Laman Webantu KM2A1: 2630 File Size: 4.0 Kb * |
Pertemuan Terserempak Membongkar Rahsia!! By Amin Sapiro 25/8/2000 12:09 am Fri |
PERTEMUAN TERSEREMPAK MEMBONGKAR RAHSIA!! (Cerita Benar dari JB)
Walaupun saya ?Amin Sapiro?, namun itu cuma di Siber saja. Kawan saya itu
tidak tahu. Beliau bebal dengan perkembangan internet semasa.
Perbualan kami pada mulanya mendatar saja. Kemudian berkisar kepada isu
Anwar dan masadepan parti yang sudah saya tinggalkan.
Saya tidak dapat menahan geli-geman bila dua orang yang berada disitu
bersama beliau mendabek dada dengan berkata, ?Rancangan kita adalah untuk
menggempur kekuatan Barisan Alternatif di sekitar Johor. Kita mahu kekalkan
prestasi tahun ?99. Kita tak akan mengalah semudah itu?.!!?.
Saya mengangguk dan menjawab, ?Bagus!! Itu mcamlah orang perjuangan..?.
Mereka berdua tersenyum. Saya mengangguk lagi.
?Ni Yang Berhormat ada saksi, kalau saya tahu siapa Amin Sapiro, saya
patah-patahkan tengoknya..? Kata seorang lagi. Bongkak sungguh nada
suaranya. ?Patut!!? saya jawap. Bersetuju! ?Malangnya dalam UMNO tak ada penulis siber politik macam lamana
reformasi. Budak-budak kita sikit-sikit nak duit. Mana boleh tahan UMNO.
Royalti minyak PETRONAS dah Mahathir sapu?.? Kata beliau.
Waktu itu saya angkat muka. Saya tenung bijik matanya dalam-dalam. ?Habis
amacam?? saya tanya selamba saja. ?You taulah, entah siapa buat taik, cerita jual pasir ke S?pore dah jadi jual
tanah pulak. Dah heboh sampai ke Kabinet. Habis mana lagi peluang nak buat
duit. Kan itu priviledge kita masuk UMNO?? katanya megah.
?Eh! Eh! Sampai gitu ke priviledge UMNO? Sampai jual muka bumi sendiri.
Bahaya tuh..? saya jawab. ?Tu pasallah Ghani sekarang sedang panas bontot!!? balas seorang lagi.
Sengeh aja. Saya balas, ?Eh, kan itu kerja salah. Kastam pun dah cakap. PTG pun dan
ulas. Muka bumi betullak hak tuan tanah, tetapi dalam Kanun Tanah Negara,
lapisan bawah tanah dan isi perut bumi itu hak Kerajaan.? Saya terangkan,
seolah-olah saya nih macam tau sangat National Land Code.
Menjawab beliau, ?Bukan begitu saudara. UMNO kalau nak kirakan semua dia
boleh buat apa diorang suka. Kan kita ada majoriti di Parlimen. Dr. Mahathir
penjarakan Anwar tu ikut undang-undang sangat ke? Kalau Mahathir nak
tunjuk lagak, kitorang di Johor pun tau juga nak pecahkan rahsia dia. Tanah
Tg. Pagar Mahathir dengan Daim dah sapu?. Semua diorang punya. Tu
pasallah Lee Kuan Yew datang KL. You tak tau ke..??.
Saya geleng kepala. Saya jeling YB. Saya tengok mukanya tunduk saja. Tak
ulas apa-apa. Fahamlah saya, kempen tentang rasuah Mahathir dan
konco-konconya bukan dimulakan oleh BA, tetapi oleh pemimpin UMNO dalam
kerajaan juga. Nak salahkan siapa kalau tahun 2004, BN tak lagi memerentah seluruh Negara!!
Memanglah suku-sakat pemimpin UMNO ni dah gila semua?..!!
Saya pun sampaikan cerita pertemuan kami itu kepada kawan
kita???aminsapiro?..Hehehehe?!! |