Laman Webantu KM2A1: 2668 File Size: 1.7 Kb * |
Re: Secebis Tinjauan dan Diskusi Per: 153 di Pahang By Amin Sapiro 30/8/2000 9:01 am Wed |
Untuk Saudara2 Berdua Yang Dihormati?.
Terima kasih sdr. berdua. Ini Pak Amin nih merespon pandangan sdr. sendiri. Sekarang saya berada di
negeri allahyarham Tun Razak. Kami berbincang hampir lewat tengah malam tadi. Kebetulan apa yang
dibangkitkan oleh budak Rais ini telah kami bincang dengan panjang lebar.
Ada diantara wakil WANITA yang mengalirkan airmata bila kami sentuh artikel
153 dan sejauhmana keistimewaan orang Melayu sudah tidak terpakai lagi.
Siapa sebenarnya yang mendapat manfaat sdr. sendiri lebih maklum. Ibu-ibu
itu memikirkan generasi masa depan orang Melayu yang makin pudar.
REFORMASI di Pahang makin nampak bertunjang dalam. Sekarang sudah
tumbuh pula urat-urat rambut. Pak Amin akan terus ke P/Timur pagi esok atas tujuan yg sama. Insyallah
sekiranya diberi ruang masa oleh YAB TG Hj. Hadi, Pak Amin ingin berjumpa
sebagai mempelajari islah yang tersembunyi dilubuk hati beliau.
Pak Amin ingin menyambut Kemerdekaan di sebuah negeri yang baru di
MERDEKAKAN oleh rakyat seperti Terangganu dan Kelantan.
Lusa Pak Amin bercadang ke Kelantan, insyaallah. Doakan!!
|