Laman Webantu KM2A1: 2629 File Size: 2.2 Kb * |
Berkata Benarlah Anda, Wahai Pemimpin Umno! By Amin Sapiro 24/8/2000 11:26 pm Thu |
BERKATA BENARLAH ANDA, WAHAI PEMIMPIN UMNO!!
Soalnya, mengapa ia ditimbulkan? Sejak sejarah Melayu zaman silam, kita
nampak bahawa fitnah itu lah yang menjadi mainan. Lebih 50 kali Allah swt
menyebut perkataan ?fitnah? didalam Al-Quran. Namun hari ini masih ramai
yang bermegah menggunakannya semata-mata untuk mendapat ?kesempatan?
dunia. Kepada puak UMNO yang di ketuai oleh Presidennya, kita ingin bertanya:
?Benarkah Anwar melakukan segala-gala perkara yang mengaibkan itu?
Berkata benarlah anda - tidakkah benar kalian berKONSPIRASI sesama sendiri
bersama Kroni untuk menganiaya beliau??.
Jika benar, baliklah ke pangkal jalan. Jika dengan mengundurkan Mahathir
maka orang Melayu Islam dapat semula disatupadukan, lakukanlah segera tanpa
ditangguh-tangguhkan. Satu dunia tidak lagi percaya dengan ?drama? yang
berlarut-larut hingga maruah bangsa sudah lupus dihanyutkan beliau.
Kita tanya, apakah kerana memelihara seekor ?kerbau yang membawa lumpur?
seperti Mahathir ini, orang Melayu sanggup membiar seluruh bangsa habis
dipalit-palitkan beliau? Tidakkah mudah dipatahkan saja tanduknya dan heret ia
ke kandang penyembelihan untuk menjalani hukuman!!
Kita tahu dengan bukti yang kukuh, jika kita sebagai satu bangsa masih
?teragak-agak? membuat keputusan, kelak satu negara akan jahanam!!
|