Laman Webantu KM2A1: 2648 File Size: 6.4 Kb * |
Kalau Sudah Meretak Buyong - Air Pun Tercurah Sudah..!! By Amin Sapiro 27/8/2000 7:35 pm Sun |
ADUHAI UMNO/BN ..!! KALAU SUDAH MERETAK BUYUNG - AIR PUN
TERCURAH SUDAH..!! Tetapi, jika dimat-amati hakikat sebenarnya, Mahathir memang cukup sedar dan
merasa benar-benar bahawa dirinya sudah terpencil keseorangan. Sudah hilang
kawan yang menghormati belaiu. Perkembangan terakhir membabitkan bantahan dunia dengan jeliran lidah dari
pelbagai pihak terhadap beliau. Sekaligus keadaan itu menunjukkan bahawa
keterampilan beliau sebagai pemimpin dan kepimpinan beliau dalam parti juga
sudah tergugat punah. Mustahil Mahathir tidak sedar! Ahh?!!
Perkembangan terkini yang makin pesimistik dan negatif menyapu bersih populariti
Mahathir dalam parti. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa kedudukan
beliau dalam parti semakin goyah. Kebencian anggota dan pemimpin partinya
sendiri (UMNO/BN), rakyat dan dunia benar-benar sudah makin menggelembung.
Segala-galanya tidak lagi menyebelahi beliau!
Walaupun UMNO/BN mempunyai nilai lebih dari pencapaian Pembangkang dalam
pemilu November ?99, namun kejayaan BN itu TIDAK mampu membuat
perekonomian Malaysia unggul kembali mengatasi ekonomi beberapa negara jiran
yang sama dilanda kemelesetan - kesan dari krisis kejatuhan nilai matawang.
Mahathir tidak lagi dapat membohongi rakyat dengan ?cerita hantu dan langsuyar?
yang memomokkan rakyat bahawa negara sedang dilanda serangan penyangak
matawang atau kolonialis luar yang mencemburui kejayaan Malaysia.
Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim diaibkan melalui KONSPIRASI politik yang
didalangi Mahathir-Daim, dengan bantuan aktif Aziz Shamsuddin, dan
kemudiannya membabitkan ceritera ?Rasuah dan ugutan? keatas Peguam Negara,
Hakim-hakiman dan beberapa anggota tertinggi di Jabatan Polis - sekaligus imej
Mahathir makin cacat di mata rakyat banyak dan dunia sejagat.
Kengganan beliau tampil ke mahkamah sebagai saksi ke Anwar, dan dalih Mahathir
sendiri cuba mengalih implikasi kenyataan bersumpah Datuk Shafie Yahya di
mahkamah yang terang-terang menyebut bagaimana Mahathir sendiri memarahi
beliau dari menersukan siasatan perlakuan rasuah Ali Abol Hassan (yang telah
menerima ganjaran RM100 ribu) - masih menjadi ?duri dalam daging? yang
terugil-ugil dihati rakyat!! Mahathir tidak terlepas dari kebencian rakyat setelah jelas beliau
memperkutak-katikkan undang-undang dan Perlembagaan Negara begitu dahsyat.
Pentadbiran regim Mahathir makin dicemuh rakyat - lebih-lebih lagi apabila Anwar
dipenjarakan bersama adik angkatnya (Sukma) tambahan sembilan tahun lagi oleh
Hakim yang rasuah dan diugut oleh Mahathir melalui konspirator yang terdidik
terang-terang. Rakyat beranggapan bahawa semua kerja-kerja busuk Mahathir dan konco-konco
dalam UMNO/BN makin terbukti sebagai karya semua orang yang terlibat dalam
Konspirasi terbabit, semata-mata kepentingan diri.
Dalam momentum yang makin memburukkan keadaan, bertepatanlah Mahathir
merasa kecundangan. Dengan pelbagai telahan dari peristiwa yang berlaku dan
perkembangan yang kian jelas, ada pihak yang tercium bahawa kejadian dan
peristiwa yang berlaku adalah sebagai agenda Mahathir untuk melanjutkan
kuasanya. ?Peristiwa Sauk? yang begitu serius, sebalinya telah diejek rakyat banyak sebagai
?Sandiwara?. Malah, Mahathir sendir merasa amat keciwa apabila rakyat terang-terang
mengangap dan menuduh bahawa pertelaghan UMNO dengan sekelompok kaum
Cina berthabit ?hak keistimewaan orang Melayu? dalam isu ?tututan 17? yang
dibangkitkan oleh David Chua sebagai lanjutan karenah Mahathir selaku ?Budak
gembala dengan Serigala?, albeit ?Sandiwara? juga!!
Keadaan selanjutnya makin jelas dibaca apabila Pemuda UMNO membuat satu
?demo? di Putra Jaya dan di pekarangan Dewan Perhimpunan Cina.
Yang peliknya, ia dilakukan tanpa bantahan dari pihak polis yang wajar melarang
demo berbau perkauman seperti itu. Dengan itu, rakyat sudah dapat membaca
bahawa demo-demo Pemuda UMNO seolah-olah ada ?orang besar? yang
mendalanginya. Berbanding demo para Reformis yang sering ditebrak dengan pancutan air kuning
dan belasahan belantan-cotar (walaupun bertujuan menegakkan hak asasi rakyat),
orang makin hairan mengapa regim Mahathir membiarkan saja tanpa sebarang
ulasan kasar mencemuh! Apathlagi, bila seorang berjawatan Menteri Besar membuat kenyataan ?sanggup
mandi darah? sebagai ucapan ?inaugral? perlantikan beliau ke jawatan terbaru
yang semacam menunjukkan sikap ?wira tak bertempat?. Seluruh rakyat makin
berwaspada. Tidak salah orang mengsyaki wujudnya sebuah rencana mega yang
?bukan-bukan? sedang diadigankan. Persoalannya, apa ini semua akan mampu mengembalikan keyakinan dan
sokongan rakyat kepada UMNO yang makin melumpuh dan Barisan Nasional yang
kian retak (menanti belah?). Jawapannya ada ditangan anda. Semoga kita diselamatkan Allah swt. dari
sebarang kejadian kesan dari ragam seorang sewel yang makin ?gila?..!
(Sambung) Amin Sapiro |