Laman Webantu KM2A1: 2672 File Size: 5.3 Kb * |
Dr M Bermain APi - Akhirnya Umno Terbakar Hangus! By Amin Sapiro 30/8/2000 11:49 pm Wed |
Amin Sapiro (tak mau cari gaduh)
DR. MAHATHIR BERMAIN API - AKHIRNYA UMNO TERBAKAR HANGUS!
Saya langsung tidak bermaksud untuk masuk campur dalam pertelagahan antara
beliau (Saiful Nazli) dengan sdr. Rustam A. Sani. Tetapi, bila membaca beberapa
ungkapan biadap Meor Saiful Nazli, saya merasa wajar menyentuh serba sedikit
perkara terbabit. Pasti ramai yang terlalu kesal dan tersinggung dengan ungkapan ?biadap? sdr
Saiful Nazli yang menyebut: [?.sanggup mengkhianati bangsanya sendiri dengan berdiri teguh di belakang
Persatuan-persatuan Cina yang menuntut benda yang bukan-bukan. Kalau
Pemuda Umno tunjuk perasaan dikatakannya tak beradab, tapi kalau puak
Reformasi buat piket belasah orang TV3, bakar tong sampah dikatakannya pula
itulah pejuang keadilan sejati. ] Saya mentafsirkan, jika sesebuah parti politik dan penyokongnya merasa
perselisihan kaum akan tercetus dalam sebuah masyarakat majmuk (seperti negara
ini), kerana karenah seseorng pemimpin menggunakan isu sensitif (untuk meraih
untung politik), maka rakyat yang rasional dan berhemah (tak kira parti) wajar
menyanggah. Dalam konteks ini, Dr. Mahathir adalah pemimpin UMNO pertama yang
mencetuskan pelbagai isu yang cenderug kepada pembangkitan ?sensitive matters?
yang memungkinkan ramai pihak akan merasa tidak senang.
Diperhatikan, capan beliau di Perhimpunan Cina telah mencerca orang Melayu, di
perhimpunan Melayu beliau mencerca kaum Cina.
Baru-baru ini dibangkitkan pula isu ?PM Cina?. Heboh keliling dunia Dr. Mahathir
cuba menghasut minda pelajar-pelajar (di Mesir).
Kemudian ditimbulkan pula isu ?Al-Maunah?. Mujur baik, akhirnya diyakini rakyat
sebagai sebuah ?Sandiwara @ Opera?. Tetapi Dr. Mahathir masih emelanjutkan episod memburuk-burukkan sebuah parti
Melayu Islam secara membuta-tuli tanpa bukti.
Pertanyaan saya kepada sdr. Meor Saiful Nazli, apakah Presiden UMNO ?yang ini?
masih berminda rasional? Apakah rasionalnya Pemuda UMNO sendiri mengadakan
?tunjuk perasaan? (meminjam kata Nazli) dan diikuti oleh seorang Pemuda UMNO
yang belum sempat ditabalkan menduduki kerusi MB begitu lancang celupar mulut
mendabik dada sanggup ?bermandi darah??
Apakah implikasinya kepada seluruh masyakat majumuk di negara (tolak tepi
pandangan dunia) jika perkara seumpama itu benar-benar berakhir dengan rusuhan
kaum? Apakah UMNO akan mendapat faedah politik yang diagendakan terhasil darinya?
Tidakkah seluruh masyarakat majmuk ini akan hilang keyakinan terhadap Barisan
Nasional (BN) kerana setelah puluhan tahun mentadbir negara BN masih tidak
mampu mewujudkan kesepakatan sesama kaum secara langsung?
Penyokong Reformasi tidak perlu ditanya cerita kosong ?buat piket belasah orang
TV3, bakar tong sampah? seperti yang tersebar di akhbar arus perdana. Kerana,
rakyat semua tahu, yang melakukannya adalah ?samseng UMNO? yang memberi
ganjaran dan upah kepada penagih dadah supaya melakukan semua itu.
Bandingkan pula dengan darah anak-anak reformis yang mengalir kerana
dibelasah oleh FRU. Adakah UMNO lupa, mata DS Anwar lebam - presiden UMNO
kata apa? Tidakkah beliau berbohong keseluruh dunia kununnya Anwar pukul diri
sendiri? Bila Mahathir diminta oleh mahkamah hadir sebagai saksi, mengapa beliau
berlindung dibalik undang-undang yang direka-cipta beliau? Parti manakah yang
ditrajui oleh Dr. mahathir yang jelas sanggup mengkhianati bangsa dan agama
sendiri? Jika presiden UMNO begitu ghairah berkata ?no one is above the law?, mengapa
beliau tidak membantah digelarkan seorang pengecut? Sebagai kes tertunggak,
mengapa Mahathir tidak membersihkan namanya bila Datuk Shafie Yahya
mendedahkan dimahkamah yang memberi tafsiran bahawa Mahathir adalah
?pelindung rasuah?. Siapakah ?bapak segala Hipokrit??
Rasanya, puak UMNO lebih cenderung memulakan isu-isu yang ditakrifkan sebagai
?yang bukan-bukan?. Sebalinya, BA terpaksa bekerja keras untuk mencari ?laluan
tengah? untuk menyatupadukan rakyat majumuk berbilang budaya dan sensitiviti di
negara ini. Setakat ini rakyat mulai curiga kepada UMNO/BN. Mungkin2004, parti itu bukan lagi
pilihan mereka! Amin Sapiro |