Laman Webantu KM2A1: 2667 File Size: 8.9 Kb * |
Per. 153 Perlembagaan Malaysia Hanya Utk Kroni Umno Baru(a) Saja! By Amin Sapiro 30/8/2000 8:45 am Wed |
Amin Sapiro (akan bersama anda di 'Ganu, insyaAllah)
PER. 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA HANYA UNTUK SIAPA...??
PER. 153 PERLEMBAGAAN MALAYSIA HANYA UNTUK KRONI UMNO
?BARU(A)? SAJA! Setelah membaca, didapati sebenarnya tulisan Rais itu adalah episod
sokongan untuk melanjutkan agenda ?SANDIWARA politik? Dr. Mahathir untuk
meraih semula simpati guna mempengaruhi sokongan orang Melayu yang
semakin jelas mereput-lumpuh hampir ?hanyut? terhadap UMNO.
Sekali baca nampak Rais hanya menulis bertujuan untuk memperlihatkan
seolah-olah hanya UMNO sajalah yang boleh meletakkan kedaulatan orang
Melayu ditempat sewajarnya. Beberapa perkara cuba beliau bangkitkan dan
diberi tafsiran. Malangnya, makin dibaca makin nampak bahwa Rais adalah
?budak suruhan? Mahathir paling dungu lagi bebal?!!
Hakikat sebenarnya, UMNO dan seluruh kepimpinan parti inilah yang telah
menyalahguna dan mempergunakan Per. 153 untuk membolot kuasa dengan
memperkutak-katikkan undang-undang yang telah dibungkus dan letakkan ke
tapak tangan Mahathir Muhammad. Dengan itu, Mahathir membolot dan
menggunakan kuasa itu untuk melakukan apa jua disukainya - layak seorang
Diktator berkuasa mutlak..!! Dengan kata lain, Per. 153 tidak ada kaitan dengan kepentingan orang Melayu
yang banyak - jauh sekali hubungkaitnya dengan ?Merdeka? dan
Kemerdekaan mereka. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh peneraju UMNO yang mewakili rakyat
dalam regim Mahathir makin memberi kita fahaman yang mendalam bagaimana
Kemerdekaan itu sudah begitu jauh tercemar dan dilacurkan oleh puak UMNO;
hingga hak dan keistimewaan orang Melayu tidak lebih dari cebisan kertas
yang telah disisipkan oleh pemimpin UMNO ditepi tandas untuk mengesat najis
di punggung mereka!! Jika Rais membangkit Pendidikan dan Biasiswa, Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu (peruntukan terasas)
sebagai antara peruntukan-peruntukan yang diiktiraf terasas dalam erti kata ia
tidak boleh dipinda dengan kaedah dan prosedur biasa; apa yang dapat dilihat
sekarang ?keistimewaan? (kunun) itu telah hanya setakat indah kabar dari rupa
sahaja. Tanya tiap-tiap ibu-bapa: Berapa ratus ribu hutang yang mereka wajib bayar
untuk mengongkosi pendidikan anak-anak mereka ke IPT & IPTS. Dan,
siapakah Kroni pemimpin UMNO yang menjadi ?Jutawan Segera? hasil
pemerahan titik-peluh orangMelayu miskin dikampung-kampung!! Hutang tidak
bererti biasiswa. Tetapi hutang rakyat adalah sumber bisnis mencari kekayaan
bagi Kroni! Jika perkara-perkara pokok memberi orang Melayu kedudukan di dalam
perkhidmatan awam kununnya, apa sudah jadi sejak kebelakangan ini (re: Kes
Anwar). Tidakkah perjalanan undang dan proses penghakiman negara ini
sudah hancur-lebur jadi ?pisang lenyek? akibah perselingkuhan kakitangan
awam seperti Peguam Negara, Hakim-hakim, Pegawai Polis, dll. yang tidak
lagsung peduli menegakkan Kedadilan.
Sebaliknya mereka itulah yang menjadi ?tiang menegakkan Kezaliman?,
condong dan rebah menimpa kepala tiap-tiap orang Melayu yang berlindung
dibawah Per. 153. Yang paling menghancur hati dan harapan orang Melayu, ialah ?Anwar
adalah orang Melayu beragama Islam, tidak terbukti melakukan kesalahan -
wajib diadili sabagai insan yang beragama Islam?. Bandingkan Mahathir yang
memang jelas penjenayah yang memecah undang-undang dan menajiskan
Perlembagaan negara. (Harap Rais dan UMNO boleh tafakur sebentar sebelum
menyiat mulutnya lebar-lebar)! Orang Melayu sudah tidak yakin kepada cara UMNO menangani dan
menyelesaikan masalah melibat kemudahan-kemudahan khas (orang Melayu),
permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa perniagaan.
Apa yang ketara sekarang, bidang perniagaan bukan untuk rakyat biasa yang
berkebolehan, kecuali mereka yang ada pertalian dengan pemimpin UMNO
dan sanggup memberi rasuah. Andainya orang Melayu yang berkeinginan
berusaha, jangan terharap-harap kalau tidak masuk dalam ?inner-circle? puak
UMNO sebagai Kroni yang sanggup jual diri, maruah bangsa dan agama!!
Maka wujudlah konsep ?Nepotisma, Kronisma dan Korupsi? yang ditentang
hebat oleh Anwar. ?Anak-anak Mahathir? dan kroninya yang bodoh-bodoh
cuba berlagak bagai ?tycoon super-intelligent? mengendalikan ratusan
korporat bernilai berbilion. Akhirnya, kerana mereka memang ?super-idiots?,
maka korporat terbabit merudum jatuh muflis. Secepat kilat Mahathir
membail-out menggunakan wang rakyat dan hasil sumber negara. Itulah
manipulasi Per.153 yang dimaaftkan oleh UMNO!!
Mahathir dan Daim Zainuddin jangan cuba temberang dan mengakui diri
sebagai ?Midas? yang cekap bermain dadu bisnis. Kalau tidak kalian berkuasa
memanipulasi undang-undang, kalianlah orang paling terawal akan jatuh
bangsat dalam mengendalikan sebarang korporat. Mungkin orang penjual nasi
lemak ditepi jalan lebih tahu mengendalikan sebuah perniagaan yang halal..!!
Mengikut Rais, Baginda Raja-raja Melayu, dengan nasihat Kabinet bolehlah
mengeluarkan arahan-arahan yang sesuai bagi merealisasikan
perkara-perkara pokok. Sekali pandang cantik memang. Tetapi peruntukan dalam perlembagaan telah
dipinda oleh Mahathir dan dipersetujui oleh pemimpin UMNO keparat untuk
mengikat kakitangan Raja-raja dengan meluluskan pindaaan Perlembagaan
yang menyebut (bermaksud) sekiranya YDP Agung engkar - untuk kesekian
kalinya Rang Undang-undang terbabit secara otomatis ditakrifkan ?lulus?..!
Mahathir dan pemimpin UMNO telah menjadikan Baginda Raja-raja Melayu
tidak lebih dari himpunan ?Ayam-ayam tambatan? yang sengaja diberi makan
dan digemukkan. Bila sampai masa dan ketika dinihari, ?ayam-ayam? ini akan
disuruh ?berkokok?. Kerapkali ?ayam-ayam? ini akan berkokok terlaung-laung
untuk menggerak orang Melayu UMNO supaya memberi mereka makan besar
di Las Vegas, Macau, Genting Highlands, dan lain-lain.
Sebenarnya, Rais Yatim sedang membohongi dirinya saja. Sekaligus, Rais
cuba mengabui mata orang Melayu dengan bercakap semacam ?keling estet
mabuk toddy?..!! Inilah hasil pendidikan yang terhasil oleh UMNO.
Jika diandaikan: Tak ubah sikap pemimpin UMNO sekarang seperti tukang buat
patung berhala yang membentuk lembaga patung Hanuman dengan sepuluh
macam tangan. Patung ini kemudian diangkat, dijulang, disembah setiapkali
pemimpin UMNO meminta sesuatu?.. kununnya patung berhala itulah Tuhan
mereka. Inilah kerja munafiq lagi syirik puak UMNO yang menyerahkan hak bangsa
yang termaktub dalam Per. 153 kepada ?patung puaka? bernama ?Mahathir
Kutty? yang mereka sembah selama 18 tahun ini!! Mungkin Rais terlalu lemah
daya ingatan mengena konsep perjuangan S46! Politikus seangkatan dengan
Rais hanya berguna kepada Mahathir - TETAPI tidak kepada rakyat banyak!!
Reformis tidak akan bersama puak UMNO lagi untuk membangsatkan minda dan
daya juang mengembalikan MARUAH, KEDAULATAN dan KEMERDEKAAN
bangsa dan meningkatkan martabat Islam yang sudah dijual murah oleh
Barua-barua UMNO!! Amin Sapiro |