Laman Webantu KM2A1: 2686 File Size: 10.5 Kb * |
Mahathir, Umno, BN sedang menanti saat 'Kiamat' By Amin Sapiro 1/9/2000 7:03 pm Fri |
MAHATHIR, UMNO DAN BN SEDANG MENANTI SAAT-SAAT ?KIAMAT?
Bhg 1: SATU masa dulu, Dr. Mahathir meletakkan imej dirinya dan UMNO/BN ke satu
tahap pemimpin sebuah parti gabungan (coalition) yang berwibawa dalam sebuah
negara yang bermasyarakat majmuk. Pelawat dan pemimpin asing mengkagumi
beliau (kunun). Mahathir akan bersyarah (lecture) kepada mereka bagaimana
formula yang terbaik menangani perkara tersebut, dan bagaimana pula
menyelesaikan masalah yang timbul. Inti formula beliau ialah toleransi dan menyegarkan perasaan berbaik-baik sangka
selain dari perkongsian kekayaan negara oleh semua kaum. Disebutkan juga
bahawa akar tunjangnya ialah stabiliti politik melalui perkongsian kuasa sesama
kaum dengan memberi rakyat peluang mengahayati demokrasi. Kerajaan wajar
memperakui hak asasi rakyat. Dalam sebuah akhbar Jelun Mahathir berkata, ?Seseorang pemimpin mesti
menunjukkan contoh yang baik dan dihormati,? kata beliau.
?Leaders come and go?, kata beliau lagi. ?When the time comes, you just take
your seat in the row..?sambungnya. Waktu itu beliau tersenyum. TPM Datuk Seri Anwar yang duduk bersebelahan
dengan beliau hanya memandang lurus, seakan-akan menyembunyikan
perasaan ?kurang yakin? dengan apa yang dilafazkan oleh PM tua itu.
Rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan menganggotai pelbagai parti meyakini
kata-kata Dr. Mahathir itu semacam ?gospel truth?.
Waktu itu, rakyat tidak tahu apa yang tersembunyi di lubuk hati Dr. Mahathir yang
menjadi Perdana Menteri mereka. Mereka memandang DS Anwar sebagai
pemimpin harapan bakal pengganti yang paling layak dan terbaik, paling diterima
untuk menerajui negara bagi mengahadapi era baru yang mencabar - melinium
21. Itulah zaman paling hebat pernah dialami oleh negara ini. Selama 10 tahun Anwar
menjawat jawatan Menteri Kewangan dan kemudiannya menjawat TPM, negara
ini mengalami satu dekad yang membanggakan. Malaysia termasuk ke dalam
kumpulan negara Asia bergelar - ?Asian Tiger?.
?Harimau Asia? ini mengaum dengan hebat! Dr. Mahathir menurunkan falsafahnya
dalam ?Asian Values? - sebuah buku hasil tulisan beliau (kununnya). Mahathir
seolah-olah memberi kursus terpendek untuk mendekati kaum Asia, khususnya
rakyat Malaysia yang sedang menjana kesungguhan untuk mengambilalih
tamaddun, pembangunan dan kemajuan Barat dalam dekad terdekat.
Mahathir memberi angka ?2020? sebagai tahun ?Wawasan?. Malaysia akan
setaraf dengan mana-mana negara maju. Hebat! Memang hebat!
Tetapi, pada 2 September 1998, secara tiba-tiba Dr. Mahathir bertukar spesis
menjadi ?Beruk Asia? dalam belantar ?Harimau Asia? yang terjerat oleh
perangkap samar yang dipasang oleh George Soros. Mahathir kelihatan panik.
Beliau menuduh anasir luar sedang berusaha menjajah negara ini. Semua orang
dipersalahkan. Selain dari Soros, Mahathir menyalahkan Yahudi, IMF, Bank Dunia, negara
penggerak konsep Globalisasi seperti Amerika dan negara Eropah.
Beliau menyorot ke Jepun dengan tujuan meminta bantuan kewangan. Dengan
licik, Jepun mengilas tangan kebelakang dengan berkata, ?No Money, kitorang
pun tarak wang?! Ekonomi Jepun pun sudah jadi ?bubble-gum?..!?
Beliau beralih kepada musuh ciptaannya iaitu pengendali korporat dan bank
tempatan. Mereka dipersalahkan kerana mencetuskan krisis pinjaman melebehi
kemampuan. Beliau menyalahkan korporat (sebenarnya yang dipelihara beliau)
kerana ?over-invest, over-spending..over..over..?!
Tetapi beliau lupa, sebenarnya Mahathir dan Daim adalah pencetus krisis segala!
Mahathir adalah manusia paling tamakkan ?kuasa? dan Daim Zainuddin pula
adalah ?lanun? paling rakuskan ?fulus?. Kombinasi kedua-dua orang bernaiwatu
ganjil ini, maka terbitlah konsep ekonomi ?kueh lapis? dengan ?gula merah? yang
sudah tawar dan ?kelapa parut? yang sudah basi.
Bagai fiil seseorang yang dirasuk jembalang, kedua-dua mereka mencari jalan
selamat dengan membenamkan Anwar yang menentang segala perancangan regu
Mahathir-Daim yang cuba meburukkan keadaan ekonomi yang merudum.
Umpama ?anjing-anjing? tersepit, kedua-dua mereka menyalak dan mengigit.
Mereka mengambil jalan sengkat dengan cuba mententeram keadaan dengan
menghindari segala maklumat mengenai perbuatan sumbang mereka. Maka
dicanang-canangkanlah kepada rakyat dan dunia bahawa Anwar lah penyebab
segala masalah yang timbul. (Cerita Soros tak timbul!)!
Bhg 2: Mahathir mendabek dada dengan berkata takbur, ?Beri saya kuasa mutlak, krisis
ini akan selesai dalam tempoh 100 hari?. Rakyat diberi ingat bahawa
penentangan Anwar akan padam dalam tempoh seminggu dan keadaan akan
kembali normal!! Tetapi rakyat tidak sebodoh itu. Rakyat melihat dengan mata hati bukan setakat
dua mata saja. Terbukti regu Mahathir-Daim adalah punca masalah
(Mahathir-Daim is the real problem). Krisis ekonomi, politik dan sosial yang
melanda adalah kesan yang diduga (expected effect) dari sikap keterlaluan dari
perancangan Mahathir yang ?too fast too soon? selain dari masalah dalaman diri
mereka yang tidak langsung peka ?mengawal nafsu?!
Mahathir terlalu tamak merangkul ?kuasa?. Sambil itu beliau beliau cemburu
dengan kekayaan yang dimiliki dan diusahakan oleh orang lain. Maka berlakulah
situasi yang paling jelek berkonsepkan ?Nepotisma dan Kronis?. Keadaan makin
parah dengan sikap Mahathir terang-terang melakukan pelbagai ?Rasuah dan
Pecah Amanah?. Kerana keadaan makin meruncing, maka Mahathir tidak ada pilihan lalu
melindungi perasuah yang dianggotai oleh hampir semua menteri-menteri Kabinet
beliau, wakil rakyat dan Menteri Besar selalin dari para Korporat yang sekongkol.
Mungkin inilah yang dikatakan konsep ?Malaysia Incorporated? dalam kerangka
?Smart Partnerships?. Segala-galanya dilaksanakan secara ?Privatization? dan
?Corporatization?. (ketawa juga melihat dan memikirkannnya).
Bermulalah pelbagai teori yang muluk-muluk yang tidak pernah didengar orang.
Dari ?Government has no business in business? akhirnya berubah menjadi ?The
Prime Minister and the Finance Minister has to be in all businesses?.
Terdengarlah ejekan dari mulut rakyat dan bakal pelabur, ?To the Malaysian
Prime Minister, Corruption is justified, as it is just like greese to a machine?.
Makna mudahnya, tanpa Rasuah Proton Saga jadi karat!! Maka bergeraklah
Proton Saga, Syarikat Perkapalan Mirzan, Renong, Indah Water Konsortium,
BAKUN dan bermacam-macam korporat yang parah - sementara rakyat dibebani
hutang ratusan bilion melalui ?bail-out?.
Rakyat terkulat-kulat bila melihat Mahathir melambai tangan dari bumbung
Mahligainya sambil menggesek biola sumbangnya. Sementara rakyat mengesat
lelehan airmata kerana terpaksa membanting tulang membayar pelbagai hutang
yang tidak pernah mereka rancang. Anwar dan ratusan rakyat dibelasah jika menentang dan membantah. Mahathir
semakin keras. Alasan dan hujah beliau makin disanggah rakyat. Beliau berpaling
kepada kuasa undang-undang yang terang-terang digunakan beliau tempat
berlindung. Politik Anwar cuba dipancung! Beliau dipurukkan di penjara selama
15 tahun. Pada 31 Ogos 2000, sudah terbayang satu peralihan strategi Mahathir yang
sangat ketara. Beliau sudah mula main ?adu-domba?. Banyak yang bertanya,
apakah Mahathir sedang merancang ?Ops Lalang Dua?? Penekanan yang dibuat
sangat jelas. Mahathir umpama hilang akal. Beliau seakan-akan tidak percaya
lagi kaum di negara ini bersahabat dan berjiran, hidup rukun damai.
Kalau ini satu lagi ?sandiwara?, cerita dan episod yang didalangi Mahathir ini
amat bahaya. Seolah-olah Mahathir tidak mampu lagi membedakan antara
pengikut fahaman komunis dengan yang bukan.
Selama hampir tiga-suku abad usia beliau sejak lahir ke dunia, 18 tahun menjadi
PM & Presiden UMNO, sebahagian besar umur beliau kununnya berkecimpung
dalam politik, malangnya hari ini - sikap beliau tidak ada beza dari orang buta
kehilangan tongkat. Soalan yang ditanya rakyat sekarang,?Apakah Mahathir akan terus beragenda
untuk merangkul kuasa tanpa memikirkan bahawa apa yang bakal dilakukan
beliau akan membawa malapetaka dan mudharat kepada negara dan rakyat??
Hari ini 1 September 2000. Rakyat tidak lagi berpesata. Minda mereka sudah reda
dari leka. Terdengar suara rakyat berkata, ?Cukuplah Mahathir! Hentikanlah
semua ?sandiwara? ini. Kepimpinan anda sudah tidak membawa berkat lagi!!
Carilah untuk anda satu jalan lurus yang lebih selamat. Dunia politik anda
bersama UMNO/BN sudah ditimpa ?KIAMAT?..!!?
Ya! Ya! Selagi pintu taubat masih terbuka, elokkan kalian berdoa banyak-banyak
sementara menunggu tahun 2004 - satu tarikh keramat..!!
|