Laman Webantu KM2A1: 2628 File Size: 8.4 Kb * |
Terjemahan: Satu Lagi Bangunan Warisan dimusnahkan By Marhain Tua 24/8/2000 9:57 pm Thu |
MGG60 SATU LAGI BANGUNAN WARISAN DIMUSNAHKAN (MGG: One More Heritage Building in Kuala Lumpur Destroyed) Pada mulanya, MCA dan Gerakan yang merupakan rakan parti politik yang menganggotai Barisan Nasional telah bersekongkol membisu apabila ratusan ekar tanah perkuburan orang Cina, Jepun, Kristian, Singhalese dan Hindu yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dimusnahkan dan ditebus-pakai untuk dijadikan tapak bangunan beli-belah dan pejabat. Kini, MCA telah mengizinkan pemusnahan sebuah kuil lama orang Cina yang pada satu ketika dulu terletak di sebelahan ibupejabat parti itu di Jalan Ampang. Tidak ada sebarang tanda bantahan kerana pemusnahan banganan itu telah diawasi oleh jawatankuasa kuil itu. Secara kebetulan saya terserempak dengan kejadian yang bersejarah ini. Tengahari tadi saya telah berjalan kaki untuk mendapatkan kereta saya yang dipakir di Ming Court Vistana Hotel yang terletak bertentangan dengan bangunan yang saya maksudkan. Tapak kuil lama itu dipagari oleh satu tembok setinggi dua puluh kaki. Ruang masuk ke kawasan itu masih jelas lagi. Tetapi saya menjadi tersentak apabila mengintai melalui pintu sampingan yang sedikit terbuka ketika itu: Kuil (to'kong) orang Budhis yang bernama 'The Kun Yam Thong Buddhist Temple' telah pun diruntuhkan. Inilah bangunan yang berusia lebih satu abad. Inilah bangunan warisan yang pernah digambarkan seorang arkitek terkenal, Hisham Albakri dalam satu buku panduan mengenai bangunan wwarisan Kuala Lumpur yang diterbitkan pada akhir 1970-1n. Inilah bangunannya yang diiktiraf sebagai bangunan yang perlu dikekalkan. Kini, bangunan itu terperusuk kerana dimusnahkan dan sudah pun menyembah bumi. Surat notis yang melekat di tepi dinding kawasan itu menyatakan bahawa bangunan itu sedang melalui proses ubahsuai, dan bukannya dibina semula. Nombor rujukan pelan yang tertulis di situ mencatitkan BP E990037. Saya telah menghubungi beberapa kawan daripaada masyarakat Cina. Tidak seorang pun yang mengetahui akan hal ini. Nampaknya orang yang menjaga kuil itu mempunyai fikiran bahawa sebuah kuil tua tidak layak berdiri di kalangan bangunan pencakar langit. Apatah lagi kalau berdekatan dengan Menara Kembar Petronas dan jua beberapa bangunan tinggi yang lain di persekitarannya. Ada satu gambar lukisan kuil purba itu, tetapi tidak pula ada sebarang kenyataan yang bangunan purba itu akan dimusnahkan. Namun, apabila Development and Commercial Bank, kini RHB Bank, membina ibupejabatnya yang kini merupakan mercu tanda empayar niaga Tan Sri Tajuddin Ramli, ada satu syarat utama pembinaan bangunan itu. Prasyaratnya ialah pembinaan ibupejabat bank yang terletak hanya di bahagian belakang to'kong purba itu, mestilah mengambil kira kesesuaiannya dengan kehadiran to'kong purba itu; yang tidak pun boleh disentuh langsung. Keperhatinan beberapa pegawai kerajaan terutama sekali pegawai berbangsa Melayu telah menentukan bangunan yang dibina pada abad ke-19 itu dulu tidak dinodai oleh pemikiran abad ke-20an. Begitu jugalah halnya apabila The Anglican St. Mary's Cathedral yagn terletak di sebelah Royal Selangor Club dan Dataran Merdeka ketika mahu diubahsuai. Pihak Muzium Negara telah membantah usaha mengubahsuai rupabentuk bahagian depan bangunan gereja purba itu pada awalan 1980-an. Pihak muzium tidak mahu rupabentuknya diubah. Sekarang ini, pegawai kerajaan bersekongkolan dengan ahli politik dan juga pemaju hartanah untuk memusnahkan bangunan warisan yang diwasiatkan kepada kita. Semua ini bermula pada awal 1980-an. Sebuah rumah kayu purba yang indah dan yang pernah menjadi rumah kediaman rasmi seorang perdana menteri telah dimusnahkan. Ia 'terbakar' dan di atas tapaknya dibina satu bangunan yang jijik rupanya untuk dijadikan rumah kediaman rasmi sehinggalah penghuninya beralih kepada sebuah mahligai (Istana Rakyat?) di Bandar Airmata Rakyat yang juga terkenal dengan nama Putrajaya.. Tidak ada sesiapa yagn menitiskan airmata ketika bangunan purba itu musnah melainkan mereka yang berminat untuk mengekalkan warisan bangsanya. Selepas kejadian itu, setiap benda mempunyai harganya dan perlu dimusnahkan atas nama kemajuan. Ketika LRT dalam rancangan lagi ada satu cadangan rasmi yang dibantutkan secara spontan. Cadangan itu mahukan Kuil Sri Mariamman di Jalan Bandar itu dialihkan, sedangkan itu pun merupakan satu kuil purba yang telah dibina lebih daripada satu ratus tahun. Memang ada kuil purba yang telah dimusnahkan. Lihat saja kepada Sri Kandasamy Temple di Brickfields. Ia telah dibina pada abad ke-19 dulu. Kini ia telah dibina semula. Pemusnahan bangunan warisan bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur. Kerajaan Melaka pernah bercadang memushnahkan Bukit Cina yang berusia lebih 500 tahun dan merupakan tapak jirat Cina yang tertua di luar Negeri China. Tujuannya untuk dijadikan tapak bangunan membeli-belah dan juga tapak perumahan. Perkara itu hanya dimungkinkan dengan adanya persetujuan pihak MCA ketika itu. Namun, projek itu dibantutkan kerana tentangan rakyat biasa. Begitu juga yang pernah berlaku ke atas sebuah jirat Cina lama di Kuala Lumpur. Pembangunan semula yang dilakukan kepada Jonkers Street di Melaka telah menimbulkan beberapa bantahan. Kini, ciri-ciri keaslian seni bina Belanda yang mewarnai lorong yang digunakan oleh peniaga Cina sejak abad ke-17 itu akan lenyap samasekali. Di Ipoh dan Penang, kerja-kerja pemusnahan bangunan purba berdasarkan keperluan pembangunan terus berjalan tanpa rintangan. Pihak kerajaan memang memberi tumpuan ke arah pemusnahan bangunan lama buatan orang Cina setelah menyedari bahawa MCA dan Gerakan tidak akan membuat sebarang bantahan. Memanglah pihak kerajaan marah dengan masyarakat yang kerja sebenarnya melantik mereka ke jawatan awam mempunyai idea yang bertentangan dalam hal pembangunan. Mereka mahukan orang awam seperti itu diam membisu sahaja sehinggalah munculnya pilihanraya yang akan datang. Tetapi, masyarakat awam tidak suka kalau bangunan warisan itu dimusnahkan, tidak kiralah apa sebab yang ekonomik mengenainya. Kerana itu mereka sanggup bersatu menentangnya. Sikap membisu pihak MCA dan Gerakan memang boleh dijangkakan. Parti MCA pernah melancarkan perang (perang mulut?) terhadap MIC dan pemimpingnya Dato Seri S. Samy Vellu, kerana membantah pembangunan di atas tapak jirat Sungai Besi. Orang MCA amat marah kerana dia telah menentang satu arahan yang dipersetujui oleh kabinet yang pernah dihadiri oleh beliau sendiri. Walau bagaimana pun, adalah penting bagi MCA dan juga para pemimpinnya memberitahu rakyat Malaysia, bukan sahaja orang Cina, kenapa ia membenarkan pemusnahan Kum Yam Thong Buddhist Temple yang terletak di sebelah bangunan ibupejabatnya. Perkara ini tidak mungkin berlaku melainkan emimpin masyarakat Cina mengungkit perkara ini secara galaknya seperti yang telah berlaku ke atas Jirat Sungai Besi dan jua Bukit Cina. Dalam hal ini pihak MCA harus diajar untuk menggunakan wang mereka dengan lebih berhemah lagi. Kita tidak boleh berlagak rambang dalam usaha mengekalkan warisan kita. Sikap beginilah yang menyebabkan To'kong Kun Yam Thong menyembah bumi tanpa ada sesiapa menyesal akan perbuatan itu. Satu warisan adalah bersifat demikian, dan tidak ada tolak ansur dalam amalan itu. Tetapi kini ada juga pegawai yang sanggup membenarkan bangunan warisan dimusnahkan begitu saja. Apa yang membuatkan saya marah dalam hal ini ialah sikap membisu masyarakat Cina. Apakah benar adanya satu pengecualian betapa sesuatu bangunan warisan itu boleh dimusnahkan kalau si penjaganya berkemahuan demikian? Apa yang menakutkan dalam hal ini ialah Encik Hisham Albakri tidak pun tahu menahu akan kejadian itu. Begitu juga dengan persatuan yang diwujudkan untuk menjaga keluhuran bangunan warisan itu. Sekarang, barulah mereka sedar apa yang terjadi. Tetapi, sudah terlalu lambat. Diterjemahkan oleh -MT- 24 Ogos,2000 |