Laman Webantu KM2A1: 2656 File Size: 6.6 Kb * |
Semakin Banyak Mahathir Bercakap - Makin Nampak Beliau Tersilap By Amin Sapiro 29/8/2000 3:21 am Tue |
SEMAKIN BANYAK MAHATHIR BERCAKAP - MAKIN NAMPAK BELIAU
TERSILAP Terpanggil saya untuk berkongsi panduan dari seorang yang berilmu yang
pernah saya temui. Beliau berkata, ujarnya:
??..Seperti kasih dan sayang - marah dan meluat juga wajar ?bertempat?..!!
Manusia adalah maklok berhemah. Allah swt. memperakukan insan sebagai
?Khalifah? dimuka bumi ini. Allah swt. meredhakan buminya dipijak, isinya
dikorek dan angkasa semesta dijelajah. Segala-galanya wajib dijuruskan demi
kebaikan dan selari dengan yang dituntut oleh Allah swt. seperti ternyata
didalam Al-Quran. Hakikat itu adalah kebenaran dan tidak wajar dipertikaikan. Manusia
dikurniakan dengan naluri bermacam ragam. Antara yang paling ketara ialah
keinginan untuk berkasih-kasih dan bersayang-sayangan sesama insan.
Dalam Kitab ?Ihya? ?ulumuddin? yang tidak payah lagi diperkenalkan kepada
masyarakat kita, Al-Iman Ghazali membentangkan pelbagai kupasan yang
mencerakin keseluruhan aspek hidup manusia dalam konteks membentuk
kesempurnaan akhlak yang mulia sebagai persiapan menjalani hidup di dunia
dan di akhirat. Dalam bab-bab yang dibincang dengan panjang lebar, Allah swt. mencela
sikap dan perbuatan ?marah, dendam dan dengki?.
Imam Al-Ghazali mentakrifkan ?marah? sebagai sejenis api yang bersumber
dari api Allah yang bernyala yang panas naik kepangkal hati. Dan api itu
bersemadi pula didalam lubuk hati hingga berbara. Kemudian diselaputi pula
dengan abunya. Daripadanya terpancar sifat congkak yang terpendam di dalam
hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari
batu yang bergesek dengan besi. (re: Bimbingan Mukminin - pada mencari
redha rabbu?alamin oleh Imam Ghazali)?.?
Sekarang, bertanya kita, mengapa Dr. Mahathir begitu marah kepada DS
Anwar. Dan kini kemarahan beliau telah melimpah kepada orang Melayu Islam,
rakyat jelata - malah terhadap umat dunia.
Urutan dari kemarahan beliau yang tidak terbendung itu, maka makin jelas jiwa
beliau bersalut ?dendam, hasad dan dengki?. Menerusi sifat-sifat beliau inilah
telah banyak orang rosak dan binasa. Bila diteliti, maka tersua kepada kita betapa hebat, besar dan ganasnya nafsu
beliau (Dr. Mahathir) dengan keinginan untuk melindungi ?harta dunia? yang
dimiliki, ?kuasa? yang dimonopoli, ?kemewahan? yang dinikmati. Hingga, atas
desakan nafsu yang menggelodak dan cemburu yang mendadak; beliau
berhasrat untuk berfoya dan berleka-leka dengan permainan dunia ini.
Untuk mengekalkan segalanya, Mahathir makin tegar melakukan rasuah dan
melindungi kroni yang melakukan kemungkaran yang sama.
Sifat cemburu yang terbenam dilipatan hatinya pula kian menghantui diri beliau.
Akhirnya Dr. Mahathir kehilangan panduan terhadap tangungjawab beliau yang
sewajibnya beramanah sebagai pemimpin rakyat dan negeri.
Hari ini, kita makin nampak bahawa beliau sudah tidak lagi berdaya melawan
serangan syaitan dan iblis yang sudah bersarang di dalam minda dan
sanubarinya. Beliau akan HANYA memilih rakan yang sekongkol dengan beliau
dan akan terus menggunakan apa cara untuk melawan sebarang seruan ke
arah kebaikan. Maka dituduhlah semua orang yang cuba menasihati beliau kununnya mereka
mentafsirkan ?putih? bagi beliau sebagai ?hitam?. Tetapi beliau tidak insaf
bahawa sesungguhnya beliau sudah jauh terpesong dari jalan kebenaran.
Perjuangan rakyat hari ini adalah ?menegakkan keadilan dan menumbangkan
kezaliman?. Malangnya kepada Dr. Mahathir mentafisrkan kununnya orang
berhasrat untuk menumbangkan beliau. Percangghan tafsiran inilah yang
menyebabkan Dr. Mahathir diibaratkan bagai ?sampah yang terbuang?.
Padahal, jika beliau UNDUR dan turun takhta dengan rela hati, beliau mungkin
lebih dihormati dan diberi sanjungan.
Kebelakangan ini makin nampak Dr. Mahathir dan sekongkol beliau lebih
memilih bercakap bohong dimana-mana. Malangnya, makin banyak beliau
bercakap, makin banyak pembohongan beliau. Memang adat seorang
pembohong, ?satu pembohongan harus ditutup dengan sepuluh
pembohongan?. Mungkin kerana inilah rakan ikrab beliau Senior Minister Lee Kuan Yew
terpinga-pinga bila Mahathir menafikan beliau tidak tahu menahu DS Anwar
dipenjarkan dibawah Akta draconian ISA.
Yang paling mengaibkan satu dunia membaca makumat itu - diketahui
sebenarnya Dr. Mahathir sendiri yang menanda tangani dokumen terbabit yang
mempurukkan Anwar ke dalam penjara. Mungkin inilah memberi justifikasi kepada rakyat yang memberi gelaran kepada
Dr. Mahathir sebagai ?MahaFIRAUN? dan ?MahaZALIM?. Hemat, seekor unta
pasti menolak andainya diberi nama seburuk itu. Tetapi sebaliknya Dr. Mahathir
berbangga pula dengannya, seolah satu gelaran itu paling istimewa dan
?glamour?..!! Maka tidaklah salah rakyat dan pemimpin dunia menyingkirkan Dr. Mahathir dari
senarai orang yang diberi penghormatan semasa hidup dan sesudah meninggal
dunia (mati). Nasib engkaulah Mahathir - nasib yang engkau reka cipta sendiri!!
Amin Sapiro |