Laman Webantu   KM2A1: 2626 File Size: 9.0 Kb *



Terjemahan Fatwa Shaikh Taha (BM)
By web aNtu

24/8/2000 8:50 pm Thu




Pandangan Shari'a Mengenai Hukuman Salah Terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim

Pandangan ini dibuat berikutan kes perbicaraan dan hukuman yang dijatuhkan
oleh Hakim Arifin Jaka. Hakim ini telah memutuskan yang tertuduh, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Bersalah sebagaimana yang didakwa lalu menghukum beliau dipenjara selama 9 tahun.

Pandangan ini adalah berdasarkan lapuran2 sedunia perbicaraan di mahkamah yang diterima setiap hari.

Apakah pandangan Shari'a mengenai kes ini - adakah perbicaraan tersebut sah dan boleh diterima pakai serta apakah hukuman yg dijatuhkan itu bertepatan dgn Shari'a?


    1. Shari'a mengenal pasti bahawa sitertuduh berada dlm keadaan yang lemah
    kerana beliau menjadi mangsa sistem perundangan yang menyebabkan beliau berada dipihak yang bertahan. Maka lebih mudah beliau di aniaya dan haknya dicabuli.

    Prinsip Utama Shari'a yg sebenar ialah menegakkan keadilan.




    (Sesungguhnya Allah menyeru kamu berlaku adil dan ehsan".)

    Sebab itulah kita dapati Nabi (saw) dan semua Khulafa al Rashidun mencatat (atau membukukan) semua peraturan2 kepada hakim2 apabila mereka dilantik. Ini bertujuan untuk memastikan hakim2 teramat sensitif (peka) kepada hak2 si tertuduh.

    .

    Setelah meneliti kesemua perjalanan perbicaraan, kita akan dapat menulis
    berjilid2 perkosaan hak si tertuduh pada pandangan Shari'a. Kita hanya akan
    membincangkan sebahagian sahaja dari perkosaan ini.


    2. Jenayah yang dituduh, iaitu liwat (s###mi), adalah jenayah yg melibatkan maruah dan peribadi, maka seperti zina, ia memerlukan 4 saksi yang adil yang telah menyaksikan adegan itu dengan mata-kepala sendiri, tanpa ada halangan atau sekatan.

    Sekiranya ada sebarang kecacatan, walaupun ianya kecil, dalam pengakuan saksi2 ini, maka keseluruhan kes hendaklah dibuang dan saksi2 atau penuduh2 itu boleh
    disabitkan kesalahan memfitnah dan mendusta (libel).

    .

    3. Shari'a juga mengambil kira kes2 khusus apabila orang biasa menuduh orang yg mempunyai pangkat yang tinggi

     

    dengan mengambil kira faktor2 seperti kemungkinan2 kelemahan manusia, tamak dan dengki, dan motif (tujuan) khianat.

    Oleh itu Islam memerlukan bukti yang lebih daripada pengakuan sitertuduh semata2.
    Seandainya ada sebarang kecelaruan atau kecacatan - (walaupun teramat kecil) dapat dikesan dalam pengakuan itu, maka kes tersebut hendaklah dibuang dan si penuduh pula hendaklah dihukum. Ini bertujuan untuk memelihara masyarakat daripada fitnah dan adu-domba dengan berkesan.

    4. Tidak mengizinkan pihak pembela untuk memanggil dan mendapat penjelasan
    saksi utama iaitu perdana menteri. Saksi ini mengaku mempunyai bukti.


    1. Beliaulah yang mula2 memberi kenyataan umum bahawa si tertuduh adalah tidak bersalah

    2. Kemudian, beliau menekan dan berkali2 membuat kenyataan umum bahawa beliau amat yakin
      si tertuduh adalah bersalah.

    3. Beliau, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri ketika itu sudah tentu
      mempunyai maklumat dari semua polis dan lapuran2 perisikkan, kerana beliaulah ketua mereka.

    4. Beliau telah berjumpa, secara peribadi, dengan si mangsa dan saksi penting, En Azizan,
      bersama dengan saksi penting dalam perbicaraan yang pertama, iaitu Ummi Hafilda.

    5. Beliau merupakan ketua atau bos kepada si tertuduh dan beliau juga
      merupakan orang atas terdekat kepadanya selama 17 tahun. Jadi beliau adalah
      satu2 nya saksi keperibadian (character witness) kerana kes ini melibatkan
      nama, maruah dan keperibadian.

    6. Ayat Al Quran memerintahkan 


      iaitu tidak dibenarkan mana2 saksi untuk tidak membuat keterangan bila ia disuruh berbuat demikian. Sikap membisu ini merupakan satu halangan kepada keadilan - dan ini adalah satu dosa yang besar di sisi Islam.


    5. Pihak pembela tidak dibenarkan memohon, sedangkan ia sewajarnya diberi,
    agar "mangsa" dan saksi utama kes ini diperiksa oleh pakar perubatan untuk
    mengesahkan tanda2 diliwat.

    Bukti Pemeriksaan perubatan boleh menjadi faktor penentu dalam banyak kes. Ini penting kerana hasil lapuran pemeriksaan terhadap Sukma, salah seorang yg tertuduh, membuktikan, tanpa keraguan, bahawa tidak ada kesan2 liwat, yang mana ini bertepatan dengan kenyataannya bahawa beliau dipaksa mengaku oleh orang2 tertentu yang menggunakan kekerasan terhadap beliau.

    Pihak pendakwa kemudiannya menukar butir2 tuduhan bila fakta perubatan ini didedahkan dengan mengatakan En Sukma meliwat Azizan, dan tidak diliwat oleh sitertuduh yg pertama, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

    6. Ketiadaan bukti yang jelas dan tepat (spesifik) 
    pada tarikh yang dikatakan berlakunya jenayah tersebut.

    Saksi pihak pendakwa yang juga seorang "mangsa" menyatakan satu tarikh yang tidak dapat menjadi bukti sebagai alibi. Beliau kerap menukarnya, baik tahun mahupun bulan kejadian itu.

    Dalam sebarang mahkamah syariah yang adil, ini sudah memadai untuk mahkamah memutuskan kes tidak lekat dan saksi/mangsa tersebutlah yang sebenarnya bersalah kerana membuat fitnah 'Qathf'  .

    Malangnya mahkamah Malaysia boleh menerima satu tempoh yang menjangkau beberapa bulan dan menghalang pihak pembela hak untuk mendapat satu tarikh yang tepat.

     

    7. Saksi tercemar: Hal ini sudah jelas nyata, semasa perbicaraan, En Azizan
    mengaku bahawa beliau diajar oleh polis dan pendakwa supaya menukar tarikh2 seperti yg disebutkan di atas. Tidak ada fasal(usul) dalam Shari'a atau mahkamah sivil dapat menerima saksi seperti ini sebagai jujur dan benar serta boleh diterima-pakai (credible).

    8. Menakut2kan Pembela: Semasa perjalanan perbicaraan ini, hakim telah
    berkali2 mengugut pihak pembela dengan 'contempt of court', sehingga,
    pada satu ketika, hakim itu telah menjatuhkan hukuman kepada salah seorang
    peguam bela dengan alasan "contempt" ini.

    Pemerhati antarabangsa bersetuju bahawa pihak peguam bela telah menjalankan tugas mereka mengikut tata bicara profesyen guaman yang sah.

    Bagi Shari'a sebarang ancaman menakut2kan peguam bela adalah merupakan
    ancaman terhadap si tertuduh sendiri kerana peguam bela mewakili sitertuduh.


    9. Mengikut Shari'a, "penuduh" dan saksi utama (Azizan), sepatutnya
    tidak layak untuk menjadi SAKSI SELAMA-LAMAnya. Beliau SUDAH pun dihukum
    "berzina" sebelum ini.  


    .

    Al Quran sudah menyatakan perkara kesaksian ini dengan nyata dan spesifik 

    .


Berdasarkan hujah2 dan fakta2 Shari'a di atas, perbicaraan dan hukuman
yang dijatuhkan terhadap DSAI adalah memalukan Sistem Perundangan Malaysia dan
prinsip2 Keadilan. Ia telah mencemar nama baik Malaysia.

Hakim sepatutnya menegakkan prinsip2 dan nilai keadilan dan Shari'a serta
etika profesyen kehakiman dengan mengenepikan kes tersebut dari awal lagi.
Hakim2 seperti inilah yang disebut dalam Hadis Nabi (saw) :




iaitu dua dari setiap 3 hakim berakhir di dalam Api Neraka.

Kesimpulannya, mengikut pendapat Islam hukuman yang dijatuhkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, yang mensabitkan kesalahan jenayah liwat itu adalah tidak SAH. Dalam Shari'a beban untuk membukti adalah pada pihak pendakwa dan pada
pihak yang menuduh.  



kerana mereka gagal untuk membukti tanpa sebarang keraguan Hukuman seperti itu melanggar prinsip2 keadilan, undang2 Shari'a - baik dari segi isi mahupun kulit.

Ia adalah satu babak dan kes berat pelanggaraan Hak2 Kemanusian sitertuduh.

Dato' Seri Anwar Ibrahim sepatutnya diistiharkan tidak bersalah. Beliau sepatutnya dibebaskan segera dan pendakwa2 beliau lah yang sepatutnya dibicarakan kerana memfitnah dan mendusta untuk menjatuhkan maruah.




Di Tanda Tangan oleh

 

Dr. Shaikh Taha Jabir Al-Alwani
Pengerusi , Konsul Fiqah Amerika dan Kanada
Ahli, Konsul Fiqah Antarabangsa, Jeddah
Ahli, Konsul Fiqah Eropah
Ahli Perintis, Liga Muslim Se Dunia, Mekah
Presiden, Fakulti Islam dan Sains Sosial
Profesor, Imam Al-Shafii Chair, GSISS