Laman Webantu KM2A1: 2682 File Size: 9.0 Kb * |
Wajarkah Rakyat Dibohongi Sebagai Sambutan Kemerdekaaan? By Amin Sapiro 1/9/2000 5:15 am Fri |
WAJARKAH RAKYAT MASIH DIBOHONGI SEBAGAI SAMBUTAN
KEMERDEKAAN? Tarikh terbebasnya negara ini dari penjajahan memang secara rasmi
diistiharkan pada tarikh itu. Tetapi kita tidak sedar bahawa rakyat sudah
terjajah kembali oleh sekelompok pemimpin yang wujud setelah Dr. Mahathir
Mohamad mengambil alih tampuk ?UMNO Lama?.
Selama 18 tahun silam, secara beransur-ansur corak sistem Feudal kembali di
padankan oleh beliau dengan kuasa Diktator dianugerahkan oleh puak UMNO.
Kemuncak ?PENJAJAHAN KALI KE-2? ini berlaku dengan sahih bila seorang
insan yang mengetahui betapa jahat dan busuknya agenda ?Penjajah Bentuk
Baru? yang didalangi oleh Mahathir Mohammad dan kelompok Konspirasinya.
Mahathir - sebagai seorang pembengis, kurang sopan, kasar tutur bahasa dan
tidak berbudaya ketimuran - fiil beliau tidak jauh beda dari sikap ?barbarian?
yang jahil ugama dan jahil tamaddun. Mungkin anda akan menuduh penulis berbohong dan mengada-adakan fitnah!
Tetapi anda akan lebih tahu jika berbicara secara berdepan dan berdebat
dengan beliau secara terbuka. Lidah Mahathir ini tidak mengenal erti
?kebenaran, keadilan dan kesaksamaan?. Orang ini cuma pandai
berpura-pura dan sebilangkali akan cuba mengalih pandangan dengan
maksud ?memutihkan yang hitam dan menghitamkan yang putih?. Itu saja!
Mungkin inilah kesan dari sekian lama beliau ?tidur sebantal? dengan Yahudi.
Akhirnya, orang ini lebih licik, lebih pendusta, lebih sidiq beragenda dalam
menipu kawan dan musuhnya. Kerana rakyat Melayu Islam tidak pernah kabur hati dalam mencari kebenaran,
rakyat meyakini bahawa sesungguhnya Allah swt. telah mengurniakan hidayah
dan petunjuk dengan membuka mata dan pintu hati - insaf dengan keburukan
yang bakal dialami oleh generasi yag akan datang.
Walaupun tidak dipinta kesedaran itu datang melalui pengorbanan sebesar ini,
tetapi Allah swt. adalah sebaik-baik perencana dalam menurunkan
hidayahNya. Kesedaran kita cukup termetrai dalam sanubari.
Terlebamnya mata Anwar, dan terpuruknya beliau dipenjarakan oleh Mahathir
Mohamad secara paksa telah membuka mata rakyat. Sekaligus, terbebaslah
pula rakyat menuntut hak. Mahathir yang begitu angkuh dan takbur telah
menjadi sekerdil manusia dalam penglihatan rakyat dan dunia!!
Mahathir dalam ucapan alu-aluan di malam sambutan ulangan Kemerdekaan
tanahair (secara rumusan) berkata - ?Negara ini akan kembali dijajah
sekiranya orang Melayu berpecah akibah terpengaruh anasir luar yang
bertujuan memecah-belah?. Bagai seorang dirasuk ?jembalang tanah?, dalam satu nafas yang lain;
Mahathir menuduh dengan menyamakan kelompok satu kaum di negara ini
sebagai tidak ?banyak berbeza dengan komunis yang hendak menghapuskan
sama sekali hak istimewa Melayu?. Sebagai menguatkan hujah dangkalnya lagi, Mahathir ini menyifatkan
pendekatan yang diambil oleh kelompoh kaum itu disamakan dengan kumpulan
Al-Ma'unah yang cuba menyakitkan hati orang tertentu, kununnya supaya
perasaan perkauman dihidupkan semula.
Bermakna sekarang Mahathir ini begitu cepat terlupa dengan ?Sandiwara?
yang pernah beliau mainkan pada tahun 1969. Tidakkah beliau tahu bahawa
rakyat sendiri sudah tidak yakin dengan Fitnah, Adu-domba dan Konspirasi
beliau? CABARAN dari rakyat kepada Mahathir: Jika ?Suqiu? betul-betul bagai ?duri
dalam daging? yang beliau samakan dengan KOMUNIS yang boleh
merosakkan keharmonian kaum, MENGAPA tidak diambil tindakan
undang-undang menangkap dan menghadapkan mereka ke mahkamah?
MENGAPA beliau teragak-agak dan tangguh-tangguh lagi?
Kita nampak dengan mata kepala bagaimana nasib ?Tiga Abdul? dalam tahun
70-an. Mereka terus di ISA dan dipenjarakan. Ohhhhh?. kerana mereka orang
Melayu? Begitu? Pun, masih segar didalam ingatan rakyat bagaimana Datuk Seri Anwar
semudah itu di LUCUTKAN dari semua jawatan kerajaan, ditangkap melampaui
seorang ?komunis?, dibelasah umpama penjenayah tanpa belas kasihan,
difitnah dan diaibkan umpama beliau tidak bermaruah, dihukum
sewenang-wenang sebelum dibicarakan, dipurukkan kedalam penjara tanpa
RAKYAT yang celik undang-undang memperakukan kesahihan petuduhan.
Mengapa Anwar dilakukan begitu? Kerana Anwar orang Melayu? Mahathir
mesti jawab ini. Orang Melayu mahu jawapan Mahathir di mahkamah bukan di
rostrum Perhimpunan UMNO atau di Forum luar negara!!
Mahathir tidak memandang sebelah mata kepada orang Melayu. Beliau
kununnya mentakrifkan orang Melayu sebagai kaum yang ?DOCILE? (dayus).
Mahathir menyangka bahawa orang Melayu mudah diperlemah. Maka itulah
sebabnya Mahathir tidak putus-putus menumpukan tohmah dan kebencian
beliau kepada orang Melayu yang disangkakannya bodoh, dungu, bebal,
murahan, tidak ada kekuatan dan mudah dipecah-belahkan!!
Itu sebab Mahathir ghairah bersikap lancang, takbur dan celupar terhadap
orang Melayu selama 18 tahun ini. Mahathir lupa bagaimana 13 Mei, 69
sebagai manifestasi orang Melayu hilang kesabaran. Apakah Mahathir
mempunyai agenda yang sama. Apakata jika nasib Nawaz Sharif beralih
kepada beliau? Dalam tempoh dua tahun ini, Mahathir sudah nampak manifestasi penentangan
orang Melayu Islam terhadap beliau dan UMNO Baru(a)nya makin meningkat
dan berganda. Masihkah Mahathir dan puak sekongkol UMNO yang
dibaruakan menganggap kesabaran orang Melayu ?infinity??
Pada hari ini - 31 Ogos, 2000; Mahathir nampak dirinya terpencil dan tersisih,
dibenci dan dipandang jijik oleh rakyat dunia, ditakrif sebagai agent
pengadu-domba dan pencetus rusuhan dan perbalahan kaum, penjenayah
dan pengganas undang-undang - dan atas segala-galanya: beliau sudah
mirip seorang ?Penyangak berfaham Komunis? dengan niat besar
mensekularkan Islam. Kian lama makin nampak, agenda Mahathir berkuasa adalah dengan mendiri
dan mengekalkan sebuah regim Diktator yang pasti merencanakan proses
pengekalan kuasa dengan mengkacaubilaukan kestabilan politik rakyat dan
mengharu-birukan kesentosaan rakyat majmuk di negara ini. Mahathir sudah
silap besar membaca hati nurani orang Melayu.
Hari ini, tidak ada siapa yang mengalu-alukan ucapan ulang tahun
Kemerdekaan yang dilafazkan beliau. Mahathir Mohamad tidak dapat lari dari
?kezaliman? yang mendalangi KONSPIRASI melebihi ragam karenah sebuah
regim KOMUNIS total! Dosa beliau tidak mungkin dimaafkan oleh rakyat semua
kaum. Rakyat sudah MUAK-BOSAN dengan slogan yang memomokkan. Mahathir
dan regim taghutnya mungkin terharap-harap mengekal kuasa lebih lama. Dari
percakapan dan agenda ?Sandiwara? beliau yang sudah-sudah, Mahathir
sanggup melangkah mayat orang Melayu dan kaum lain demi mencapai tujuan
busuknya. Ptuiiiiiii?..!! Mahathir hendak membohongi siapa? Bagi memudahkan Mahathir:
Rakyat sudah bersedia membenamkan regim ini untuk sekali persetua, adanya!!
|