Laman Webantu KM2A1: 2684 File Size: 6.0 Kb * |
Perkongsian Maklumat Dari Penulis Intelek - Bunga Peremping By Amin Sapiro 1/9/2000 7:12 am Fri |
PERKONGSIAN MAKLUMAT DARI PENULIS INTELEK ?Bunga Peremping?
Saya amat tertarik dengan perincian oleh penulis ?bunga peremping? yang
sekaligus memberi urutan sejarah yang mungkin telah dilupai - malah begitu
sulit ditafsir oleh muda-mudi masa kini.
Penulisan selembut dan seindah ini, memberi kita gambaran paling jelas
bagaimana sejarah yang ?sengaja disembunyikan? beliau dedahkan hingga
mengangkat pelupuk mata. Sila baca dan lakukan tafsiran. Nescaya kita akan lebih kuat iltizam untuk
mereformasikan tanahair dan minda kita yang sekian lama TERJAJAH!
Salam saya kepada srikandi ?bunga peremping? yang telah bermurah hati
meluangkan masa dan keprihatinan untuk berkongsi maklumat yang bermanfaat
besar sesama rakan siber yang lain. Diharap jangan putus-putus menulis.
Kami sentiasa menghargai khidmat sebaik ini dari anda.
(Berjenaka: Selain dari seorang intelek yang pintar dalam penulisan, ?bunga
peremping? adalah doyan masakan tradisional Melayu yang boleh
mengekcurkan air liur!! Haha..!!) Tkasih. aminsapiro `````````````````````````````````` bunga peremping Wak Amin... Pahang pada dasarnya memanglah kaya, kekayaan yang paling ketara ialah
khazanah rimbanya yang menghijau..kalau tidak, masakan bunga peremping
boleh hidup subur mengharum sanggul serikandi, kini dihujung REMOS Pak
Amin tu he he he. Dari cerita sahih yang saya dengar...{jangan ditanya dari mana datangnya
ceritan itu} Negeri Pahang adalah negeri yang termakan sumpah dan
seolah-olah tidak diberkati.... 1. Wan Ahmad dan keturunannya iaitu Sultan yang memerintah sekarang telah
tidak menepati sumpah {menggunakan Al Quran} yang dibuat dengan Tok
Gajah, Mat Kilau dan Tok Bahaman, semasa mereka berada di Pulau Tawar
dahulu...dibawah sebatang pokok nyior. Sumpah ini dibuat sebelum Pahlawan2
itu melarikan diri ke Siam mengikut Sungai Tembeling. Wan Ahmad telah di
rasuah dengan Candu oleh Orang Putih ketika itu. Di sebabkan itu Tok Gajah
dan keluarganya telah menjadi buruan Orang Putih.
Yang anehnya, pokok nyior itu tumbuhnya bercabang dua, kemungkinan tanda
sumpah telah dilanggar! {tidak tau apakah masih ada lagi pokok nyior itu, yang
pastinya muara Sungai Salan tidak terus mengalir ke Sungai Pahang... itu juga
mempunyi sejarahnya} 2. Sejarah Pahang menyaksikan perebutan kuasa diantara dua
bersaudara...Wan Mutahir {abang} dan Wan Ahmad {adik}. Wan Ahmad kalah
dan telah lari ke T'ngnu, tetapi Tok Gajah {namanya kalau tak silap..Rasul} dan
anak-anaknya Mat Kilau, Awang Berduri, Mat Lela {ada lagi.. tidak ingat dah}
menantunya Datok Bahaman yang telah menewaskan Wan Mutahir..telah
menjemput Wan Ahmad kembali ke Pahang. Tok Gajah dilantik sebagai Imam
Perang Rasul dan jawatannya sebagai 'Orang Besar Seorang' Negeri Pahang.
Tetapi apabila sultannya sudah ketagih candu segala mala petaka pun
berlaku..... Bila diingatkan peristiwa di atas..keturunan adik iaitu Wan Ahmad, yang
memerintah maka tentunya pemerintahannya mungkin tidak diberkati..kerana
yang berhak memerintah adalah abangnya...Wan Mutahir. Mungkin inilah
sebabnya Sultan2 di negeri Pahang....ganjil perilakunya..ada yang gila
berjoget sampai ke Ulu Tembeling pun perempuan joget diangkut sama dan
ada pula yang gila berjudi. Tetapi yang dominannya ialah...mereka ini
semuanya gila ' BETINA'. Peristiwa di atas memberi pengajaran kepada kita bahawa pemerintah yang
bergelar raja tidak pernah membela Pahlawan2nya...so, apa lagi yang hendak
diharapkan kepada raja kita terutamanya dalam keadaan sekarang?
Pepuak Ameno di Pahang masih lagi dengan stigma..bahawa orang Melayu
masih lagi tidur..masih bodoh dan boleh ditipu. Kalau boleh mereka mau orang
Pahang selamanya begitu. Itu sebab Pahang kelihatan lesu dan mundur,
hanya yang majunya TUBUH ISTERI MEREKA, TERUTAMA MISS COLGATE,
DISALUT EMAS TEMPAUWAN DAN INTAN BERLIAN, PERKAHWINAN ANAK
KHALIL YAAKUB SEPERTI PERSIAPAN PERKAHWINAN PUTERI KAYANGAN. LIHAT
SAJA PELAMINNYA SEPERTI "MAHAL RANTAI DARI BERUK".
Jadi sudah tiba masanya, Pahang diperintah oleh Barisan Alternatif, untuk
mengelakkan sumpahan terus berlaku...untuk memberhentikan penyelewengan
Ameno Baru{a}..dan paling penting untuk melihat orang Melayu Pahang hidup
terbela dan maju. Kalau Ameno terus diberi kuasa alangkah malangnya orang
Pahang, alamat hidup mereka seperti 'sepuluh jung berlabuh anjing bercawat
ekor juga' Hai Pak Amin..... Nasi kerabu membiru warna, Hm.....good luck. bunga peremping |