Laman Webantu KM2A1: 2670 File Size: 6.5 Kb * |
Tahankah Umno/BN Pahang Bila Naga Tasik Cini Keluar Menyerang By Amin Sapiro 30/8/2000 8:19 pm Wed |
Amin Sapiro (ke negeri yang baru di Merdekakan)
TAHANKAH UMNO/BN PAHANG BILA NAGA TASIK CINI KELUAR
MENYERANG? Hari itu, kebetulan pula rakan sepermainan saya (semasa menganggotai UMNO)
telah bersedia dengan dapur BBQ dengan bara api merah menyala untuk
membakar ?tenggiri batang? yang dihantar khas oleh Pak Mat - seorang nelayan
pantai. Dengan asap berkepul-kepul bau ikan panggang, halaman rumah kampung rakan
saya itu bagaikan beliau kenduri menyambut Merdeka pula.
?Dah macam ini punya hebat kita bercanda, makan ikan panggang tak juga kita
nak ?bersyukur? kepada UMNO/BN?, saya buka langkah pertama dalam siri
pancak silat saya ke Pantai Timur. ?Hehehe?.? Ketawa tuan rumah. ?Wak Amin, ikan tenggiri batang tak ada kena
mengena dengan UMNO/BN. Lebih-lebih lagi kalau UMNO Pahang dah kena
panggang..? Gelak kami berderai. ?Hari ini ?BBQ politik Pahang? ke?? bertanya seorang yang bertenggek di tunggul
batang kelapa yang dikerat-kerat dijadikan tempat bertenggong.
?Sementara Khalil Yaakob melantik ?wakil rakyat tak resmi? ke kawasan yang
sudah ditawan BA, kita gerakkanlah strategi kita?!? berkata seorang yang bertubuh
kurus lansing berkumis nipis. Dari ?sembang-sembang? yang berlegar, dapat saya rumuskan bahawa Khalil
sedang menghadapi laluan sukar untuk menyakinkan sisa penyokong UMNO di
kesemua lapan kawasan yang telah ditawan oleh BA. Malah, beberapa kawasan
lain yang sudah terkena demam BA Saban kali diadakan ceramah BA, orang
berduyun datang. Masakan itu penyokong BA 100 pesen. Kerana Khalil sendiri sudah kata di
Perhimpunan bahawa ahli UMNO telah bertambah begitu mendadak; melampau 3
juta!! Kami tergelak besar bila seorang rakan kami melogikkan analisisnya.
?Kalau dah 8 kawasan BA dah tawan, macamana ?sampua? Khalil mengira?
Masakan ahli UMNO bertambah dari dua juta kepada 3 juta. Takut-takut ahli
UMNO dah melorot tinggal setegah juta saja? ujar seorang yang memandang tepat
kepada saya. Saya mengangguk. Bersetuju pada asasnya.
?Itu tak termasuk Trengganu, Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor? sampuk
seorang lagi. ?Ini semua cerita nak tutup pekong di dada lah!? rentap seorang lagi. Keras saja
nada suara beliau. Khabarnya, beliau adalah salah seorang AJK Pemuda di suatu
Bahagian yang cukup-cukup menentang sikap beberapa orang anggota
Perhubungan UMNO Pahang yang mau saja jadi ?yes-man? semasa DS Anwar
dipecat Dr. Mahathir dalam sesi MKT pada 3 September 98.
Khabarnya, beliau adalah penggerak kepada penubuhan beberapa ketumbukan
KeADILan untuk menyerang UMNO/BN dalam pilihanraya November ?99.
Walaupun beliau sekarang resmi sebagai AJK KeADILan, namun beliau adalah
orang perantaraan yang paling liberal mengorak langkah kerjasama dengan
komponen BA yang lain - khusunya PAS dan DAP.
?Orang macam itulah yang paling sesuai gantikan Adnan kalau BA menang di
Pahang..!? saya mencelah (saya tak boleh campur sangat, Pahang kampung
orang. Hehehe? Mesti hormat.). Baru saya tahu, tujuan Khalil melapis Wakil Rakyat kawasan yang ditawan BA
dengan ?wakil UMNO? berpunca dari lumpuhnya UMNO secara total di
kawasan-kawasan terbabit. Penyakit ?polio? UMNO itu telah menyerang ke kawasan-kawasan yang
dimenangi UMNO juga. Majoriti wakil-wakil rakyat UMNO masih bersikap ?usang?
dengan lagak tahun-tahun sebelum UMNO kecundang. Kerana itu, minat rakyat
sudah hilang terhadap UMNO. ?Tengoklah nanti, apa akan jadi. Umpan yang diunjuk-unjuk dek Khalil itu
terlampau besar ganjarannya. Kununnya, ?Wakil Tak Resmi? berpotensi dilantik
menjadi calun kelak. Itu bukan nak menyelesaikan masalah, sebaliknya
menjadikan UMNO sendiri berbalah sesama sendiri.? ujar beliau.
?Sekarang, jangankan UMNO nak tersusun, makin hebat ?infighting? dan masalah
dalaman. Masing-masing dah mula berkonspirasi..? sambung kawan yang datang
dari Chini (kawasan KeADILan). Khabarnya, Bahagian beliau memberi nama
jolokan ?naga Tasik Chini? kepadanya.
Saya ketawa sendirian. Saya nampak politik wang dalam UMNO terlalu tenat
menyerang ke akar umbi. Konspirasi dan gejala ?tumbangkan kawan? adalah virus
paling menular. Jika dipandang dalam-dalam, masalah UMNO tidak bersebab dari
BA. Umpakanlah UMNO bagai kapal yang tidak bernakhoda. Kelasi pulak cuba nak
jadi serang. Serang cuba nak jadi Nakhoda, akhirnya berlakulah ?mutiny on the
bounty?. Kelasi nak humbankan ke laut.
?Hehehe?. Itu bukan lagi ?Mutiny in the bounty saja Wak Amin,? mencelah
seorang yang muka nampak berjenaka. ?sekarang UMNO Pahang dah berlaku
pulak ?Mutiny nak cari ?mati?..!!? ujar beliau sambil merobek kepala tenggiri
batang yang dah dipanggang di pinggannya!!
Saya ketawa mendengar kata-katanya. Mungkin itulah simboliknya - dengan
menggabungkan kata-kata beliau yang sedang memecahkan kepala tinggiri untuk
mencari benaknya. Hehehe?!! Petang nanti saya akan berjalan ke negeri yang baru dimerdekakan! Ganu!!
|