Laman Webantu KM2A1: 2633 File Size: 5.0 Kb * |
'Sandiwara' bukan 'Bangsawan' - Jangan Mainkan Sebarangan!! By Amin Sapiro 25/8/2000 6:29 pm Fri |
?SANDIWARA? BUKAN ?BANGSAWAN? -
JANGAN MAINKAN SEMBARANGAN!! Dalam zaman teknologi serba canggih ini, kita tidak dapat lagi menonton lakunan
Bangsawan - satu ketika dulunya, adalah sumber hibuan rakyat marhain paling
termasyur seantero Nusantara. Di zaman abang-abang saya masih
budak-budak, kabarnya masing-masing akan gegak gempita mempromosikan
kumpulan bangswan yang datang ke kampung.
Abang saya yang kini sudah arwah menceritakan bagaimana beliau berbasikal
keliling desa membawa kertas alas ?meja macuk? warna putih yang dijadikan
sepanduk, dan menggantung di setiap kepala simpang. Bila pulang orang
menoreh getah, akan terhenti sebentar membaca cerita apa akan dipentyaskan
untuk malam itu. Saya tidak tahu. Itu zaman dulu. Kabarnya kalau primadonanya seperti Hasnah Ali
yang berlakun sebagai Tun Teja, Tun Fatimah atau Siti Zubaidah?.wowwwww?
koleksi malam itu melebihi derma PAS di Taman Melewar!! KABARnya aja..! Saya
tidak tahu! Lahir pun belummm?.hahaha!!
Saya pernah membuat perbandingan, (menurut empunya cerita) walaupun tiket
?front row? cuma 50 sen dan koleksi semua cuma $250 ringgit - namun tuan
punya panggung boleh pakai Austin Seven, jenis kereta tercanggih zaman itu -
hujung tahun 40-an awal 50-an. Kalau pelakun-pelakun terkenal seperti Allahyarham AR Tompel (sudah arwah)
dan Raja Hamidah (tak pasti), Yahya Sulung dan isteri beliau (masih hidup) bisa
mampir; hampir satu kampung akan keluar berduyun-duyun selepas Maghrib.
Begitu hebatnya mereka. Berbanding sekarang, walaupun Ning Baizura dengan rambut yang dicelup
kuning langsat dan disisir seperti duri kulit durian bercerancaman - kununnya
cukup megah diwawancara hingga sanggup menceritakan ?lubang pusat?nya
letak dimana (dengan maaf); namun minat orang desa terhadap beliau masih
belum dapat menandingi primadona bangsawan lama!
Bukan tujuan saya mahu mencerca sesiapa, tetapi semata-mata ingin sekali
menarik perhatian para netters bahawa bangsawan adalah ulangan dari
sandiwara kehidupan manusia untuk survival.
Terfikir juga saya, jika Najib cuba melakunkan semula sejarah peristiwa Sauk,
mengapa ia cuma dilakukan di Kuala Lumpur dan ditayangkan sebagai selingan di
TV3? Tidakkah lebih logik jika di kerah Brig Gen Zaini Said supaya mengarah
platun pelakun vetren terkemuka yang masih hidup? keluarkan Amin Ghazali dan
comradenya dari penjara dan kongsi-kongsi dengan Pemuda UMNO - Nah!
berBANGSAWANlah kalian keliling Malaysia.
Dicadangkan, jangan suruh penonton membayar apa-apa. Percuma! Melalui
pengulangan berkali-kali, bolehlah diharap orang percaya bahawa peristiwa Sauk
dan ?Drama Bkt Jenalek? adalah kejadian benar. Tak payah ugut dengan ISA
atau tuduh siapa yang tat percaya sebagai ?GILA?. Apa tidaknya, semakin
dipaksa orang percaya semakin itu orang yakin ia cuma satu sandiwara.
Tolong fikir sikit, masakan 20 juta rakyat harus dipenjarakan dengan kekuatan
draconian law ISA; atau yang 20 juta itu gila semua!! Mana bisa, sih! Paling tidak
rasional, kan? Perlu diingat?hehehe?. ?Practice makes perfect..!!? Mungkin akan timbul semula
?Bangsawan Di Udara?.? disebarkan melalui TV3.
Begitu juga ?demo haram? Pemuda UMNO di Putera Jaya dan Chinese Assembly
Hal!! Elok budak Aziz Fadil itu belajar sikit dari para Reformis yang sudah
?seasoned? dengan ketertiban berdemo. Jangan cuba berdemo atas isu
perkauman. Paling bodoh sekali bila demo seperti itu semata mencukupkan
agenda pemimpin yang ketandusan modal politik.
Bila budak Md Khir Toyo itu mengeluarkan kenyataan ?mandi darah? sebagai
mukaddimah memula jawatan; orang akan melihat beliau seolah-olah negeri
Selangor mendapat MB baru seorang pemuda yang ?kurang siuman?.
Kita perlu mengingatkan pihak-pihak yang berkepentingan (tapi ketandusan
modal politik), janganlah kalian tiupkan api perkauman; kerana Barisan Alternatif
bergitu susah payah menyemarakkan ?semangat perpaduan dan saling
bekerjasama antara kaum? - suatu perbedaan yang ketara yang dicetuskan dalam
semangat REFORMASI saranan Datuk Seri Anwar!!
Rakyat mau tanya satu soalan: masih nak bersandiwara lagikah anda wahai Dr.
Mahathir - hehehe?? Wira Dunia ke-3?..!!?? Sebelum lebih banyak anda
mengacarakan episod-episod lain, ingat satu saja iaitu sebenarnya rakyat sudah
muak dengan pertelingkahan. Terlalu banyak drama yang telah dimainkan oleh
puak UMNO dan BN. Jangan brutal sangat? OK?
Baik jangan!! Amin Sapiro |