Laman Webantu KM2A1: 2650 File Size: 4.6 Kb * |
Bagaimana Jika Buyung Yg Retak Menanti Belah? By Amin Sapiro 27/8/2000 11:33 pm Sun |
ADUHAI UMNO - BAGAIMANA JIKA BUYUNG YANG RETAK MENANTI
BELAH? Hematnya, keadaan yang wujud bukanlah hasil dari kehebatan usaha strategis
Mahathir-Daim yang menempatkan diri mereka sebagai teraju politik dan
kewangan negara. Dibandingkan dengan peningkatan ekonomi sebenar, tidak nampak situasi yang
benar-benar krusial dan popular yang dicapai oleh negara sejak September
1998 dibawah kendalian mereka berdua selepas Anwar. Ekonomi Malaysia
masih terpuruk dalam jebakan hutang ratusan bilion - dan simpanan negara
makin merosot sedemikian banyak. Dapat dibayangkan dengan andaian bagaimana seorang yang dulunya gemuk,
tapi kini hidup semata-mata mengaharapkan lemak-lemak dicelah-celah
lipatan tubuhnya. Andainya PETRONAS tidak ada atau negara kekerinagn
sumber minyak, mungkin negara ini akan muflis dengan sekelip mata.
Yang paling nyata, implikasi dari keborosan Mahathir dan perencanaan Daim
yang semata-mata mementingkan tembolok mereka untuk memonopoli hak dan
menyalahgunakan amanah rakyat, segala pembangunan yang tidak menjana
ekonomi makin memamah ke tulang sum-sum ekonomi rakyat.
Bangunan pencakar langit dengan peri kehebatan Mahligai (yang masih dalam
hutang) tetapi memberi kemegahan Mahathir sendirian - sudah cukup sebagai
contoh betapa borosnya seorang PM yang tidak peduli keringat dan airmata
rakyat. Mahathir dan Daim sengaja mengambil risiko tinggi untuk bersikap berani dan
tegas melakukan pelbagai keputusan yang kontroversial di saat-saat populariti
regim Mahathir dalam keadaan terjepit ini, kerana semua projek mega itu
bermakna ?kocek? mereka dan kroni akan beroleh laba besar.
Jika ada bantahan rakyat, Mahathir akan menggunakan pelbagai bentuk
kekerasan untuk mengancam kepimpinan rakyat yang membantah mereka.
Teori Mahathir mudah saja, iaitu majoriti rakyat di desa yang masih terhindar
dari maklumat benar tidak pernah peduli dari mana sumber pendapatan negara.
Rakyat yang dipupuk dengan propaganda murahan akan merasa puas asalkan
perut mereka tidak keroncong dan penuh diisi, hutang rumah teres dapat
dibayar dan kereta Proton Saga tidak tertangguh.
Apa yang penting kepada Mahathir-Daim ialah kelompok pemimpin yang
terkumpul di dalam Kabinetnya akan terus setia pada komitmen menghormat
keputusan mereka berdua. Andainya ada yang membantah, mereka akan
dibuang jauh-jauh! Itu sebab DS Anwar yang cuba membawa perubahandan islah (reformasi) dari
dalam telah dipurukkan melalui konspirasi paling jijik dalam sejarah negara.
KONSPIRASI itu bukan rahasia lagi. Akhirnya, terbitlah semacam polarisasi
politik dalam UMNO yang paling meruncing dan tajam.
Keadaan itulah yang menyebabkan UMNO dan BN telah hangus terbakar dalam
pilihanraya November ?99. Tambahan pula, UMNO yang tidak mampu
mencerminkan demokrasi kepartian dan pemilahan pucuk pimpinan politik dalam
UMNO yang semakin TIDAK telus; telah mencetuskan bibit-bibit
?keporak-perandaan? parti yang makin jelas.
Makin nampak sekarang bahawa pendukung utama UMNO sudah banyak
meninggalkan parti. UMNO tidak sanggup lagi membuang ?bad boys? dalam
parti. Jika J/K Disiplin parti masih berkeras membuang ahli-ahli yang engkar
berpaling tadah, mereka harus menjilid nama berjuta ahli-ahli yang rela suci
hati meninggalkan parti?!! Itu baru sekelumit cerita mengenai proses kehancuran UMNO, vis a vis BN.
(bersambung) Amin Sapiro |