Fokus Khas:
Anwar Tidak Pernah Menjadi Perisik Amerika Syarikat
Terjemahan Rencana:
(Anwar Was Never An American Spy by John R. Malott)
Oleh: John R. Malott
Risalah terkutuk "50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi
Perdana Menteri", mengandungi beberapa tuduhan palsu yang
akhirnya ternyata penuh kepalsuan. Masih ingatkah anda
tuduhan bahawa Anwar mempunyai seorang anak hasil hubungan
sulitnya?
Dalam satu persidangan akhbar pada 1998, Ketua Polis Negara
Abdul Rahim Noor ada membuat kenyataan bahawa ujian DNA
yang telah dilakukan menunjukkan tuduhan itu palsu. Kita
tahu Rahim, tidak punyai sebarang sebab untuk berbohong
bagi pihak Anwar, kerana dialah orang yang membaham mata
Anwar hinggakan beliau hampir menemui ajalnya, lebih satu
minggu selepas itu.
Kemudian ada pula tuduhan bahawa Anwar terbabit dalam satu
pembunuhan. Dunia fitnah-memfitnah akhirnya mendedahkan
siapa mangsa yang dikatakan itu. Tetapi, ketika Anwar
dibicarakan, Azizan Abu bakar telah membuat pengakuan
bahawa isterinya mati di dalam satu kemalangan kereta.
Sebagai saksi utama terhadap Anwar, Azizan, seperti juga
Rahim Noor, tidak punyai sebarang sebab untuk berbohong
bagi pihak Anwar.
Kemudian muncul pula satu tuduhan yang membabitkan Anwar,
Amerika Syarikat dan juga saya, secara tidak lansung. Saya
masih ingat tuduhan itu yang menuduh Anwar telah melawat
Pentagon dan diberikan penghormatan berbentuk tembakan
mariam 19 das. Secara logika yang liar, si penulis risalah
itu bertanya, apakah Anwar seorang perisik Amerika ?
Komen seperti itu menyerlahkan kedunguan yang menakjubkan
pihak penulis. Sebagai ulasannya, cuba kita ambil
Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur sebagai contoh.
Apabila pegawai tinggi membuat lawatan di Kementerian
Pertahanan, mereka diberikan penghormatan tentera. Bila
Menteri Pertahanan Amerika datang ke Kuala Lumpur dia
diberikan penghormatan itu, adakah ini bermakna beliau
seorang perisik Malaysia? Syed Hamid pun pernah datang dan
diberikan penghormatan itu di Amerika pada 1998.
Alangkah bongoknya seseorang yang membuat tuduhan semacam
itu! Memberikan perngorhamatan kepada pegawai atasan adalah
satu amalan biasa di seluruh negara. Ini merupakan satu
penghormatan yang memang lumrah. Menidakkannya bererti
melanggar satu protokol. Ketika saya bertugas di Malaysia
selama tiga tahun, saya telah menghadiri banyak istiadat
menyambut tetamu luar di Dataran parlimen dan di
Kementerian Pertahanan apabila penghormatan penuh istiadat
ketenteraan diberikan kepada tetamu terhormat.
Yang Remeh Temeh
Ketika Anwar melawat Pentagon pada April 16, 1998, dia tiba
selaku timbalan perdana menteri dan telah diberikan
penghormatan penuh istiadat ketenteraan. Tidak ada yang
pelik dalam hal ini seperti yang telah diperakukan oleh
Pejabat Protokol Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Sebagai seorang timbalan perdana menteri, Anwar mempunyai
taraf yang sama seperti juga timbalan presiden Amerika
Syarikat. Memberikan penghormatan yang begitu kepada
beliau adalah satu pengiktirafan kepada jawatan yang
disandangnya dan juga satu pengiktirafan kepada Malaysia,
juga. Ia merupakan satu penghormatan kepada hubungan
kerjasama yang wujud di antara Malaysia dan Amerika
Syarikat.
Malahan, Malaysia sebuah negara yang sungguh taksub kepada
protokol dan pangkat/gelaran, seandainya Anwar tidak
diberikan penghormatan seperti yang sepatutnya sudah tentu
akan menjadikan Amerika Syarikat sebuah negara yang akan
dicemuh oleh Malaysia. Yang ironisnya, ataupun lebih baik
digunakan perkataan alangkah aibnya, apabila ada segelintir
manusia di Malaysia yang mementingkan agenda politik
mereka hingga bersedia memutarbalikkan protokol sejagat
menjadi satu konspirasi antarabangsa, pula.
Pernah juga saya merasa pelik kenapa tidak ada sesiapa
dalam kerajaan Malaysia ataupun dalam dunia kewartawanan
Malaysia yang datang bertanyakan hal ini di Kedutaan
Amerika di Kuala Lumpur. Kami memang bersedia untuk
memberikan jawapan yang sebenar, dan begitu juga pihak
Pentagon. Malahan, apabila ada petugas kedutaan kami yang
memberikan maklumat ini kepada wartawan Malaysia, maklumat
itu tidak pernah disiarkan.
Kenapakah manusia tidak mahu mendengar dan melaporkan
berita yang benar?
Mengenai tuduhan bahawa Anwar seorang perisik Amerika,
biarlah saya perjelaskan di sini, bahawa perkara itu adalah
satu pembohongan semata-mata. Anwar bukannya seorang
perisik Amerika, tidak juga Mahathir Mohamed ataupun
penulis buku dalil 50 yang bernama Khalid Jafri. Tetapi,
sekali lagi, tidak ada seorang pun pegawai kerajaan
Malaysia ataupun wartawannya yang bertanyakan hal ini
kepada kami.
Cerita Dalaman
Izinkan saya bercerita secara peribadi. Ini kisah cerita
dalaman yang (pertamakali) pernah saya sebutkan setelah
berkhidmat dalam perkhidmatan diplomatik selama 31 tahun.
Sebelum Anwar ditangkap, desas-desus telah berterbangan
bahawa dia akan ditangkap dan ditahan di bawah Akta ISA,
sebagai pengancam keselamatan negara. Kami telah mendengar
fitnah bahawa pihak polis sedang mencuba menuduh rakan
mainan tenis Anwar sebagai agen CIA, sedangkan kami tahu
perkara itu tidak benar.
Ketika itu, saya telah berjumpa dengan seorang pegawai
atasan kerajaan Malaysia dan telah menyatakan kepadanya
sesuatu berupa rasmi bagi pihak kerajaan saya bahawa Anwar
bukannya seorang agen CIA. Kalau kerajaan Malaysia menangkap
Anwar dan menuduh beliau sebagai seorang agen Amerika, kami
terpaksa mengeluarkan satu kenyataan penapian yang keras
dan mencabar kerajaan Malaysia untuk menunjukkan bukti
yang menyanggah kenyataan kami itu.
Dengan terus-terang saya telah memberitahu individu
berkenaan, yang masih lagi berkhidmat di kedudukan tinggi
dalam kerajaan Malaysia, bahawa mereka akan menanggung malu
kerana tidak mampu menunjukkan bukti penafian, kerana bukti
itu tidak wujud.
Kemudian saya meneruskan lagi: kalian boleh teruskan
perbalahan dalaman dengan Anwar.
Tetapi, kalau kalian berbuat satu tuduhan palsu terhadap
Amerika Syarikat, terutama sekali yang kami telah
campurtangan dengan masalah dalaman kalian, dengan
menyatakan seseorang dalam kerajaan anda itu adalah seorang
agen Amerikan, ini bererti anda membabitkan kerajaan
Amerika yang mendesak kami mendedahkannya sebagai satu
penipuan sahaja.
Pegawai itu menggeliang-geliut kerana tidak selesa dan
malu, di kerusinya.
Hingga hari ini, adakah sesiapa di Malaysia yang sanggup
menunjukkan sebarang bukti menyanggah kenyataan saya itu?
T I D A K
Penjelasannya amat mudah sekali. Anwar tidak pernah dan
belum pernah lagi menjadi seorang perisik Amerika.
Dengan pendedahan cerita ini, tentulah ada orang yang faham
kenapa penghujung tempoh perkhidmatan saya di Malaysia
merupakan satu waktu yang menyulitkan kerja saya. Saya
menjadi mangsa serangan orang gila, seolah-olah serangan
itu datang daripada orang yang ketika itu sedang berhibur
diri dengan menyibarkan fitnah bahawa Anwar adalah seorang
agen Amerika.
Dr. Goebbels pernah berkata: ulangilah pembohongan itu
bertalu-alu, dan orang akan mula mempercayainya. Akan
tetapi, mengulang pembohongan sebanyak 50 kali, tidak akan
menjadikannya satu kebenaran.
Hubungan Erat:
Hubungan Anwar dengan Amerika Syariakt adalah sesuatu yang
memang kita harapkan daripada seorang pemimpin yang
bertanggungjawab. Itulah gambaran seorang yang memahami
bahawa adalah baik untuk Malaysia memajukan dan
mengkukuhkan perhubungan dengan sebuah negara yang:
- Menjadi rakan perniagaan terunggul
- Negara pembeli bertaraf nombor satu akan keluaran negara
- Pelabur nombor satu di negara anda
- Negara yang telah mengalihkan lebih banyak teknologi dan
pengetahuan pengurusan kepada negara anda jika dibandingkan
dengan negara lain,
- Negara yang telah melatih lebih 100,000 graduan universiti
dan
- Negara yagn melatih pegawai tenteera dan polis dan juga
pegawai kerajaan anda
Di banyak negara di dunia ini, kita bekerja dan menjalin
hubungan baik dengan sesiapa sahaja terutama sekali dengan
negara yang diiktiraf penting bagi kepentingan kita
sendiri.
Anwar memahami perkara ini. Reaksi seluruh dunia terhadap
penangkapan Anwar dan juga penghukumannya, daripada Timur
Tengah hinggalah kepada negara jiran di Asean, daripada
Oceania hingga ke Eropah, daripada PBB hinggalah ke Bank
Dunia, menunjukkan betapa Anwar sudah berjaya menjalin satu
hubungan keakraban dengan semua negara dan organisasi yang
penting kepada Malaysia dan masa depannya.
Ada satu peribahasa yang berbunyi: "Apa salahnya dengan
gambar ini?"
Saya masih ingat lagi bulan-bulan terakhir saya di
Malaysia. Saya ingat bagaimana ramai manusia daripada
pelbagai lapisan masyarakat yang bertemu dengan saya di
majlis makan dan jamuan, malahan manusia yang tidak pernah
saya kenal sebelumnya akan berhenti bertegur-sapa di pusat
membeli belah dan di lobi hotel untuk bersalaman dengan
saya. Mereka kerap berbisik di telinga saya dan berkata:
"Kami rakyat Malaysia bukannya tolol. Kami tahu apa yang
sedang berlaku."
Memang benar. Saya tahu orang Malaysia bukan tolol dan
memang benar, merka tahu apa yang sedang berlaku. Saya
hanya mengharapkan mereka berupaya mengatakan perkara itu
dengan bebasnya.
John R Mallot telah berkhidmat dalam perkhidmat diplomatik
Amerika Syarikat selama 31 tahun termasuk sebagai Duta
Amerika di Malaysia pada 1995-1998. Ketika itu Malaysia
dilanda krisis politik dan kewangan. Dia bersara pada
1999 dan kini menetap di California.
Teks asal sedutan tulisan ini dipetik daripada kiriman Mike
Chinoy di Sarawak Talk.
-MT-
3.9.00