Laman Webantu   KM2A1: 2645 File Size: 10.5 Kb *



Re: KTLBELB 26: Yang Bergolek dan Bergolak
By web aNtu

26/8/2000 10:46 pm Sat


Pada awalnya saya menyangka cerita Lee Kuan Yew (LKY) sudah berakhir, tetapi
saya merasa kagum kerana masih ada bahan untuk dikaji.

Sebelum itu kita imbas (highlights) pandangan sdr Marhain Tua dalam
KTLBELB: Bab 26 yang bertajuk Yang Bergolek dan Bergolak

1- LKY perihatin masalah Malaysia. Padangan2 terkeluar semasa di Davos dan di KL.
2- LKY sudah nampak bayangan kejatuhan Mahath1r.
3- Kemampuan LKY memahami senario dan tindak balas dunia korporat.
4- Nasihat LKY yg selalunya bersifat utk negaranya sendiri kini menerjah ke M'sia.
5- Sindiran LKY sebagai perangsang utk rakyatnya tapi pemuda umno melatah mentah.
6- LKY melawat tempat2 yg ada kesan pembaziran dan keBOROSan.
7- Imbasan Konflik2 - baik Antara Daim dan Mahathir atau antara Malaysia - Singapura
8- Singapura antara tempat hartawan Malaysia menyimpan wang, harta, perempuan.
9- LKY mampu mencungkil rahsia kesundalan hartawan malaysia.
10- Perbincangan LKY Mahath1r begitu rahsia
11- Kekecohan hak istimewa melayu meletup bila LKY berlepas pulang
12- MGG berpendapat pemuda umno dah menjadi pelakun berlagak pula.
13- Ungkapan "Siapa kawan dan siapa lawan" - apa tafsirannya.
14- Hak Istimewa Melayu menjadi paspot membalon negara oleh pemimpin tinggi UMNO
15- Malaysia akan rebah bila kuasa minyak menurun.
16- Demo di Putrajaya dan Diktator Tua menangis
17- Kehadiran Mandela, Yassir Arafat di KL
18- SAID2000 di Mozambique dan penyibukkan Mahathir.
19- Berita Mahathir tidak dikehendakki di CAMUS [Cambridge Assoc M'sia Students]
20- ISNA tidak menghendakki Mahathir datang
21- Fatwa Shaikh Taha
22- MB Selangor yg mentah baru sepatah dah terucap "mandi darah".
23- Pasaran Saham Yg Bercelaru ada mesejnya
24- Antara lawatan Mandela, LKY, Yassir Arafat dan tangisan Mahathir
25- Mahath1r diburu fitrah alam akibat perbuatannya sendiri.....

Nampaknya imbasan saja dah panjang, kalau nak dihuraikan satu persatu tentu lagi pengsan bukan kepalang. Jadi saya memberi sedikit ulasan mana yg masih terdaya sebelum pengsan... maka saya bayangkan diri saya sebagai seorang wartwan pencen. Saya sebenarnya sudah memijak kaki di pejabat NST dan Utusan Melayu. Jadi cuba teka siapa agaknya??

Sketsa "Wartawan Pencen": (Supplimentary comments)

Sebagai bekas wartawan saya tentunya memiliki beberapa ciri2 sehingga dipilih untuk membawa mesej dari pemimpin kepada rakyat. Namun demikian kami masih terpenjara kerana walau apa pun imej pemimpin mesti dijaga - jadi saya perlu dipastikan sebagai seorang hamba yang taat setia atau kena buli "duduk di bawah meja". Ditambah pula dengan ugutan yang mudah melayang, makin kecut kita dibuatnya. "Rencana (yang bodek lerr) mesti keluar atau awak yang keluar".

Saya tak kesah itu semua. Tangan diikat, kaki masih berguna. Dengan itu saya lancarkan sedikit sketsa untuk tatapan warga pembaca se dunia.

Bermulanya Formula One

Ini bukan Formula One di Sepang, tetapi mungkin Formula "LKY dan Dr M" yang akan dilancarkan. Tujuannya adalah untuk memastikan kedua2 pelumba ini - LKY dan Dr M menang digelanggang masing2. Maka dengan itu pertemuan empat mata (hanya 4 mata sahaja) diperlukan.

Setakat ini begitu banyak rahsia kerajaan telah dibocorkan. Ia telah membuat ramai condong dan tumbang, dan kes Abu Hasan menjadi satu amaran. Perlantikkan MB Selangor yang masih "dara" membayangkan betapa seriusnya keadaan Mahathir yang tertekan. Semua ADUN UMNO di Selangor yang dicalunkan ada kes-kes yang boleh mebawa malang. Tahu menbalon tak tahu simpan!

Gerangan LKY

Umumnya dunia menyedari LKY bukan sebarang negarawan - jika tidak masakan Amerika dan Israel memilih Singapura sebagai teman dan pengkalan. Maka kita dapat bayangkan kebimbangan LKY adalah bayangan kebimbangan kuasa2 ini - lebih2 lagi kuasa kapitalis mereka yang menapak di bumi Malaysia. Sampai bilakah korporat2 dunia ini terpaksa memberi hutang kepada diktator yang sudah tidak siuman. Tragedi di Iraq jangan di ulang!!

Sketsa Pemandu LKY

Apabila kita merenung sedikit sketsa pemandu LKY yang lalu, jelaslah kedatangan LKY mempunyai beberapa maksud yg begitu mendalam. Kereta itu dipandu ketempat2 yg di mana keborosan dilambakkan. Mengapa kereta itu tidak berhenti di pejabat Utusan? Bukankah disitu ada pelbagai sketsa yang boleh mengenangkan masa2 silam? Dia kelihatan berminat dengan huruf "H" yang terbesar di abad ini.

Bagi Mahathir "H" mempunyai makna yang amat besar betapa kasih sayang "untukmu HASMAH" diabadikan tetapi bagi LKY ia adalah lambang terbesar "HUTANG!!" atau "HABIS" duit rakyat dikering kontangkan untuk membina ego Diktator Tua yang tak padam2. Yang menarik, tersedia pula sebuah kolam buatan dipintu huruf 'H' ini sebagai cermin betapa ia bisa dilihat baik dengan mendongak ke atas, mahupun dengan menoleh keatas permukaan air!! Bagi rakyat marhaen, ia laksana nesan kubur terbesar abad ini yang mengundang kecelakaan..

Singapura Stor Kroniputra dan Pelacur Mewah

Umum telah mengetahui betapa Singapura merupakan gudang terdekat untuk menyimpan harta, baik yang cair seperti kertas mahupun berketul yang tercacak di atas tanah. Tidak kurang pula "harta" yang bernyawa yang dibaham setiap malam oleh nafsu hartawan yang tak mengenal maruah, walaupun sudah beristeri secara sah.

Di sini semuanya akan menyerah kalau wang sedia di tabur kebadan yang menadah. Lagipun tiada mufti dan tiada JAIS yang "mengintip" tak sudah-sudah. Tentu kita belum lupa Halim Saad beristerikan orang Singapura, kerana kamceng korporat tidak mengenal budaya. Ia sanggup melintasi tambak selagi ia boleh memberi nyawa.

Hak Keistimewaan Orang Melayu

Kita hairan mengapa pemuda umno berdemo untuk sebungkus nasi percuma, sedangkan rumah "haram" yang dibakar dan diroboh dengan bulldozer telah meranapkan berbungkus-bungkus nasi yang tidak percuma untuk rakyat jelata. Dimanakah keistimewaan orang melayu jika rumah mereka dirobohkan, wang mereka di sedut untuk membayar hutang anak diktator tua, dan anak mereka dihantui hutang IPTS pula?

Tentunya yang istimewa ialah orang yang mendapat kuasa mendirikan kekayaan demi kekayaan di tanah yang sudah dirobohkan dengan sekadar satu isyarat "phone-call" cuma. Merekalah yang begitu istimewa sehingga IWK yang parah diambil alih oleh kerajaan tetapi beribu2 anak melayu terpaksa berpindah randah mencari universiti yang dapat menerima 'entry' dengan duit segenggam cuma.

Yang istimewa rupa-rupanya yang memegang tampuk pemerintahan negara. Mahligai ratusan juta dibina hanya layak untuk "dua orang tua". Tanah kosong lebih layak dibuat kolam untuk dibela ikan bernyawa dari membela rakyat miskin yang melata. Adakah orang melayu yang "istimewa" atau ikan2 yang dapat berenang sambil menikmati keindahan mahligai dikolam buatan diktator tua?

Faktor Ekonomi:

Kekuatan Melayu antara lain bergantung kepada kekuatan ekonomi. Sudah tentu wang yang cair diperlukan untuk membina kekuatan ini. Kekuatan yang dibina dari hutang akan memusnahkan negara tetapi Mahathir tidak memandang itu semua. Mahathir menggunakan wang negara untuk agenda kroninya yang begitu banyak berniaga sampai habis semuanya hendak diswastakannya. Ia dihias dengan slogan "kecekapan" dan "berdaya saing" tetapi sebenarnya ia berpakat untuk mencekik kehidupan rakyat marhaen. Desas-sesus penukaran beberapa eksekutif tertinggi syarikat2 besar seperti Telekom, TEN, KTMB nampaknya sudah menunjukkan tanda-tanda kerakusan ini. Nanti kita akan melihat siapakah yang betul2 istimewa - rakyat melata atau kroni manja?

Kekuatan ekonomi tidak akan dapat menolong orang melayu selagi ia tidak diurus dengan baik. Rekod kerajaan Mahathir tidak telus dan tidak menuju ke arah itu. Kes BMF dan Perwaja sudah cukup untuk membuktikan betapa slogan istimewa sekadar melepaskan batuk ditangga. Hanya penjenayah2 korporat yang mendapat layanan dan hak istimewa. Mereka dilindungi oleh sistem yang begitu korup manakala rakyat sendiri pula yg dibelasah dan perangi di jalanraya.

Mereka begitu istimewa kerana boleh membawa duit berkilo2 dalam beg dan kereta tanpa sekatan di jalanraya. Mereka boleh merogol tanpa perlu disoal bicara. Atau bermain kayu tiga di bawah meja kerana JAIS boleh dimarahinya. Rakyat hanya layak disumbat ke penjara jika mahu bersuara.

Keistimewaan rakyat sudah diliwat oleh sang kroniputra tanpa mereka sedari. Apa yang berlaku di Langkawi sudah jelas menunjukkan rakyat hanya mendapat tulang setelah segala isi dibaham sesuka hati. Merempatlah rakyat menggigit jari, sang kroni apa perduli. Kalau rugi pun, anytime danaharta mari.....

Mahathir menangis

Sebagai wartawan, saya selalu melihat orang2 yang menangis baik dipawagam2 atau pun semasa membuat liputan bencana alam. Mengikut pakar mata - ada bermacam2 jenis air-mata yang boleh di"baca" jika kita ada ilmunya. Air mata yang panas dikatakan tidak setuju manakala air mata yang sejuk dikatakan setuju gembira. Apakah ada kebenarannya?

Sebenarnya tidak guna Mahathir menangis kerana apa yang berlaku adalah berpunca dari tindak-tanduknya sendiri. Beliau memilih untuk menipu dan menuduh sesuka hati. Bagi beliau orang lain sentiasa tidak betul. Sewajarnya beliau berhenti kerana itulah yang terbaik untuk rakyat negara ini. Sampai kini semua ulamak umno senyap tidak dapat menjawab fatwa Syaikh Taha tempoh hari...

Sampai bilakah kami wartawan2 terpaksa berbohong kepada bangsa sendiri untuk mengiyakan semua telatah perdana menteri. Sampai masa pejabat kami ini (NST atau Utusan?) sendiri akan lingkup dengan sendiri. Sewajarnya peristiwa Sauk tempoh hari sudah mengajar Datuk Seri... betapa rakyat kini sudah berpelajaran dan cukup matang. Edaran akhbar kami mencari makan hanya layak masuk dalam bakul sampah dan longkang. Kami mencari pelanggan tetapi harakah dicari pelanggan. Lama-lama kami akan rebah sakan....

Jangan biarkan rakyat menghina Datu Seri disepanjang zaman. Kembalilah kepangkal jalan, sebelum dipanggil tuhan. Ketika itu menangis pun sudah tidak berguna lagi. Umur yang panjang jangan di sia-siakan.

Di dunia ini Datuk Seri kelihatan ada ramai kawan tetapi semuanya jembalang. Mereka menunggu Datuk Seri untuk terbabas di jalan. Pada waktu itu mereka bersorak gian - apa nak jadi pada Datuk Seri mereka apa persetan. Waktu itu baru Datuk Seri kenal siapa musuh dan siapa kawan.....

Ikhlas dari Wartawan Pencen.