MGG 64
MENGATA DULANG PAKU SERPIH
(MGG: Sandiwara! Oh, Sandiwara! - Or How A Kettle Calls The
Pot Black) - MGG 2651
Perdana Menteri telah memberitahu Mr. Lee Kuan Yew betapa
dia tidak tahu langsung bagaimana Dato Seri Anwar Ibrahim
telah dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Negara
(ISA) pada 20 September 1998. Di waktu yang sama bukankah
beliau sebagai Mengeri Dalam Negeri yang perlu
menandatangani arahan mengenakan hukuman itu ? Mungkin
kerana si perdana menteri itu sudah pun menjangkau umur
tujuh puluhan, makanya seseorang harus memaafkan beliau
kerana kurang ingatan itu. Namun, tidak ada sesiapa di
kalangan pegawai pemerintahannya yang sanggup menyanggah
sesiapa tanpa mendapatkan keizinannya terlebih dulu. Kerana
itu dia menjadi berang apabila Ketua Pengarah Badan
Pencegah Rasuah melakukan penyiasatan terhadap salah
seorang pegawai tingginya tanpa kebenaran beliau.
Lakonan sandiwra perdana Menteri ketika melawat
persidangan antarabangsa memang amat diketahui ramai.
Ucapannya dan juga segala komennya, kalau anda bersedia
mendengar semua ?hampas? itu seperti yang dilapurkan oleh
media kerajaan memang mendominasi persidangan. Para
pemimpin yang lain jika hadir pun hanya mampu memainkan
peranan tukang angguk setiap kali wira ini hadir. Paling
terbaru ialah persindangan South African International
Dialogue (SAID 2000) di Maputo. Satu kumpulan wartawan
Malaysia telah dikumpulkan untuk mendengar taklimat apa
yang berlaku di bilik perbincangan. Mereka naik muntah
apabila diminta menulis laporan yang meyakinkan para
pembaca dan penonton media perdana itu. Bukankah perdana
menteri itu seorang insan yang bertaraf negarawan
antarabangsa yang mampu bersuara sehinggakan negarawan lain
akan menjadi lengkong di majlis yang dihadirinya?
Di waktu yang sama di negaranya sendiri, episod penculikan
Sipadan dan juga Episod rompakan senjata di Grik merupakan
sandiwara juga. Memang tidak syak lagi bahawa semua itu
adalah sandiwara. Ketika kerajaan Filipina bertegas untuk
mengendalikan rundingan pembebasan pihak yang diculik itu,
walaupun pihak Malaysia mahu melaksanakannya sendirian
sedangkan kuasanya tidak menyeluruhi wilayau Mindanao itu,
Perdana Menteri telah memberikan tumpuan agar episod itu
menjadi satu sandiwara juga. Kini sebuah akhbar Filipina
telah mendedahkan betapa seorang panglima bersara telah
mematikan swis radar sebelum berlakunya penculikan itu.
Sesiapa pun tidak dapat menyatakan samada dakwaan itu benar
ataupun palsu. Tetapi, pembabitan angkatan tentera Malaysia
di dalam masalah dalaman Mindanao adalah satu rahsia yang
terbuka. Kalau ada pun seorang panglima bersara yang saya
kenal beristerikan seroang wanita Filipina, beliau ialah
Lt. Jeneral Raja Rashid bin Raja Badiozaman, adik bongus
kepada Raja Tun Mohar yang merupakan cucunda kepada Sultan
Abdullah dari Perak yang menandatangani Perjanjian Pangkor
pada tahun 1874 dulu. Inilah perjanjian yang menerima
kehadiran penasihat British di kalangan raja-raja Melayu.
Itulah juga rajanya yang terpalit dengan pembunuhan
Penasihat Pertama British di Perak, Mr. J.W.W. Birch di
Pasir Salak, dua tahun kemudiannya. Raja Rashid pernah
menjadi ketua pengarah risikan tentera sehingga beliau
bersara di awal dekad ini. Kini, beliau menjadi seorang
peniaga. Ketika beliau menuntut di Sandhurst dulu, beliau
pernah berkawan dengan Menteri Kewangan Myanmar, Brig. Gen.
Abel, pada tahun 60-an.
Memang terdapat sandiwara dalam pembebasan para tebusab
yang diculik di Jolo itu. Tidak ada usaha untuk
mendapatkan mangsa penculikan daripada cengkaman
penjenayah Abu Sayyaf selain daripada usaha perundingan
yang ditolak oleh kerajaan yang berpusat di manila.
Kehadiran beberapa pegawai tinggi kerajaan Malaysia di
Jolo menunjukkan keperihatinan kerajaan bukannya kepada
jumlah wang tebusan yang diminta ataupun keselamatan mangsa
penculikan. Penekanan lebih ditumpukan kepada terjalinnya
hubungan yang sedia ada. Hubungan Malaysia dengan pejuang
Mindanao itu merupakan satu rangsangan yang menjelekkkan
dalam perhubungan Malayasia -Indonesia. Bekas Ketua Menteri
Sabah, Tun Mustapha Dato Harun, pernah membantu rakyat
Islam Mindanao untuk keluar daripada Filipina dengan
membekalkan kerajaan yang ada di Mindanao sekarang dengan
paspot malaysia dan bekalan wang daripada Libya.
Pembabitan Libya juga yang meredakan keadaan tegang
mengenai tuntutan pampasan dalam episod tebusan kini.
Kemudian, muncul pula kisah rompakan senjata di Grik yang
tidak mahu dibincangkan di parlimen. Speaker parlimen
telah menolak sebarang usaha untuk membincangkan perkara
itu kerana tidak mahu membincangkan usaha penggulingan
kerajaan oleh pasukan fundamental Islam yang bersenjata.
Bagaimanakah kabinet dan juga menteri pertahanan bertindak
dalam hal ini? Dengan membuktikan beapa pasukan dakwah itu
mampu menyusunkan ratusan senjata yagn dirompak itu dalam
tiga buah Pajero. Tidak pula diapurkan bagaimana
keselamatan yang ketat itu telah diceroboh hingga
membabitkan mereka yang terlibat di hadapkan ke mahkamah
militari. Dato Seri Najib Tun Razak memang bosan dengan
kecuaian keselamatan itu. Tetapi, dia seolah-olah bangga
pula membuat laporan kepada Mr. Lee Kuan Yew betapa adalah
satu kesilapan apabila rakyat negara ini tidak mempercayai
bahawa rompakan itu pernah berlaku ataupun apakah senjata
rompakan itu boleh disusun dalam tiga Pajero yang terbabit.
Kini, kita diberitahu agar menerima hakikat bahawa
peristiwa itu bukannya sandiwara. Jika tidak, kita boleh
dihukum. Tetapi, rompakan senjata itu seperti yang
disibarkan, adalah kesan satu pergolakan dalam
persengketaan politik dalaman UMNO.
Kini, perdana menteri sudah pun pulang daripada Maputo, dan
telah menuduh dengan lantangnya betapa pihak pembangkang
sedang bermain sandiwara politik. Keengganan pihak
pebangkang menerima keputusan yang disogokkan oleh kerajaan
adalah satu bukti adanya sandiwara itu. Perdana Menteri
menegaskan betapa kerajaan tidak pernah berbohong. Satu
ketika dulu, Dato Seri Anwar dikatakn dalam keadaan selamat
sedangkan ketika itu matanya sudah pun dilebamkan. Ketua
Inspektor Negara telah menafikan pembabitan beliau dalam
hal itu sehinggalah satu suruhanjaya ditubuhkan untuk
membuktikan pembohongan itu. Inilah kisah sebuah kerajaan
yang perihatin dengan keselamatan rakyatnya. Di waktu yang
sama ia tidak pernah sanggup berbincang dengan pihak
pembangkang akan hal yang berat-berat.
Pihak pembangkang pun merupakan satu kumpulan yang
menyedihkan. Mereka sepatutnya tidak diberi ruang berdiri
di pentas politik. Tetapi sebagai rakyat sebuah negara
yagn mengamalkan demokrasi kita akan terus merana dengan
ahli politik seperti ini. Termasuklah kejayaan mereka
mengalahkan barisan nasional dan merangkul kuasa dua
kerajaan negeri.
Perdana menteri ada menyatakan satu sandiwara yang paling
aib di mana pihak pembangkang telah menipu rakyat. Dia
membuat komen itu dengan melakonkan satu sandiwara yang
paling hebat sekali: Dia mahukan pihak pembangkang
memulangkan balik segala kemewahan yang dinikmati (oleh
pembangkang) daripada dasar yang dibuat oleh kerajaan.
Masalahnya perdana menteri tidak memahami betapa rakyat
sudah jelek dengan sandiwara yang dilakonkan oleh pihak
kerajaan dan bukannya oleh pihak pembangkang. Sandiwara
kerajaan telah mengganggu-gugat kehidupan setiap rakyat
negara ini, sedangkan sandiwara pembangkang hanya
melibatkan segelintir rakyat sahaja. Yang lebih menonjol
sekarang ini ialah kredibiliti dan tidak semestinya
sandiwara lagi. Rakyat sudah semakin mempertikaikan
kredibiliti ataupun martabat yang masih ada lagi bersama
pentadbiran negara ini, baik di dalam kerajaan pusat
ataupun di dalam kerajaan negeri yang masih dikuasai oleh
Barisan Nasional lagi.
Dierjemahkan oleh -MT-
30 Ogos, 2000.