Laman Webantu KM2A1: 2647 File Size: 7.7 Kb * |
Zaman IT Yg Penuh Pancaroba? Berhemahlah..!! By Amin Sapiro 27/8/2000 5:30 am Sun |
Dr. Mahathir harus berterima kasih kepada pakar-pakar IT - anak-anak
Melayu yang telah berjaya memberi sokongan kepada Multi-media Koridor
Raya yang menjadi impian beliau. Tengok sekarang, berpuluh LamanWeb
dengan ?state of the art? teknoloji terkini yang diwujudkan oleh pencinta IT
yang keratif. Siapakah mereka itu? Ahaiiiii? tak lain tak bukan anak bangsa
kita - ?Pro-Reformasi?..!! Kita dapat membandingkan diantara Laman Pro-Reformasi dengan ?Berita
E-UMNO? yang tidak ada langsung ?umphhhh..?nya. Dah lah LamanWeb
UMNO itu isi dan write-upnya ?tak senonoh?, malah beritanya tak ubah
seperti disusun oleh orang-orang ?cari makan? senang saja.
Ramai diantara kita cuba membaca dan meninjau fikiran puak UMNO
sebagai ?mengalih-alih rasa?. Tapi belum sempat terbaca habis tiga tajuk,
tekak kita dah mula meloya. Dara mengandung ?sulung? pun tak begitu
sangat ?pembawakan budak? dalam kandungannya - kalau nak kata. Ini
lain pulak, bila membaca kenyataan Menteri UMNO, bertambah sakit hati
hingga menikam ke hulu hati. Tentulah reformis yang yang ada stemina
penuh dada bersarah 1000 ide terus jawab?..Pedulik apa!!
Kita berbangga dengan keterampilan LamanWeb seperti Tranung Kite dan
DETIK Online. Selain dari berita dan makalah dari rakyat yang diup-load
dari masa ke semasa, ada pula ?halwa telinga?. Tekan saja icon yang
tersedia, wohhhh?alahai.. Datin Seri Wan Azizah, Mahfuz Omar, Ezam
bergema suara mereka. Kalau nak dengar YAB TG Hadi Awang, silalah ke
Tranung Kite..!! Tak sampai 5 saat berdengunglah ucapan Yang Amat
Berhormat. Acapkali kita ke HARAKAH Online, kita akan tengok sisipan ?wayang?
pula. Bukan wayang cerita ?Sandiwara SAUK di Bkt Jenalek?, tapi
?wayang? cerita benar mengenai Berita Semasa. Kalau kita rasa Berita TV3
sangat meloyakan, ?Jom hang pi tengok Madey, tentu hang bulih dok
ghasa bagaimana oghang mereformasikan minda rakyat?!!? Hehehe?.!
Kita terpesona dengan keindahan struktur dan format sesetengah
LamanWeb. Cantik tersusun penuh warna-warni, gemerlapan dengan awan
larat. Mungkin soft-ware yang digunakan ada yang dicetak rompak, tapi
kebanyakan mereka menggunakan yang original. Mana ada reformis kita
mau pecah undang-undang hingga sanggup mendabik dada ?bermandi
darah?. Sebab depa tak mau - tak pasai-pasai masuk kandang jarang!!
Hahaha?.!! Kita tengok LamanWeb seperti yang dimuatkan oleh WebAntu. Khabarnya,
kalau SB Bkt Aman nak tinjau-tinjau spy masuk ke Laman beliau, pasti
punya kena ?trace?. WebAntu dah pasang siang-siang ?jerangkap samar?
untuk mereka dari kelompok ?SIAL?, kalau cuba nak cari pasal?hehehe..
takut terbakar processor anda yang dalam CPU..!! (nasihat jerr?).
Sebagai seorang enterpreneur yang beriltizamkan ?pengorbanan?, sdr.
WebAntu tidak pulak ?lokek? dengan ilmunya. Pernah beliau mengimbaskan
kepada saya, jika ada yang memerlukan bantuan sila hubungi beliau. Cuma
di alam Siber ini kita tak kenal muka-hidung sesiapa, beliau patut sangat
?make sure for certain?, yang meminta tolong itu betul-betul kawan bukan
lawan. Malangnya ada pula yang pandai ?Java Script? (bukan Jawa
Mantaram..hehehe) yang hantar gambar ke LamanWeb. Malangnya kerana
jiwa mereka memang dah rosak, gambar LUCAH pulak yang diposkan. Mat
Saleh ?Tripod? naik darah, mengapa orang mengaku Islam pula tidak
bermarwah? Adakah sebanyak gambar dalam dunia, masakan budak
?Firtaza? yang kununya terpelajar ..itu pula kegemarannya?
Pernah saya menerima aduan dari seorang srikandi yang merasa sedih
amat sangat. E-mail box diisi oelh insan-insan yang tidak
bertanggungjawab dengan kata-kata yang mencerminkan kesopanan
budaya ketimuran. Hingga ada yang melamaui batas mengirim
gambar-gambar yang wajar dipertontonkan. Apakah itu cara cara kita
mengenali diri sebagai manusia berakhlak?
Begitulah keadaannya, kadangkala kalau sudah terlampau ?boring?
budak-budak UMNO yang melayari Laman interaksi FGR, busuk sangat
sopan santun dan budi bahasanya. Mungkin juga kerana dah kehabisan
modal berdebat dengan Reformis tulin, maka diposkan pula CERITA lucah.
Di ?cut and paste?nya lah dari sumber yang bersepah-sepah. Kononnya,
begitulah cara mereka nak meluah kemarahan mebantah!! Tidakkah mereka
sedar bahawa pekerjaan mereka dibawah pengawasan Tuhan seru sekelian
alam? Diharap sangat supaya Zein Isma atau Mahathir sendiri tolong cegah
anak-anak buahnya supaya jangan keterluan. Takkanlah begitu takrif
?Melayu Baru? saranan UMNO. Masakan peragai kalian macam ?Hantu
Pemburu? - masuk rumah habis diselongkar ke dalam tong sampah.
Merungut kami punya PW.. Cukup menyampah!! Hehehe?.!
Reformis tak pernah kacau LamanWeb parti ternama seperti UMNO.
Walaupun Lambang Keris UMNO tidak bersarung, reformis celik IT tak
selitkan Lambang Baru yang dicadangkan dek Adnan Yakob. Kami sabar
menunggu bila UMNO nak pinda Lambangnya. Kecuali kalau ada
permintaan khas, sila hubungi PW kita yang sangat pemurah?Bagi saja
passwordnya, pasti boleh diubah? Bukan nak minta upah. Kalau
budak-budak UMNO?.entahlahh?..!! Hehehe?.!!
Saya teringat pesanan saudara kita Tok Misai. Berhemahlah anda di dunia,
jika mau hidup anda di akhirat penuh nikmat. Berkata Benarlah anda, jangan
lakukan Fitnah. Gunakanlah ilmu anda untuk berhujah, bukan untuk bikin
1000 karenah. That same goes to Mahathir and his ?jongos-jongos?nya. Kalau Laman
pro-Reform dah ditakrifkan beliau sebagai ?Laman Fitnah? apatah lagi
media letronik dan media arus pedana dibawah usaha-selia anda? Tentu
lebih lagi, kan? Petang ini cuba tonton Berita Perdana TV3 atau baca media kertas Utusan
Amno - ada perobahan apa-apa agaknya? Kurang percaya saya mereka
akan semudah itu merubah budaya..!! Selagi lidah Presiden mereka masih
bercabang, jangan nak harap ?haiwan menjadi insan?..!! (saya akhiri
dengan tidak ketawa) |