Laman Webantu KM2A1: 2657 File Size: 6.6 Kb * |
Bila Patung 'Puaka' Tidak DiSembah Lagi??!! By Amin Sapiro 29/8/2000 4:03 am Tue |
BILA PATUNG ?PUAKA? TIDAK DISEMBAH LAGI??!!
Duduk diatas pagar berduri bukan kerja mudah. Bandingkanlah: duduk diatas
kerusi pun sakit punggung, apakan lagi jika pagar berduri, bukan? Kerana sifat
hati seorang manusia itu memang ada bebalnya, maka tahan jugalah, walau
sakit pun, sampai rasa tak tahan sangat.
Saya melihat rakan saya dalam UMNO dan BN pun sudah mula merasa panas
punggung. Yang menjadikan mereka panas itu adalah kerana derita yang
ditanggung bukan setakat dipunggung rasa terbakar, tapi sudah sampai ke
lubok hati pedihnya. Setiap hari terpaksa menepis dan mengibas. Debu-debu
yang berterbangan terlalu memedih mata.
Berkata seorang rakan selepas mesyuarat di satu perjumpaan tertutup, ?Kalau
kita ditanya bagaimana ikhtiar untuk memulihkan keadaan yang ada, bila kita
jawap dan bagi pandangan - they all think we?re just fools?!!?
Saya terdiam memanjang. Itu perkara biasa. Dalam UMNO, itu adalah tradisi.
Mereka masih jauh tertinggal dibekang. Malah sekarang sudah
sungguh-sungguh berbalik ke belakang!!
Walaupun, saya cuma berpengalaman sejak hampir 20 tahun yang silam, tetapi
itulah yang rasa sepanjang tempoh itu. Memang itulah yang saya tanggung.
Tetapi kerana memikirkan, perjuangan itu memang memerlukan pengorbanan,
maka saya korbankan runtunan hati yang menggila marah. Saya jadi orang
paling sabar. Cukup lah sabarnya saya sekarang.
Bukan saya memgang berfalsafah, ?Sabar itu istana iman?. Bukan sebab itu.
Kesabaran saya semata-mata kerana saya kira perjuangan saya masih jauh?
terlalu jauh. Saya melihat bagaimana rakyat kampung terpencil tidak mengerti
apa sebenarnya yang dilakukan oleh pemimpinan UMNO yang saban hari
bercakap tentang bagaimana nak jadi Kaya ?SEGERA?.
Bagi mereka soal perjuangan adalah perjuangan untuk tembolok sendiri. Jika
tidak, mereka tak mahu bermati-matian nak jadi pemimpin. Bergadung,
berperang.. lempar-lempar kerusi!! Saya terhiris hati bila bercakap dengan mereka yang cuma menikmati secawan
kopi bila hadir dimesyuarat UMNO Cawangan. Sementara yang bercakap itu
adalah ?pejuang? rakyat konon, yang datang dengan Mercedez berhawa
dingin dan bersupir. Mereka disambut dengan penuh tertib. Kadangkala diarak
dengan bunga manggar. Teringat saya YB Ismail Kamus datang ke pekan saya sebelum Pilihanraya,
katanya ?Manusia ini kerap menipu diri sendiri apabila TIDAK melandaskan
panduan diri kepada Al-Quran dan Sunnah. Dibentuklah sebuah lembaga
dengan tangan sendiri. Kemudian lembaga itu disangkan boleh memberi mereka
segala yang mereka mahu. Disembah, digeruni, dihormati..!! Mereka yang
menyembah lembaga itu - patung dan sebagainya, akan merasa diri mereka
lebih hina dari patung-patung yang mereka ukir dengan tangan sendiri?
Mereka ketakutan! Kan itu kerja bangang??
Kami ketawa berdekah-dekah. Tetapi dalam benak tersemat satu kebenaran
yang bakal difikir berhari-hari. Kenapa kita takut dengan benda yang kita buat
dengan tangan sendiri? Nah! Itu cuma satu cerita dari seorang yang mengerti dimana salah silapnya
orang kampung saya yang sudah mula ?menyembah patung? ukiran tangan
mereka sendiri, ie UMNO!! Sejak dulu lagi, hingga sekarang mereka takut kepada ?imam-imam? UMNO
yang menjadi ?padri-padri? mencanang-canangkan kepada ?makmum?
pengikut mereka berbagai-bagai kejutan yang mendebarkan. Dikatakan dengan
nada mengugut, iaitu ?sekiranya tidak dihayati dengan taksub dan patuh
kemahuan lembaga itu, nescara hidup akan rosak, keluarga akan pincang,
dapur tak berasap, periok nasi tak berisi, anak-anak tak berkesekolah - tak
ada biasiswa?!! Macam-macam lagi? Siapa tak takut? Soal hidup jika dijadikan bahan ugutan, Mahathir sendiri akan
takut. Cuma nabi-nabi dan wali Allah saja yang tidak. Imam yang berserban
besar lagi ?ya amat? penakut!! Maklumlah, siapa mahu hutang rumah dan
kereta mewah tak terbayanr, bukan? Dalam terketar-ketar, akan disuruhlah mereka menggantungkan lambang di
bonet kereta, di pagar rumah, di tiang tinggi menjulang. Dengan itu sahlah
mereka jadi ?makmum?. Akan senang hidup mereka. Ituyang dijanjikan. Semua
percaya?!! Terpaksa percaya. Tetapi, hingga hari ini, mereka masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang
hanya cukup untuk malam. Esok, kais lagi.
Tetapi orang yang bermecedez itu pulang dengan mulut tersenyum lebar.
Mereka sudah berjaya memperbaharui ?baptise? sejumlah penganut yang perlu
mengingat bahawa patung yang mereka sembah 5 tahun dulu hendak menuntut
haknya. Mesti disembah semula? untuk kesekian kali. Namun hidup masih
kecundang!! Itulah yang menyebabkan saya dan beberapa orang rakan terpaksa berjihad
supaya ?penganut? yang lama dah berkarat itu berfikir lebih lanjut dan dengan
panduan kebenaran yang diredhai. Saya jelaskan, masakan patung puaka itu
akan berpuaka kalau kita tak sembah lagi. Cuba jangan sembah kali ini. Kita
tengok apa akan jadi?.!! Alhamdulillah?.syukur!! Cuma 10 orang yang datang ke sesi
?sembah-menyembah? baru-baru ini. Yang paling jelas sekarang, selebihnya
sudah tidak ada lagi keyakinan bahawa patung puaka itu masih berpuaka lagi.
Maka ditalqinlah patung itu. Nun.. ke sungai dihumbankan.
Saya masih akan terus duduk lagi diatas pagar berduri ini sehinggalah tidak
ada lagi penganut fahaman yang sesat lagi menyesatkan itu?.!!
Amin Sapiro |