Laman Webantu KM2A1: 2658 File Size: 9.8 Kb * |
Kita Akan Sangkutkan Se Bilah 'Kapak' Di Telinga Berhala ini By Amin Sapiro 29/8/2000 3:16 am Tue |
KITA AKAN SANGKUTKAN PULA SE BILAH ?KAPAK? DI TELINGA BERHALA INI
Setakat ini belum ada apa-apa yang terjadi kepada saya. Allah swt. masih lagi
memberi saya kesempatan memperjuangkan apa yang tertanam dalam jiwa dan
tersemai di lubuk hati saya. Alhamdulillah! Syukur atas nikmat yang
dilimpah-ruahkankan Nya. Rupanya, doa saya hasil dari kegigihan usaha yang
amat sedikit telah mulai tampak dimakbulkan Nya.
Hari ini saya lihat, hujjah ?kawan-kawan lama? saya itu tidak sekencang dulu
menghentam saya. Sejak ?kawan lama? seperti Shahril Samad sudah nampak
berani melaung meletakkan kebenaran ditempatnya, saya kembali diberi kerusi
di kepala meja. Kerapkali pula mereka mahu saya bercakap menggulung
perbahasan mereka. Malangnya mereka tidak mendapat sesuatu yang baru dari
saya. Sejak dua tahun dulu hingga sekarang apa yang saya gariskan tetap
sama. Saya masih tetap dengan berpendirian yang saya. Saya tidak berpatah
balik menganggotai kelompok kalian!! Yang mentertawakan saya, bukan saya yang berubah hala, sebaliknya
?kawan-kawan lama? itu pula yang mahu keluar dari kepompong lama. Mereka
sudah sanggup berhijrah!! Tidakkah itu kemenagan bagi wadah perjuangan
kawan-kawan baru saya? Saya makin nampak bahawa yang berubah sekarang bukan seorang berdua.
Makin ?Si Bebal Laknatullah? itu merentetkan contoh-contoh baru yang
bukan-bukan, makin tidak perlu lagi saya berhujah beralasan. ?Si Bebal
Bedebah? itu sendiri yang memperkuat hujah saya. Terasa benar bahawa
perjuangan saya dan juga rakan-rakan baru saya kian dihayati oleh ?kawan
lama? saya. Segala bukti nyata terdampar di muka, dibawah hidung dan
didepan mata mereka. Makin ramai yang mengikut jejak langkah saya. Sekali
lagi saya tutup doa dengan ?Al-fatihah?.
Dalam biji mata hitam mereka, makin memancar cahaya ngeri bila melihat
keadaan yang telah, sedang dan akan berlaku. Mereka melihat satu agenda
?petaka? sedang giat dirancang oleh sekelompok mereka yang beragenda
besar, cukup dengan ?tangan kasar?nya.
Baru kini ?kawan-kawan lama? baru tersedar! Mungkin mereka tahu bahawa
mereka adalah dalam proses untuk ?dijual?. Terbalik pula sekarang; mereka
pula yang lebih arif dari saya bila membahaskan isu yang dulunya cuma saya
yang termalu-malu menyebutnya. Nampaknya, arah mata-angin sudah
berkisar. Tiupan angin makin kencang, dan dentuman petir sudah mulai garang.
Apa yang belum lagi cuma kilatnya saja yang belum memancar. Bergegar!
Tapi dari tenaga yang tersimpan, makin tampak kilat-petir itu PASTI akan
sabung-menyabung. Mungkin hujan lebat akan turun mencurah-curah -
bermula dari Arau di Perlis hingga ke Tanjung Ketapang di Johor. Siapa yang
akan basah-kuyup dan dihanyut banjir ?massa?, saya kurang arif
mempastikannya. Tapi sudah pasti ada orang atau beberapa orang yang akan
hanyut, ternggelam dan tersadai, membusuk rongganya setelah banjir itu surut
dan hujan petir itu reda! Semasa saya menggulung perbahasan, saya sarankan bahawa permasalahan
ini bukan lagi demi kepentingan individu atau kepentingan generasi kita saja.
Kita wajar melihat generasi anak-cucu yang masih belum lahir. Dan yang lebih
afdhal, kita tidak mahu ?Melayu Hilang Di Dunia?, atau ?Melayu Kehilangan
Dunianya? - walaupun hingga kiamat. Ugama kita adalah junjungan kita. Negara kita adalah urusan kita. Bangsa kita
adalah tanggungjawab kita. Dan paling penting: jangan biarkan orang yang
menggelarkan dirinya ?pemimpin? yang (hari ini) gemar bercakap
pusing-pusing ?putar alam?, mengadu-domba, beragenda, melumpuhkan
Kemerdekaan yang diperjuang dan dianugerahkan oleh genarasi sebelum kita,
merampas hak dan kebebasan lahir batin dan mengongkong minda kita,
menukar-ganti, menjual-beli dan mencagarkan KETUANAN kita. Jika kita mahu
bangsa, tanahair dan ugama kita dikenali dunia, itu adalah tanggungjawab kita
berjihad bermati-matian mempertahankannya.
Jika keras, kita lawan dengan lembut, TETAPI tidak punya makna apa-apa;
maka biarkan saja ?buku bertemu dengan ruasnya?, kita lihat siapa yang akan
menerima padahnya!! Dalam ?Salatu as Salatin? kita dinyatakan oleh Tun Seri
Lanang bahawa orang Melayu tidak gentar menentang sebarang musuh
negara, samada yang dari luar atau ?belukang darat? yang bergelumang
dengan kita, bersifat khianat dan penjarah terhadap kedaulatan bangsa dan
tanahair kita!! Kita harus ingat dalam benak kita dikepala: Kita bukan HAMBA-SAHAYA
kepada sesiapa. Jauh sekali menjadi bahan untuk di serah-cagar kepada
sebarang bentuk ?penjajahan?. Hampur 450 tahun kita dijajah; baru lebih
sedikit dari 40 tahun kita dimerdekakan. Apakah kita semudah itu tertipu dengan
pembohongan dan tipu-helah hingga tidak sedar bahawa sebenarnya kita telah
dijajah oleh seorang dari kita; ATAU, sekelompok mereka yang
menyembunyikan agendanya? Apakah kita akan semudah itu menyerahkan
harga diri dan KETUANAN kita semata-mata kerana memikirkan kununnya kita
adalah lemah dan tidak ada daya melawan kekuasaannya!! Apakah itu benar?
Kita harus ingat dalam kepala. Kita bukan DAYUS hingga tidak kenal antara
kaca dengan intan. Minda kita sudah lama terbuka. Selama hampir setengah
abad kita dimerdekakan, masakan kita tiba-tiba hilang daya-tahan, sanggup
minda kita tertekan dan ditekan, hak kita diperlekehkan, tuntutan kita dinafikan,
undang-undang kita dipersetankan, kebebasan kita sengaja dilupuskan dan
semangat kita dimomokkan, ugama kita disekularkan!! Jika itu yang kita relakan,
bermakna kita sudah kembali DAYUS dan sanggup DIJAJAH!!
Paling anihnya, ?PENJAJAH? itu bukan datang dari ?negara atas angin?,
bukan zuriat ?anak buluh betung?, atau keturunan ?Wan Empuk Wan Malini?
yang turun dari Bukit Seguntang, bukan orang yang membuatkan esok siang
padi kita di sawah akan menguning! Sebetulnya, kelompok itu adalah ?wakil
penjajah? yang representatif total dari segelintir individu dari kelompok yang
bernafsu liar!! Budi apa yang kita terhutang besar kepada si ?beliau? ini, jika yang kayaraya
adalah dia sekeluarga, suku-sakat dan kroninya. Sebaliknya, kita yang satu
kaum, satu bangsa dan satu ugama kini merempat papa kedana!! Wajarkah kita
berterima kasih jika dia sendiri yang meminta tanggungjawab dan amanah
supaya diberi kepadanya? Tetapi yang nampak sekarang, HANYA seklompok
kecil dari kita yang terkinja-kinja supaya dia didudukkan di mahligai kencana,
dengan kuasa seperti FIRAUN Laknatullah, membenarkan dia bercakap dengan
lidah bercabang saling tak tumpah seperti ?biawak besar? di zaman
?Jurasik?..!! Tanya diri anda: Setelah bertamaddun begini lama, setelah ilmu bersarang di
dada; masihkah kita harus menadah tempurung dan akur ?merafaq? sembah
kepada ?berhala? kaum yang satu ini? Tidakkah kita yakinlah bahawa rezki kita
datang dari langit dengan keredhaan Nya, dengan tulang empat kerat dan
mengalirkan keringat, kita sendiri yang mengusahakannya. Masakan kita
berhutang kepada sepasang ?berhala? yang tidak bernyawa? Wajarkah kita
bersifat ?taksub? dengan kata-kata yang kununnya wajar ditafsir sebagai
?titah-perentah? atas momokan kaum mereka?
Jika tangan kita yang mengukir bentuk jasad ?brhala? itu; jika ia sudah lupus
guna - masakan kita takut untuk mencampak dan menghumbankannya!
Mengapa tidak diruntuhkan saja ia sejihad Nabi Ibrahim a.s. yang mencincang
?bapak berhala dan anak-cucu? nya? Akhir kata: Tidakkah sudah sampai giliran kita pula kini untuk menyangkutkan
sebilah ?kapak? di telinga ?patung-berhala? itu? Pasti, selepas itu, dunia yang
akan didiami oleh anak-cucu kita akan lebih makmur, selamat dan sejahtera!!
Jika tidak dimulakan sekarang, kemungkinan kita TIDAK akan mampu
melakukan sampai bila-bila. Amin Sapiro |