum pemilu November 1999 dulu. Kini pertubuhan tu disebut sebagai cenderong kepada fahaman komunis. Pemuda UMNO telah memberikan amaran agar Perdana Menteri itu diberikan penghormatan dari aspek nasionalisma. Apa yang berlaku di Melaka ada 1 September merupakan sesuatu yang terpaksa berlaku juga. Ia boleh berlaku di mana juga di Malaysia. Tugas-tugas rasmi boleh dipisahkan dariapda tekanan politik, tetapi, tekanan politik itu boleh membuatkan manusia memberontak. Inilah yang berlaku di Melaka. Wakil ADUN Durian Daun, Ms. Betty Chew Gek Cheng, isteri kepada Lim Guan Eng dan merupakan menantu kepada Lim Kit Siang, telah menulis menggunakan perutusan DAP (Bungaraya): "Pagi semalam 31.8.00 merupakan sambutan hari Kemerdekaan. Satu kumpulan orang muda telah menyerang rumah kedai, memusnahkan skrin kereta, menceroboh rumah ibadat dan memusnahkan tanglong kuil. Malahan pondok ibadat rumah kediaman di Jalan Hang Jebat, Jalan Tukang Besi, Tokong Cheng Hoon Teng di Jalan Tokong, Kampung Pantai, Kampung Hulu, Jalan Munshi Abdullah dan Lorong Java. Penduduk di situ merasa takut dengan keadaaan sekumpulan besar pemuda itu yang menggnas di kawasan itu selepas 1.20 pagi 31.8.00. "Apa yang lebih menakutkan ialah pemuda itu bersenjatakan batang buluh dengan sikap bersedia menyerang sesiapa yagn mahu mempertahankan rumah mereka. Mujurlah tidak ada sesiapa yang tercedera melainkan seorang jurugambar nanyang Siang Pau yang tercedera kerana berada di tempat dua kumpulan pemuda yang bergaduh di kompleks belibelah di Mahkota Parade. " Tidak ada sebarang laporan mengenai insiden itu. Laporan New Straits Times pagi ini menyebut betapa Menteri Besar Dato Wira Mohd. Ali Rustam mahukan satu laporan terperinci mengenai satu kejadian yang lain. Kejadian itu adalah mengenai satu kumpulan berjumlah 300 pemuda yang bergaduh sesama sendiri selepas tengah malam. Pemuda itu bersenjatakan kayu, rantai basikal dan kabel brek. Ada di kalangan mereka yang melakukan kerosakan harta benda dan menakutkan penghuni di situ. Dato Wira Ali rustam ada menyebut kisah kesalahan juvana dan bukannya ketegangan perkauman yang menyebabkan pergaduhan itu. Kabinet negeri pasti akan membincangkan perkara ini minggu ini dan menentukan Melaka selamat kepada para pelancong. Mereka yang melakukan kerosakan itu dan mereka yang terbabit akan dihukum. "Saya mahu mengekang perbuatan yang tidak bersopan itu di kalangan pemuda dan mencari samada ada dalang yang terbabit dalam mencetus pegaduhan tersebut." Inilah caranya seorang ketua menteri menangani sesuatu krisis, secara selamba sahaja dan inilah yang menakutkan sesuatu masyarakat yang teraniaya - si ketua menteri hanya mampu berkata dia mahukan satu laporan dulu! Apa yang terjadi memang mempunyai satu unsur perkauman. Yang menyerang datang dariapda satu kaum dan yan diserang pun daripada satu kaum lain pula. Yang menyerang adalah pemuda Melayu dan yang diserang adalah orang Cina. Apakah ini satu kebetulan? Apabila pemimpin politik terus mengapi-apikan sesuatu isu terutama sekali UMNO dan pemimpin BN sejak satu bulan yang lalu, tentunya ia akan mencetuskan sesuatu. Ancaman yan gdatang daripada Pemuda UMNO ke atas apa yang dianggap sebagai ketegasan berpolitik kaum cina tentunya memberi kesan kepada sikap orang Cina berpolitik. Inilah yang pernah berlaku di masa yang lalu di mana mereka kerap mengalah. Tetapi fenomena ini sudah berubah dan menampakkan kesannya. Peranan orang Cina dalam menentukan kemenangan barisan nasional telah memberi ilham kepada MCA betapa ia mampu membuat tuntutan daripada UMNO yang sudah semakin parah. Itulah yang memberi ruang kepada perlantikan seorang Cina menjadi ketua menteri di Penang. UMNO cuba melawan semula dan apa yang kita lihat sekarang ialah kesinambungan kemarahan yang terpendam itu. Yang peliknya MCA membisu sahaja dalam episod di Melaka itu. Ia tidak mampu bersuara lagi kerana presidennya telah dikotak-katikkan. Dato Seri Ling Liong Sik telah mencuba melepaskan jawatannya sebagai menteri pengangkutan setelah disoal bertubi-tubi kali oleh partinya. Tetapi, dia terpaksa menarik balik perletakan jawatan itu setelah diminta oleh presiden UMNO. Mainan politik Barisan Nasional seperti yang dilihat daripada kejadian di Melaka itu mesti diteliti. Pergolakan politik tentunya meresap ke bawah untuk pengetahun lapisan masyarakat. Kini, BN terpedaya dengan propaganda bikinan sendiri. Sambil berlagak angkoh dengan sikap sama-ratanya, kini masyarakat Cina dituduh sebagai berotak sempit dan berfahaman komunis. Itulah yang dikatakan oleh Perdana Menteri sehinggakan kumpulan Melayu yang lain mahu mengujinya. Sikap polis yang enggan menyahut panggilan telefon menunjukkan mereka sudah lama tahu siapa yang melakukan serangan itu. Adalah menjadi satu perkara penting sekarang ini agar Ketua Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan rasmi betap amereka tidak terbabit dalam kejadian di Melaka itu. Dia harus mengutuk apa yang telah berlaku, datang ke Melaka untuk menemui mereka yang telah dimangsakan dan memberikan jaminan kepada mereka. Tidak perlulah timbalan perdana menteri melakukan hal seperti ini, seperti yang diminta oleh Betty Chew. Itu hanya baik untuk pablisiti sahaja. Tidak juga perlunya, seperti yang pernah ditulis dalam Bungaraya, untuk memanggil tentera PBB. Apabila hubungan perkauman tidak ditangani dengan teliti, pergaduhan memang mudah berlaku. Yang menakutkan dalam hal ini ialah akan berlakunya perpecahan kaum. Sepatutnya MCA dan Gerakan turut mengutuk kejadian seperti itu, tetapi mereka lebih selesa membisu sahaja. Mereka lebih selesa mentafsir tragedi kaum Cina di Melaka itu dari kacamata politik semata-mata. Diterjemahkan oleh -MT- |