MGG 63
ETIKA BERPAKAIAN KETIKA KUNJUNGAN PERDANA MENTERI?
(MGG: Is There A Proper Dress Code For Prime Ministerial
Visits?) MGG 2655
Pada Julai 28 yang lalu, Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri
Khalil Yakob, dikatakan telah mengedarkan satu surat
perkeliling kepada semua cawangan dan bahagian UMNO tentang
etika berpakaian di majlis yang dihadiri oleh Perdana
Menteri. Tiga minggu kemudiannya dia sendiri yang
mengatakan surat pekeliling itu adalah surat palsu. Tetapi
tidak ramai yang mempercayainya kali ini. Terpaksalah
timbalan perdana menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi
yang membuat kenyataan bahawa; ?Semua itu adalah kerja
golongan yang tidak ada kerja lain yang lebih berfaedah
melainkan menabur fitnah dan berbuat bohong.? Kepada
timbalan perdana menteri itu kita ingin bertanya adakah
hubung-kaitnya di antara manusia yang dikatakan menabur
fitnah ini dengan mereka yang berkeliaran selama ini ketika
pilihanraya dulu dan ketika mencaci cela pihak pembangkang?
Nampaknya perdana menteri sendiri terpaksa masuk campur
untuk menjernihkan suasana yang keruh ini.
Kalaulah surat itu palsu seperti yang banyak menyetujuinya
kini, ia boleh dianggap sebagai satu alat yang pintar untuk
menggugat kestabilan pucuk pimpinan parti. Tambahan lagi
setelah kenyataan kepalsuan itu dibuat beberapa minggu
selepas surat itu tersebar luas.
Sebenarnya apakah tujuan menyatakan kepalsuan surat itu
sedangkan ramai yang tidak pun mendapat peluang melihatkan
surat itu dulu? Saya telah mendengar perkara ini di awal
bulan dulu dan memikirkan tentu sekali UMNO tidak sebodoh
itu. Tetapi, satu kumpulan pegawai tinggi Melayu yang masih
lagi berkhidmat dan juga sudah pun bersara yang telah saya
temui dua minggu dulu selepas satu solat Jumaat telah
memberitahu saya betapa salinan surat itu telah diedarkan
selepas majlis berjumaat itu. Jelaslah betapa masjid yang
berkenaan merupakan antara beberapa masjid di mana surat itu
telah diedarkan.
Tentu kita merasa hairan kenapa ibupejabat UMNO tidak
mengetahui akan perkara ini sehinggalah dua minggu
kemudiannya. Kenapakah pula bahagian dan cawangan UMNO
sanggup membisu dan tidak menghubungi ibupejabat
mengenainya? Kalau adapun sesiapa yang membuat perhubungan
itu kenapakah perkara itu dipengapkan sahaja? Walau
apapun, surat yang disebutkan itu menunjukkan adanya
kelemahan dalam parti itu. Apabila tidak ada sesiapa yang
sanggup menghubungi Setiausaha Agong itu secara peribadi,
ia membuatkan parti itu sebagai satu institusi yang bodoh
sahaja.
Siapa yang menulis surat itu sebenarnya tidaklah relevan
sangat. Adalah selamat kalau kita katakan pihak yang
menentang, tidak semesmtinya secara rasmi, mungkin juga
sesuatu kumpulan seperti kumpulan Tahan Lasak, yang
melakukannya. Perkara semacam ini mesti dihadapi oleh UMNO
seperti cara UMNO melakukan kerja-keraja mengkucar-kacirkan
pihak lawan. Kalaulah perkara seperti ini dilakukan oleh
pihak pembangkang, kira-kira lima tahun yang lalu,
ibupejabat UMNO tentu sudah menyedarinya sebelum perkara
itu merebak dan tindakan memeranginya pun sudah dilakukan
dalam satu waktu yang singkat. Tetapi kali ini, Timbalan
Perdana Menteri pun tidak mampu meyakinkan rakyat akan
pembabitan pihak pembangkang.
UMNO tidak boleh meraih simpati dengan berlagak seperti
kumpulan orang alim. Cara yang masih terbuka untuk pihak
pembangkang menyanggah kerajaan hanya satu - melalui
peperangan gurilla. Kerajaan yagn dikuasai oleh UMNO
menguasai setiap pergerakan pihak pembangkang dan
mendesaknya ke arah membuat pilihan sendiri. Untuk selama
ini pihak pembangkang telah berlembut dan masih mencari
satu peranan yagn tersendiri. Perkara ini sudah berakhir
kini. Pembangkang sudahpun menguasai dua kerajaan negeri
dan telah membuatkan setiap kerusi parlimen orang Melayu
itu senjadi kerusi yang rapoh. Perkara ini berlaku walaupun
jumlah ahli parlimen pembangkang adalah satu angka yang
kecil sahaja. Kesilapan UMNO berlaku dengan caranya
mengaibkan orang yang sepatutnya menjadi bakal Perdana
menteri, Dato? Seri Anwar Ibrahim. Apatah lagi dengan
keangkohannya menguasai arena politik selama 45 tahun itu
menyebabkan sebilangan besar masyarakat Melayu meminggirkan
parti dan pekimpin politik yang ada. Ramai ahli UMNO
keluar parti itu dan memasukki PAS. Pernah saya
menghadiri satu kenduri sebelum pemilu November 1999 dulu
di mana kepimpinan UMNO bahagian di situ yang telah
bertapak lama selama berdekad lamanya telah melompat
memasukki PAS. Salah satu kesan Dasar Ekonomi Baru yang
tidak dingini ialah perpecahan di antara mereka yang
menikmati dasar kerajaan itu dengan mereka yang tidak
menerima sebarang nikmat darinya. Mereka yang tidak
merasakan nikmat itu walaupun merreka menganggotai UMNO
tidak pun menyokong UMNO sebulat suara seperti yang pernah
mereka lakukan sebelum itu.
Pucuk kepimpinan oligarki UMNO terus membaham kemewahan
dengan rakusnya. Mereka melakonkan tabiat yang dilakukan
oleh satu keluarga Brahmin di Boston sejak berabad lamanya.
Keluarga Brahmin itu berjaya melakukan perangai yang
rakus itu kerana mereka mempunyai kekayaan dan pengaruh
yang kuat. Tetapi, UMNO tidak pun begitu. Apa pun yang akan
dilakukan, masanya akan tiba juga apabila kuasa undi perlu
diperdapatkan daripada para pengundi. Buat masa ini, UMNO
dan juga Barisan Nasional tidak mempunyai sebarang
alternatif dalam pihak pembangkang yang menguasai dua
kerajaan negeri itu. Kuasa kerajaan pusat dalam pengagihan
peruntukan belanjawan memang difikirkan memadai untuk
menghukum kerajaan negeri seperti yang dilakukan kepada PAS
di Kelantan dan Trengganu. Tetapi, kalau pihak pembangkang
mengambil pendirian untuk menumpukan tenaga kepada
merangkul kuasa di parlimen dan menerima sebarang
kemenangan kerajaan negeri sebagai satu bonus, pada pemilu
yang akan datang, ia bererti satu masalah besar kepada
Barisan Nasional.
Barisan nasional memang mengharapkan sokongan undi bukan
Melayu untuk terus berkuasa. Tetapi, keputusan Teluk Kemang
menunjukkan satu contoh apa yang mungkin berlaku di masa
yang mendatang. Daripada 5,000 undi pos, 80% tglah memilih
calon pembangkang; sekitar 1,000 pengundi Cina tidak
menyokong Barisan nasional lagi; sekitar 65% undi Melayu
memihak kepada pembangkang. Yang terus menyokong Barisan
Nasional ketika itu ialah masyarakat India di mana 70% di
kalangan mereka yang masih setia dan melawan arus perdana
para pengundi.
Inilah yang mesti ditangani oleh UMNO seperti memadamkan
bahaya sibaran surat palsu yang dikatakan datang daripada
pejabat Setiausaha Agong parti, dua minggu sebelum perkara
itu dapat dikesan. Keadaan kesihatan UMNO memang boleh
dipertikaikan selagi Perdana Menteri terus berkuasa dan
Anwar Ibrahim terus terpenjara. Nampak sangat UMNO sudah
tidak seirama dengan rentak budaya mainan masyarakat Melayu
itu pada keseluruhannya. Perkara ini lebih menonjol
setelah perdana meneri membuat beberapa komen setibanya
daripada Maputo. Yang semakin terserlah ialah lagak
kerakusan pihak pemimpin parti yang semakin pelahap
seperti kerapnya para pemimpin itu menyatakan masadepan
UMNO yang cemerlang. Sedangkan di waktu yang sama para
pemimpin yang becakap semacam itu pun sudah tidak yakin
lagi akan masa cerah yang mereka canangkan itu.
Satu contoh yang mernyerlah dalam hal ini ialah akan
berlakunya ketegangan dalam hubungan Singapura-Malaysia di
mana Tun Daim Zainuddin dilantik sebagai pegawai
perhubungannya. Insan yang mahu disingkirkan oleh perdana
menteri sebagai menteri kewangan tetapi tidak dilakukannya;
kini diberikan pula tugas untuk menyelesaikan masalah
hubungan dua hala, yang memang tidak diyakini oleh orang
Melayu. Inilah yang dikatakan kesilapan yang berpanjangan
seorang perdana menteri sejak beliau menyingkikan anak
emasnya pada 2 September 1998 dulu; kerana sejak itu
penyingkiran insan ini terus menghantui kewibawaan perdana
menteri itu dan juga UMNO yang mahu terus dipimpinnya.
-MT-
30 Ogos, 2000.