Laman Webantu KM2A1: 2699 File Size: 5.7 Kb * |
Berfikir Panjanglah - Rupanya Kita Sudah Jauh Terbabas? By Amin Sapiro 3/9/2000 9:11 pm Sun |
Amin Sapiro (mengesat mata)
BERFIKIR PAJANGLAH - RUPANYA KITA SUDAH JAUH TERBABAS?
Beliau bercerita perihal Nabi Musa a.s. yang baru saja selesai menyeberang
Laut Merah dengan kudrat Allah swt. Konvoi Yahudi yang terseksa selama
ribuan tahun dibawah kekejaman Firaun begitu bangga dengan kemerdekaan
yang di kurniakan Allah swt. Berduyun-duyunlah mereka berjalan ke arah Madyan - sebuah negeri yang
aman. Masing-masing berbangga dengan Kemerdekaan yang baru saja
dikecapi. Tetapi, belumpun sampai sekerat hari, mereka yang baru terselamat itu mulai
terasa penat dan perut mereka lapar. Musa a.s. dengan segala mu?jizat yang
dilimpahkan Allah swt. telah membuktikan bahawa rahmat sebenarnya datang
dari Allah. Oleh itu, kepadaNya lah seharusnya mereka sujud bersyukur tanpa
memikirkan sebarang yang lain selain dari Allah - yang berhak disembah!!
Malangnya, syaitan yang sudah mulai merasuk hati mereka, orang yang tidak
beriman itu kembali sesat. Tersebut kesah seorang diantara mereka telah
engkar dengan meminta Musa a.s. supaya membuat sebuah berhala supaya
mereka beramai menyembahnya. Kununnya, sudah menjadi tradisi masyarakat
yang membudayakan penyembahan berhala untuk mendapat restu segala
permohonan. Musa a.s. dengan berang marah bagai serigala, bertanya kepada mereka
(ditafsirkan), ?Apakah ini balasan kalian kepada Allah swt yang telah
memerdekakan kalian dari seksa dan penyembelihan kaum yang dilakuakan
oleh Firaun sejak ribuan tahun? Belumpun ghurub matahari, kalian sudah
beralih aqidah dan berbalik menyembah berahala yang ditegah??.
Saya termenung memikirkan. Geleng kepala saya seorang diri. Rakan saya
bertanya, ?Mengapa Wak Amin?? Saya tidak menjawab kerana saya tidak
dapat menyatakan perasaan bersalah saya kepada diri sendiri selama ini.
Petang itu saya ditanya lagi. Saya jawab, ?Saya sudah melalukan terlalu
banyak dosa dan kesilapan. Saya tidak tahu bagaimana saya berpatah balik ke
belakang?. Beliau bertanya, ?Mengapa begitu sekali??.
Saya mulakan cerita saya - dan saya luahkan dengan hati yang terbuka. Kata
saya??? [?..Amin Sapiro adalah antara ribuan orang yang paling gigih meletakkan
UMNO kemercu kejayaan. Saya berbangga. Saya berhasrat untuk meneruskan
perjuangan itu demi tanahair, bangsa dan agama. Kemerdekaan kita wajib diisi
dengan keringatan dan cekangan mata. Akhirnya sedikit sebanyak saya
berjaya mencapai niat baik itu. Malangnya, pemimpin UMNO sudah tersilap menjadikan parti itu sebuah ?tugu
berhala?. Ia disembah dan dipuja hingga lupa bahawa ada pemimpin yang
seakan-akan mengakui dirinya seperti ?Latta?. Dengan kepintaran lidah
setengah puak berpidato dengan ritorika dan agenda yang menghasut; maka
dituntutlah rakyat supaya mengucapkan ?terima kasih? - diubah kepada
?bersyukur? pula. Padahal, ?Latta? tidak mempunyai kuasa apa-apa. Jauh sekali ?berhala? yang
mereka buat dengan tangan sendiri?..?.
Teman itu bertanya kepada saya, ?Lupakan segala itu, Wak Amin. Allah swt.
maha Pemurah lagi Pengasihani. Serahkan kesalahan kita untuk
diampuniNya?.? Saya menjawap dengan pantas?.?TIDAK! TIDAK! Jika tangan saya adalah
antara tangan-tangan yang membina ?berhala? itu. Jika si ?Latta? itu cuba
menjiwai ?berhala? yang merosakkan aqidah itu?.. adalah tanggungjawab saya
dan teman-teman sama-sama meruntuhkan kedua-duanya sebagai membayar
kesalahan kami. Saya beriltizam dengan rohani dan jasamani saya untuk menggerakkan seluruh
kewujudan ?Berhala dan Latta? ini dari muka bumi Allah.
Saya akan gantungkan kapak yang sebilah ini ditelinga ?berhala Latta? yang
dipaksakan rakyat menyembah!! Apa guna rezki yang dikurniakan Allah swt., ilmu yang pelajari, tubuh badan
dan minda saya sihat walafiat jika saya berpeluk tubuh dan memandang sahaja
saudara-saudara saya dipesongkan aqidah dan nawaitu mereka oleh ?Latta?
yang ?mahaSESAT? lagi menyesatkan. Waktu saya menulis ini, airmata saya menitis melihat pelbagai maksiat yang
makin berleluasa menjadi amalan dan piagam ?berhala? yang dipaksakan
supaya disembah oleh si ?Latta? keparat!!
Saya masih berdoa semoga Allah swt akan merestui perbuatan saya kali
terakhir ini, dan mengikis dosa saya yang tidak dapat saya ampuni sendiri.
Saya akan berusaha ?menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman?
yang makin berleluasa ditengah-tengah masyarakat yang beraqidah!!
Insyaallah?.!! Allahu Akbar! Amin Sapiro |