Laman Webantu KM2A1: 2669 File Size: 21.2 Kb * |
Fwd MR2: Perutusan Merdeka Rakyat Marhaen By web aNtu 30/8/2000 9:04 pm Wed |
Sumber: MR2
Penulis: Dr NOLOGARENG Rasa macam kenal aje penulis ini....... :)
--ooOoo-- Assalamu 'alaikum dan selamat sejahtera,
Kemerdekaan bermakna secara lahirnya kita telah bebas dari kongkongan dan
belenggu pihak yang selama ratusan tahun menjajah negara, bermula dengan
kejatuhan Melayu Melaka. Setelah itu satu demi satu kerajaan Melayu yang lain turut
tumbang dan jadilah bangsa yang pernah mewarnai sejarah Indonesia ini sebagai
tebusan dalam negara sendiri. Tanggal tarikh yang sama 43 tahun yang lalu, rakyat meraikan detik yang bersejarah
ini. Maka beralihlah pemerintahan orang putih kepada anak watan bercampur dengan
sebahagian kawan tionghua dan India kerana dasar JUS SOLI yang kita terima pakai
semasa perjanjian kemerdekaan. Bermula dari situ sejarah Malaysia moden mula diukir secara berperingkat-peringkat
sehinggalah sampai kepada kita seperti hari ini. Tempoh 43 tahun yang negara lalui ini
penuh dengan peristiwa suka duka dan pahit maung yang terpaksa generasi dulu lalui.
Ancaman komunis, konfrontasi Indonesia, kejadian 13 Mei adalah antara beberapa
insiden hitam sejarah negara kita. Seterusnya dasar-dasar negara juga banyak
dipengaruhi peristiwa tersebut. Setelah 43 tahun kita merdeka, kita telah mempunyai 4
orang Perdana Menteri dan telah diperintah secara 'demokrasi' oleh Parti Perikatan
dulunya yang kemudian berubah nama kepada UMNO dan seterusnya UMNO
BARU(A). UMNO bersama rakan-rakannya telah membuat dasar dan mengungguli
politik tanah air semenjak merdeka lagi.
Peringkat awal kemerdekaan, kerajaan hanya melanjutkan dan mengubahsuai apabila
perlu akan apa-apa sistem dalam negara. Setelah kejadian 13 Mei 1969 yang
antaranya disebabkan oleh ketidakadilan agihan ekonomi negara, maka baru lah
nampak sedikit perubahan dalam polisi kerajaan yang mengambil berat akan nasib
golongan miskin samada Melayu. Cina Dan India. Rata-rata di seluruh negara orang
Melayu lah yang paling dhaif sekali. Maka sedikit keistimewaan diberi kepada orang
Melayu atas dasar KETUANAN DAN KEISTIMEWAAN yang memang diperakui oleh
Perlembagaan Negara. Dasar Ekonomi Baru (DEB), antara lain menekankan pentingnya kekayaan negara
diagih samarata dan samarasa untuk semua kaum. Melayu d kampong tradisional, Cina
di kampong Baru manakala India di estet-estet.
DEB juga membuka peluang pendidikan, perniagaan dan segala aspek ekonomi
kepada orang Melayu yang selama ini disisih oleh British demi kepentingan strategik
mereka.( mudah memerintah bila pribumi tak kuat). Maka terbentuklah Universiti
tempatan dan biasiswa pula disediakan untuk cerdik pandai menimba ilmu tanpa
gangguan kewangan. Muncullah Univ Sains, Univ Kebangsaan dllnya. Ramai juga
kalangan anak-anak generasi baru yang dihantar ke luar negeri untuk menimba ilmu.
MARA juga diwujudkan untuk menangani masalah yang berkaitan. Maka
berbagai-bagailah jenis biasiswa ada dan sentiasa bersedia menampung
perbelanjaan pelajar Melayu/bumiputera. Seluruh warga Malaysia,
Sehingga awal tahun 80 an, kita pun menyaksikan peningkatan jumlah cendekiawan
Melayu dari kalangan profesional maupun teknokrat. Jika di awal kemerdekaan susah
untuk kita menjumpai doktor dan jurutera Melayu, kini kita boleh berbangga bahkan
sampai ke disiplin aeronatik dan fizik nuklear. Pencapaian ini sekaligus membuktikan
bahawa Melayu/bumiputera mampu bersaing dan meningkat maju asalkan saja diberi
peluang. Maka sedikit sebanyak DEB memberikan hasil yang positif dan boleh
dikemaskan lagi. Lalu jurang sosial yang dahulunya amat menakutkan kini mula
berubah. Sudah ada golongan menengah Melayu. Kini tak menghairankan lagi jika
ada orang Melayu memandu Mercedes dan tinggal di banglo mewah. Apa yang dasar
ini lakukan ialah mengembalikan semula hak Melayu yang telah terjajah di negara
sendiri. Dalam masa yang sama keturunan lain boleh mengkayakan diri mereka tanpa
sekatan. Pemberian kepada orang Melayu bukanlah dalam bentuk rampasan/rompakan
dari bangsa lain. Malaysia terus membangun dan ekonominya berkembang selari dengan penerapan
DEB. Ini membuktikan bahawa dasar itu tidak membantut@memperlahankan ekonomi
negara yang kita cintai ini. Bersyukur kita kepada yang Maha Esa yang dengan
limpah kurnia-Nya yang tak terhingga dan juga bebasnya kita dari bencana alam
yang dahsyat seperti negara2 lain. Maka Malaysia pun mengecapi kemajuan yang
setara dengan negara lain. Selain dari hasil mahsul tradisional, bumi ini juga di
anugerahkan EMAS HITAM(petrolium) yang amat besar nilainya semenjak dijumpai
sehinggalah ke hari ini. Seluruh warga 'merdeka', Bermula awal 80an apabila Dr Mahathir mula menjadi Perdana Menteri, keturunan
Melayu merasa amat seronok. Beliau bergelar' UltraMalay' ( macam ultraman
kegemaran anak saya). Dia dikenali lebih melayu dari Melayu@ atau lebih kuah dari
sudu. Orang Melayu terpesona dengan sejarah politik beliau yang dikatakan akan
memperkuat dan memartabatkan lagi Melayu sebagai bangsa yang kuat dan TUAN
kepada MAYA PADA ini. Manakala keturunan lain pula kita lihat agak curiga dan
was-was di awal pemerintahan Mahathir yang mendapat laluan percuma dari Tun
Hussein Onn, ayah kepada Hishamuddin.
Asas yang dibentuk oleh pimpinan terdahulu dalam pemerintahan mula nampak goyah
dan payah. Sejarah 18 tahun pemerintahan dinasti Kutty ini penuh dengan kemelut
politik, samada dengan pembangkang maupun sesama ahli parti atau komponen BN.
Telah diketahui umum bahawa Diktator mahathir meneruskan tatacara politik penjajah
-PECAH DAN PERINTAH untuk beliau menguasai Ameno secara mutlak. Dari segi
politik, kejadian Memali,pengunduran Musa Hitam,percakaran Team A dan B, UMNO
diharamkan,Ameno ditubuhkan dan yang terbaru kes pemecatan dan penghinaan
mantan Timbalan Perdana Menteri. Beberapa isu lain seperti ketuanan dan hak
istimewa orang Melayu,isu kafir mengkafir, sembahyang dua imam, royalti minyak dan
yang terbaru lagenda SAUK, tak lain hanyalah sebagai 'diversion' dari masalah asal
dalam negara. Kemudiannya kerajaan Mahathir mengamalkan penswastaan dengan alasan
mengurangkan beban kerajaan yang akhirnya gagal capai matlamat. Projek PLUS,
IWK, PERWAJA boleh dijadikan hujah. Akibatnya bebanan kerajaan bertambah kerana
penagmbilalihan semula atau suntikan modal. Kerugian berbillion ringgit ini tak
ditangani dengan elok dan dibiarkan tergantung begitu saja.
Setelah itu berbagai tanggungjawab sosial kerajaan mula dihapuskan satu demi satu
dengan meminda perlembagaan dan akta yang sedia ada. Akta tanah 94, akta
pendidikan(pindaan), dengan sokonga ahli parlimen Ameno. Maka penswastaan
mewarnai dasar kerajaan sehingga ke bidang pendidikan. Kita mentaksikan biasiswa
berkurangan dan bertukar kepada pinjaman, tertubuh IPTS dan franchise 'U' luar yang
matlamatnya hanyalah keuntungan. Sejarah merakamkan bagaimana Diktator Mahathir memutarbelitkan dan menipu rakyat
dalam pemerintahannya. Beliau membiarkan gejala nepotisma, kronisma dan kolosi
mengambil tempat dalam pentadbiran. Kegiatan tak bermoral ini meliputi dari pegawai
biasa sehingga pehak atasan, maka rasuah dan pecah amanah bermaharajalela dan
membudaya dalam jabatan kerajaan. Apabila golongan terbabit telah tercebur dan
dicengkam oleh perlakuan buruk ini maka mudahlah Mahathir menunggang dan
mengkudakan mereka kemudiannya. Itulah yang berlaku dalam institusi POLIS,
KEHAKIMAN,BPR,KASTAM dsbnya. Semua rakyat yang menjunjung perlembagaan,
Matlamat dan falsafah DEB mula ternoda dan terusik semenjak A/L Mohamad Iscander
Kutty ini memerintah. Politiknya yang beragenda jahat itulah yang menjadi puncanya.
Dia dahulunya berjaya menaikkan sentimen orang melayu yang kononnya dialah
HERO bagaikan Ultramalayman. Sebaliknya dialah punca yang melemah dan
mengkembirikan kekuatan Melayu secara lahir maupun kedudukannya dalam
perlembagaan. Ucapan Mahathir di Parlimen sekitar tahun 60an dan juga awal 90an,
beliau ada menyentuh dan memperleceh DEB kononny sebagai subsidi yang
menghina Melayu. Ikrarnya untuk menghapuskan DEB harus dipandang serius kerana
dalam masa yang sama mulut penipunya jua yang nak pertahankan KETUANAN
MELAYU. Dalam erti kata yang mudah Diktator Mahathir ialah serang hipokrit dan
munafik, spesis lidah bercabang(sepatutnya sudah pupus), yang cakap lain dan
bikinnya juga lain. Di awal 90an yang menyaksikan jurang ekonomi merapat, kini ia
semakin meluas dan mungkin menimbulkan masalah semula. Inilah sikap sebenar sang
ADIJAGAT pujaan Mokhzani dan Mirzan.
Lalu terjadilah pemunggahan dan faraid harta kekayaan negara bagai pusaka
ayahanda kepada suku-sakat dan kroni. Duit keuntungan Petronas anugerah Illahi
habis dijolikan sehinggakan manafaatnya tak sampai kepada rakyat marhain.Dalam
pada kita kekurangan sekolah, alatan pembelajaran, biasiswa, komputer, KERAjaan
meneruskan agenda sombongnya yang bertaraf Dunia- TWIN TOWER,KL TOWER,
KLIA dan berbagai lagi. Ketika mereka meminta rakyat berjimat dan potong gaji,
mereka terus berjoli dan jalan-jalan ke luar negeri. Bial ekonomi merudum, peniaga
matawang disalahkan dan disoroskan segalanya walhal sifat sendiri yang BOROS tak
disentuh langsung. Tak ternampak perasaan bersalah. Penubuhan Danaharta dan
Danamodal adalah untuk memudahkan/mengelabui rakyat terbanyak dalam usahanya
merompak dan membalun harta negara untuk kroni dan suku-sakat. Semasa untung
makan sendiri diam-diam, bila dah rugi paksa duit rakyat keluar- apa punya
perniagaan macam ini. Hutang luar negara terus bertimbun sekitar 200 billion dengan
Petronas dijadikan cagaran.(jenuh BA nak lunas). Kita juga dengar berita minyak dijual
secara haram- OFF RECORD??( staff petronas tolong jelaskan). Hasilnya mereka
sapu senyap-senyap sebagai membalas jasa mereka memerintah negara. Yang
terbaru berita KERAjaan Ameno 'karat biru" Johor menjual pasir/tanah secara haram
kepada Singapura. Semata-semata untuk keuntungan Ameno. Patriotikkah
pengkhianatan mereka ini?? Tak kan cukup dengan kibar bendera saja.!!!!!!
Rakan-rakan anak watan,tionghua dan India,
Bumi kita ,bumi bertuah yang telah dianugerahkan kemerdekaan hasil perjuangan
pahlawan bangsa dahulu menyedarkan akan HINA dan LEMAHnya kita bila dijajah.
Maka bangun dan tampillah nama-nama hebat pahlawan Melayu menuntut
kemerdekaan. PKMM @ Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda menjadi penggerak
meniup semangat orang Melayu dengan didokong ulama. Setelah penganiayaan,
helah dan ISA maka suara kelompok ini yang melaungkan 'MERDEKA' dilumpuhkan.
Setelah itu baru muncul UMNO yang merupakan anak didik penjajah menyambut
DULANG EMAS kemerdekaan yang terpaksa menerima syarat-syarat penjajah untuk
merdeka. Antara yang penting ialah soal AGAMA ISLAM,KETUANAN
MELAYU,RAJA-RAJA dan JUS SOLI. Persetujuan Melayu, British dan kelompok
pendatang ini merangkumi dalam ikatan kontrek sosial tadi. Mana-mana bahagian
diusik, maka secara automatik menggeletek bahagian yang lain. Pemerintahan
berteraskan orang Islam dan Melayu adalah faktor yang mesti diterimapakai oleh
seluruh warga Malaysia merdeka. Soal kelompok parti mana yang mendapat hak
menjadi wakil Melayu/Islam terpulanglah kepada rakyat memilih secara PEMILU yang
diadakan 5 tahun sekali. Inilah namanya DEMOKRASI !!!!!!!!! Bukannya bila menang
...inilah amalan kita demokrasi !! Bila kalah pula....DENTAKMAHUKASI!!!!!!!! Tak
gentleman jadinya. Jangan ditiru perlakuan buruk siku oleh lerajaan Algeria dab
Bosnia Herszegovina. INGAT..... KERAJAAN DEMOKRASI IALAH KERAJAAN
AMANAH RAKYAT. Bukan milik mutlak mana-mana kelompok atau elitis. Apabila
rakyat sudah majal dan jemu. undur sajalah. FULLSTOP.
Sejarah politik negara menunjukkan, KERAjaan pimpinan Ameno akan melakukan apa
saja demi mempertahankan kuasa mereka. Bukan ketuanan Melayu yang
dipertahankan tetapi ketuanan Ameno.Apabila mereka merasa lemah dan sokongan
Melayu berkurangan, maka dikumandangkanlah semangat Melayu dan isu ketuanan
seolah-olah sedang dicabar oleh bangsa lain. Dulu mungkin berjaya...sekarang tidak
lagi. Ameno tidak boleh menipu semua orang di semua ketika. Wajarkah kegilaan
mereka sedemikian rupa? Sepatutnya polis menangani masalah ini. Tetapi kita faham
akan kedudukan polis umpama Eunuch zaman dinasti China. Itulah akibat tidak bebas
dan korup dalam pentadbiran, tak sanggup bergerak dalam lengkongan perlembagaan
sekalipun. Peristiwa 1987, apabila Ameno lemah dan bercakaran, akhirnya
pembangkang yang ditangkap dalam' op lalang', wajar dibuat iktibar kerana SEJARAH
PASTI BERULANG.(history repeat itself). Diharap rakyat bersabar dan jangan tergopoh
dalam menerima perkhabaran dari golongan hipokrit. Kita telahpun tahu siapa yang
mempermainkan maruah BANGSA MELAYU MERDEKA. Kita jua tahu siapa golongan
yang mengadu-dombakan rakyat. Mereka ingin memperkakaskan rakyat supaya terus
berpecahbelah dan mereka pula terus beronaran mengaut keuntungan dengan
mengekalkan status quo dalam meneruskan agenda tamak dan haloba. Peranan ahli
politik KERAjaan memang memalukan dan mereka tak lebih sebagai RUBBER STAMP
kepada agenda Maha Rakus itu. Sepatah kata Prof DiRaja Ungku Aziz- segala
kemelut yang timbul berkait isu ketuanan Melayu adalah kesalahan ahli Politik Melayu
yang berkuasa..... siapa lagi kalau bukan AMENO !!!!!!!!!
Untuk PM yang pernah disanjungi, (kini tidak lagi)
Sudah 18 tahun kami bernaung di bawah pemerintahan yang semakin menunjukkan
ciri2 diktator yang amat dibenci. Sanjungan media di awal kekuasaanmu hanyalah
untuk memerangkap rakyat dhaif yang tak berdosa. Jasa kamu terlalu kecil nak
dibandingkan dengan kemungkaran yang kau lakukan secara langsung@tidak.
Perbendaharaan negara yang merosot dan hutang bertimbun adalah angkara mu yang
amat durjana. Engkau mengkhianati amanah rakyat termasuk orang2 Ameno yang
setianya membuta-tuli. Kesalahan kamu yang mencabuli dan meliwat institusi
polis,kehakiman,BPR,kewangan dsbnya, tak akan dilupai dan dimaafkan . Ianya akan
diriwayatkan orang sehingga beberapa generasi akan datang. Kezaliman yang tiada
taranya yang kau tunjukkan dalam kes DSAI akan menghitamkan dan mengotori
seluruh keturunan dan kerabatmu. Kini sudah kedengaran dendam rakyat untuk
mencemarkan pusara 'kepahlawanmu' dengan najis andainya kau tiada lagi.(rakyat
tetap membalas dendam, tak dapat PM, anak cucu kan ada). Usahlah berlakon untuk
membela nasib kami orang Melayu (jagalah kroni kamu). Kami sudah terlalu mengenali
sebak tangismu yang yang penuh dengan kepura-puran. Hatta anak kecil kami pun
dapat menilai kepalsuan mu , wahai Mahathir A/L Mohd Iscander Kutty. Janganlah
kau cuba gemburkan semangat kemerdekaan ini kerana ianya hanya palsu jua, kami
rakyat sebenarnya dijajah oleh KERAjaan pimpinan Ameno. Kami sebenarnya belum
mencapai kemerdekaan seperti yang media war-warkan. Kami terus dijajah oleh'
ORANG PUTIH SAWO MATANG' yang diketuai seorang lagi keturunan Raja
Mendeliar. Pembesar-pembesar Ameno, ( Dato', Tan Sri, Tun dll)
Dahulu mungkin anda juga terlibat dalam penghinaan yang dilemparkan kepada
Allahyarham Tunku Abdul Rahman (perdana Menteri pertama) kerana kelalaiannya
memperbaiki tahap hidup rakyat. Kini kamu semua bersekongkol dengan Mahathir
menegringkan dana/tabung negara. Apa beza antara keduanya- sama-sama
merugikan orang Melayu dalam kealpaan masing-masing terhadap takhta, harta dan
wanita. Sememangnya kamu diperkakaskan saja oleh Mahathir dalam agenda
memusnahkan Peruntukan Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan. Di zaman kamu lah
menyaksikan rakyat kembali dijajah. Sungguh memalukan. Nasib Melayu umpama
kata- KELUAR MULUT HARIMAU MASUK MULUT BUAYA!!!!!! Hasil tangan kamulah
menyaksikan Tanah orang Melayu dirampas,biasiswa ditiadakan,agama dipermainkan
dan Raja2 serta ketuanan Melayu diliwat. Perjuangan kalian hanya sandiwara
semusim cuma. Para Korporat/Billionwan, Jika himpunan kekayaan kalian adalah melalui tipu daya/helah bersama Mahathir ...
tak kemana kalian. Segala butiran dirimu tersimpan kemas dan kukuh dalam nota dan
ingatan rakyat. Apabila masanya tiba, tahulah kamu akan akibat sikap durjana dan
onar yang kamu lakukan sekarang. Angkara tingkahlaku dan ketamakan kamu yang tak
bertepian, negara berhutang dalam jumlah yang bukan kecil nilainya. Takkanlah nak
disalahkan penoreh getah, mak cik nasi lemak, pak cik goreng pisang@brother burger.
Kamu lah dengan dokongan ahli politik membuat kemakaran,tamak haloba dan
menganiaya pula pemimpin rakyat DSAI.
Seluruh rakyat marhain, RAKYAT BERSATU TAK DAPAT DIKALAHKAN. Inilah antara kata pencetus semangat
rakyat dalam memperjuangkan kebenaran. Kita sedang menyaksikan penjajahan
bentuk baru berkulit sawo matang,kuning langsat dan hitam yang bersekongkol dengan
pehak asing dalam bentuk modal perniagaan dan badan penasihat. Kita rakyat
termiskin ada yang dah tangkap kura-kura sebagai rezeki. Ada yang berhentikan anak
sekolah dan juga yang gagal merebut peluang ke menara gading dek kemiskinan.
Sudah ada yang tak dapat makan 2 kali sehari dan tak mampu berkasut. Biasiswa
bukan lagi untuk Bumiputra tetapi untuk Amenoputra.
Kita juga menyaksikan kerajaan membela ketuanan Melayu yang membatalkan kontrek
dan tender syarikat Melayu hanya kerana perbezaan pandangan politik. Kita
menyaksikan 2-3 kerat manusia menguasai ekonomi negara. KIta juga dapat melihat
dengan jelas bagaimana seorang ayah mengambil berat akan anaknya dengan
membalun wang Petronas untuk anak(daddykasi).Sedang rakyat termiskin ditanya
berbagai soalan untuk pinjaman 10 ribu cuma. Anaknya tak bankrup walaupun dah
muflis syarikatnya. Rakyat juga tahu menteri bedak-bedakkan saham peruntukan
Bumiputra untuk anak menantu. Kita merasa sebak dan insaf akan nasib bangsa yang tak ada rumah, yang tinggal
dalam kolong, di setinggan yang hanya menanti dihalau (dibumi sendiri). Sedang
dalam masa yang sama PM tersenyum riang menyeringai di Putrajaya dan menunjuk2
KLIA, TWIN TOWER dan KL TOWER kepada orang asing sebagai bukti
kepandaiannya mentadbir!! Kini di TV ada hebahan tentang orang susah dan cacat
yang perlukan bantuan. SEDIH sekali, dalam keadaan negara punya menara
berkembar, kerajaan tak tahu ada orang yang sebegitu susah dan dhaif. Apalagi nak
ditagihkan dari rakyat biasa yang dah 'cacat' kuasa belinya.
Kita lihat pula kemungkaran Polis yang membantai rakyat tak berdosa sesuka hati
hanya kerana mereka menyuarakan hak. Kita lihat mereka digari dan didakwa dengan
berbagai seksyen dan akta.TETAPI mereka biarkan Mahathir salahguna kuasa dan
bercakap sesuka hatinya. Mahkamah telah diliwat dan diperkosa. Itu...yang bergelar
Hakim...hanyalah beruk belaan bertopengkan manusia. Itu BPR hanya bergerak untuk
ikan bilis saja. Kebebasan kita tak lebih umpama ikan-ikan dalam aquarium. Terlajak
sikit terhantuk cermin- AUKU,ISA,OSA,AKTA POLIS dllnya.
Pemimpin BA, Terus perjuangkan nasib rakyat macam kami di parlimen. Kemenangan kamu sdah
terlalu hampir. Umpama air dalam empangan hanya menanti pecah saja. Pertahankan
hak rakyat dan sebarkan apa yang berlaku di Dewan Rakyat.
Dalam menghayati kemerdekaan yang terjajah ini kita jangan terus leka dengan
sambutan yang berbagai anekanya. Nun dalam kelekaan dan keghairahan rakyat
mereka beragenda semaunya untuk kerabat dan kroni dengan dilindungi oleh anggota
keselamatan dan di sebalik kelemahan undang-undang.
SEDARLAH DAN BANGUNLAH SEKELIAN RAKYAT DEMI.......KERANAMU
MALAYSIA!!!!!!! Dr NOLOGARENG |