Laman Webantu KM2A1: 2689 File Size: 4.7 Kb * |
TJ : Surat Dr Anees kpd Penaja Lariba By Mat Teropong 2/9/2000 5:42 am Sat |
Terjemahan Surat Dr. Munawar A. Anees kepada Penaja
Hadiah Lariba: Oleh: Mat Teropong. Saya harap saudara kini sudah pun mengetahui akan sebab
musabab yang mencetuskan kemarahan awam terhadap Mahathir
bin Iskandar, Perdana Menteri Malaysia.
The Islamic Soceitey of North America, (ISNA) yang
merupakan salah satu organisasi terbesar pertubuhan Islam,
telah menarik balik jemputan kepada Mahathir untuk
memberikan ucapannya di persidangan tahunan persatuan itu
di Chicago, bulan hadapan. Tindakan ISNA itu telah
diberikan sokongan yang meluas sebagai gambaran betapa
masyarakat Islam dunia tidak akan membiarkan sesiapa yang
mencabul hak penganut Islam yang lain dan diwaktu yang sama
cuba berkhutbah kepada mereka atas tajuk perpaduan Islam.
Sikap lidah bercabang dan gelagat menyerang dunia tidak
lagi merupakan satu cara berpolitik kedaerahan tetapi
merupakan satu isu yang menjadi perhatian Muslim sejagat.
Apa juga yang menyentuh pandangan dan juga pendengaran
saudara mengenai buruk laku Mahathir adalah berupakan
cerita yang memang diada-adakan. Tidak ada sesiapa pun
yang pernah berutusan kepada saudara sambil membantah
cadangan penganugerahan kepada Mahathir oleh pihak tuan
pernah merasakan keaiban dan kesiksaan daripada jentera
pengazab yang diamalkan oleh Mahathir sambil berselindung
di sebalik topeng demokrasi. Perkara ini tidak semestinya
melunturkan kejituan isi warkah mereka itu.
Namun demikian, melalui warkah ini, saya ingin menarik
perhatian saudara kepada nasib yang sedang melanda seorang
insan dan keluarganya terutama sekali mereka yang telah
dikenal pasti oleh Mahathir dalam rencana konspirasinya
untuk menghapuskan Anwar Ibrahim. Insan itu ialah yang ikhlas
dan yang menandatangani warkah ini. Dengan hormatnya saya sertakan salinan beberapa tulisan
yang pernah saya tulis selepas didera secara aibnya selama
126 hari secara paksa di bawah arahan Mahathir. Saya tidak
berupaya untuk menulis lebih lanjut lagi kerana kedaifan
diri yang disebabkan deraan yang dilakukan ke atas saya
oelah para pendera dulu. Sehingga kini saya terus diserang
kehilangan upaya berfikir, mengingau, mudah melatah dan
mudah hilang konsentrasi. Saya sedar betapa hadiah Penganugerahan Lariba pernah
dianugerahkan kepada beberapa karyawan Islam yang sungguh
berjaya. Professor Khurshid Ahmad, pernah merupakan guru
dan seorang sahabat saya. Sekurang-kurangnya dua lagi
penerima hadiah itu: Sheikh Saleh Abdullah Kamel dan
Professor Najatullah Siddiqui memang merupakan insan yang
saya kenal dan pernah hubungi secara profesional.
Dengan Ingatan Mesra, Wassalam, Catatan: Cuba perhatikan dan teliti kenyataan beberapa
akhbar dan media perdana; mereka menyiarkan berita songsang
betapa Mahathir adalah penerima anugerah ini yang pertama
dan jolong kalinya, sedangkan sudah ramai orang lain yang
pernah menerima hadiah ini. Berapakah ganjaran yang dibayar
oleh si malaun ini (ataupun agensi kerajaan Malaysia)
untuk mendapatkan hadiah ini? Apakah dengan penerimaan
anugerah ini rakyat negara ini akan berpaling arah dan mula
menyanjungi dan menyayanginya kembali?.
|