Laman Webantu KM2A1: 2661 File Size: 2.7 Kb * |
Kemerdekaan Kali Ke Dua Sudah Di Ambang..!! By Amin Sapiro 29/8/2000 8:38 am Tue |
Amin Sapiro (di pinggir Laut China Selatan)
KEMERDEKAAN KALI KE DUA SUDAH DI AMBANG..!!
Sebagai zuriat pendatang haram, perayaan ini amat bermakna bagi Mahathir
Mohamad kerana Umno yang ditubuh dan diwujudkan asalnya oleh orang Melayu,
sekarang dipergunakan oleh beliau anak-beranak dan dikongsi bersama dengan
kroni-kroni - terdiri dari berbilang bangsa; demi kepentingan tembolok mereka.
Pemimpin Umno yang sungguh-sungguh telah dijadikan BARUA oleh beliau,
sekarang sudah lupa daratan - terpukau dengan gejala rasuah dan tercekik
dengan ugutan. Mereka inilah kelompok pemimpin dari rumpun Melayu yang buta
sejarah - waktu mana negara ini telah dijajah oleh 4 bangsa sebelum
dimerdekakan oleh para pejuang anti Malayan Union.
Mereka wajar diandaikan sebagai ?Kempitai? dan ?Belukang? yang hidup dalam
dua dunia. Bagi pemimpin seperti ini, apa yang afdhal bagi mereka ialah tembolok
mereka terus kenyang. Sementara itu mereka makin jelas tidak akan peduli dengan
rintihan rakyat. Bagi mereka - PERSETANKAN kedaulatan tanahair, ketuanan bangsa dan
kehebatan agama - kerana kewujudan mereka HANYA untuk generasi semasa.
Makin nampak REFORMASI adalah tuntutan rakyat, sekalipun ia memerlukan
korban yang banyak. Namun, bila kita menostalgiakan seorang wira yang dipenjara dan diaibkan tanpa
adil, maka semangat kita berkobar-kobar untuk memerdekan tanahair, bangsa dan
agama kali kedua. Maka terbitlah dalam sanubari kita semangat kental untuk
?menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN?.
Dengan itu, sambutlah perayaan kali ini dengan iltizam yang padu bahawa
KEMERDEKAAN sebenar sedang hampir. Jadikanlahhari itu sebagai berlanjutan
semaraknya Gagasan REFORMASI bagi merayakaan Kemerdekaan kali ke dua.
Bulatkan tekad kita untuk sebuah kemenangan yang langsung!!
Kita tidak akan berpatah ke belakang!
Amin Sapiro |