Laman Webantu KM2A1: 2634 File Size: 3.9 Kb * |
Mampukah Umno Hidup Dlm "Sandiwara Yg Menghina Bangsa?.. ? By Amin Sapiro 25/8/2000 5:27 pm Fri |
MAMPUKAH UMNO HIDUP DALAM ?SANDIWARA YANG MENGHINA
BANGSA?..? President ISNA, Muzammil H Siddiqi menjelaskan bahawa penolakan ke atas Dr.
Mahathir mengahadiri Persidangan mereka yang sedemikian berprestij adalah
atas saranan dan tuntutan persatuan Islam seluruh Amerika Utara yang
berjumlah lebih 300 buah. Punca utama adalah bersebab dari keterlibatan Dr.
Mahathir yang dilihat secara langsung dan teranbg-terang menganiaya DS
Anwar Ibrahim dan umat Islam di Malaysia.
Bukan setakat itu saja yang menganggap Dr. Mahathir ?tidak senonoh?.
Malah, beliau turut disisihkan oleh beberapa cendekiawan akademik Universiti
Cambridge, London. Mereka spontan menolak jemputan penganjur (biayaan
Malaysia) kepada mereka. Seorang penerima anugerah hadian kedamaian
Nobel diberitakan mengetuai boikot tersebut.
Ini adalah satu petanda jelas bahawa sikap dan agenda regim yang dikepalai
oleh Dr. Mahathir yang yang memerentah negara ini sedemikian berminat
melakukan kezaliman dan membunuh bibit-bibit keadilan, menafikan pentadbiran
demokratik dan perakuan terhadap hak asasi rakyat di negara ini; telah
mendapat kutukan dunia sejagat. Keadaan yang timbul adalah contoh kesan dari sikap dan karenah sebuah regim
yang cuba memisahkan ?Agama dari politik?.
Kita makin hairan, apakah ulamak UMNO masih tidak nampak dan cuba
mempelajari hakikat dan kesan akibah yang timbol dari karenah Dr. Mahathir
yang begitu ghairah berusaha memisahkan ?Islam dari politik? rakyat.
Sebaliknya mereka seakan-akan merestui pencemaran Islam yang dilakukan
oleh Dr. Mahathir dalam banyak hal mentadbir negara, hingga rakyat dunia
bukan Islam turut mencemuh beliau. Makin nampak sekarang PAS yang telah jelas berjaya membuka mata rakyat
dan dunia makin nampak berwawasan menegakkan keterampilan Islam di mata
dunia. Malangnya, Dr. Mahathir telah memusnahkan harapan rakyat yang
berusaha untuk meletakkan negara ini ketahap negara maju - selari dengan
tuntutan zaman era siber, globalisasi dan tamaddun dunia yang makin
menghayati keagungan Islam. Jelaslah Barisan Alternatif adalah sebuah parti politik yang berketerampilan dan
bersesuaian dengan kemahuan rakyat. Proses yang berlaku sekarang menjurus kepada satu fokus iaitu ?kemusnahan
UMNO dan Barisan Nasional? yang ditadbir oleh sekelompok manusia
?penyangak? yang sanggup melakukan penipuan, pembohongan, maksiat dan
dosa besar yang memungkiri janji yang amanahkan rakyat banyak!!
Selagi UMNO dan komponen BN masih memilih Mahathir yang beragenda
dengan pelbagai sandiwara menghina bangsa, Rakyat pasti akan mengikis parti
ini dari lipatan sejarah! |