Laman Webantu KM2A1: 2613 File Size: 18.1 Kb * |
HTMT 1: Langkawi Hilang Tanah Maruah Tergadai By Marhain Tua 23/8/2000 11:54 am Wed |
FOKUS KHAS: HTMT: HILANG TANAH, MARUAH TERGADAI
(Ihsan Utusan Pengguna Ogos 2000) LANGKAWI SIAPA PUNYA? Dapat dilihat golongan remajanya bebas melakukan maksiat seperti minum arak,
di mana saja yang mereka suka, malah di depan orang tua sekalipun, manakala
pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan begitu berleluasa,
menjadikan Langkawi sebagai sebuah pulau yang cukup bebas dalam semua hal.
Inilah antara harga yang terpaksa dibayar oleh penduduk langkawi khususnya
orang melayu untuk melihat Pulau Legenda itu membangun dan menjadi tumpuan
pelancong. Sejak kira-kira 10 tahun lalu, bukanlah suatu yang luar biasa arak dalam
pelbagai jenama dijual secara bebas di kedai-kedai runcit dan di kompleks
perniagaan terutama di Pekan Kuah. Penjualan arak seolah-olah tidak berbeza
dengan minuman ringan lain seperti cola dan kacang soya. Harga minuman
keras dalam tin misalnya, cukup laris kerana ia dijual dengan harga RM0.80 -
1.20 setin. Lebih murah lagi jika dibeli dalam jumlah yang banyak.
"Saya sendiri kerap melihat anak-anak muda Melayu minum arak sambil
menunggang motosikal. Mereka meneguk arak seperti minum air suam sahaja.
Mereka langsung tidak rasa segan, bersalah ataupun berdosa minum benda yang
diharamkan agama," keluh Zainab Hashim, 65 dari kampung Behor, Nyiur Cabang,
Langkawi. Bagi orang tua seperti Zainab, untuk memulihkan keadaan Langkawi perlu
dibawa balik ke zaman asalnya daripada dijadikan pulau bebas cukai seperti
sekarang agar generasi muda tidak tenggelam dan rosak akibat arak dan
berbagai gejala maksiat lain. "Masa makcik muda dulu, pulau ini memang bersih dari segala macam pengaruh
buruk. Hidup kami aman walaupun miskin, anak-anak kami baik, berbudi bahasa
dan mendengar kata, nak pegang botol arak pun mereka takut. Tetapi, sekarang
orang tua seperti makcik cukup bimbang melihat anak-anak dan cucu-cicit
hilang iman dan hanyut dalam keseronokan dunia. Tak taulah makcik apa akan
jadi kalau keadaan macam sekarang berterusan, "keluhnya.
Haji Ibrahim Drani, Ketua Kampung, Kampung Menghulu, Kuah, sependapat
deengan Zainab apabila bercakap mengenai gejala minum arak di kalangan
golongan muda di Langkawi. "Ia adalah sejenis penyakit yang dihidapi oleh
masyarakat Langkawi akibat taraf bebas cukai. Bebas cukai ini nampaknya
disalahanggap sebagai bebas dalam segala hal, termasuk menjadikan minuman
keras seperti air sejuk yang diminum sehari-hari," ujar Haji Ibrahim, kesal.
"Cuba bayangkan bentuk masyarakat langkawi di masa depan apabila anak-anak
mudanya sudah menerima arak sebagai minuman biasa dan minum di mana sahaja
tanpa segan silu lagi," tambahnya. Selaku Ketua kampung, Haji Ibrahim pernah menyuarakan kebimbangan beliau
terhadaap gejala itu kepada pihak berkuasa dalam pelbagai program atau
majlis yang memerlukan beliau hadir. "Bagi saya boleh bebas cukai, tetapi
jangan sampai bebas segala-galanya sehingga tidak ada lagi garis sempadan
di antara halal-haram. Malangnya sehingga ke hari ini masih belum ada
sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa, termasuk jabatan Agama untuk
membendung perkara ini secara bersungguh-sungguh.
PEMBANGUNAN LANGKAWI MENURUT PEMIMPIN "Kerajaan sudah melabur sebanyak RM1 bilion di Langkawi. Peruntukan
pelaburan ini dibuat tanpa memikirkan pulangannya kerana yang penting ialah
melihat Pulau Langkawi membangun." Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad Langkawi Perlu Bertaraf Dunia: "Kerajaan akan menukar Langkawi kepada pusat percutian dan persidangan yang
setaraf denan mana-mana destinasi percutian di dunia."
Tun Daim Zainuddin - Pengerusi Bersama LADA.
-NST, 28 Julai 1996. Hotel Bertaraf Bintang Jadi Ukuran Pembangunan:
"50 tahun dulu, tidak ada hotel lima bintang di Langkawi bermakna tidak ada
pembangunan di Langkawi. Kerajaan menyedari potensi Langkawi sebagai pusat
pelancungan lalu mengisytiharkan Langkawi sebagai Pulau Bebas Cukai. Status
Bebas cukai telah menarik pelabur-pelabur untuk membina banyak hotel dan
merebut peluang perniagaan. Bagi melancarkan proses pembangunan ini kerajaan
telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Alor Setar sebagai ibu
negeri Kedah pun tidak boleh menyaingi Langkawi. Tidak ada se buah pun hotel
lima bintang di Alor Setar, tetapi di Langkawi ada beberapa buah."
Datuk Seri Mahathir -NST 24 oktober, 1996.
Tanah Tidak Bernilai, Berbanding Dengan Barangan Berjenama:
"Sebuah pusat membeli belah (Taman Raya Dunia) dengan keluasan 160 hektar
akan dibina dengan kos RM150 juta di Langkawi. Pusat ini akan menawarkan
barang-barang berjenama dunia seperti Christian Dior, Gautier dan Estee
Lauder. Kewujudan pusat membeli-belah ini akan mengubah nasib 69 peneroka
tanah Felcra yang hanya berpendapatan RM500 sebulan menjadi anggota baru
kelas menengah Melayu dengan pendapat RM8,000-RM9,000 sebulan."
Datuk Annuar Musa - Melihat trend pembinaan rumah mewah seperti ini, timbul pertanyaan
mengapakah projek rumah kos rendah kurang diberi perhatian di Langkawi?
Permintaan untuk rumah tersebut sebenarnya tetap ada, kerana tidak semua
orang di Langkawi telah berjaya menjadi jutawaan atau kaya, daripada wang
penjualan tanah masing-masing. Masih ramai yang memerlukan rumah, termasuk
rumah sewa dengan kadar sewa yang berpatutan. Ketiadaan projek perumahan
untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah memang menimbulkan
masalah. Ahmadan Ismail dari Kuah berkata, generasi 1990-an di Langkawi, terutama
yang berpendapatan sederhana kini sedang berhadapan dengan masalah
mendapatkan rumah, termasuk rumah sewa yang dikenakan kadar sewa tinggi.
"Harga rumah sewa di Langkawi kini naik antara RM150 hingga RM200 sebulan.
Kadar sewa yang tinggi seperti ini memang tidak mampu dibayar oleh golongan
bependapatan sederhana. Pasangan yang baru kahwin juga tidak terlepas
daripada masalah ini, menyebabkan mereka terpaksa tinggal terus bersama ibu
bapa atau mentua," katanya. Sumber dari jabatan Pembangunan dan Penilaian Harta Benda Langkawi juga
mengakui wujudnya masalah tersebut. Menurutnya semenjak tahun 1992,
perumahan kos rendah tidak lagi dibina di pulau itu.
Sehingga 1992, projek perumahan kos rendah hanya terdapat di Taman Desa Ayu
dan Taman Kemboja, Kuah. Selepas itu pebinaan rumah kos sederhana,
kondominium dan pangsapuri lebih diutamakan.
Sumber itu menambah, antara alasan mengapa projek rumah kos rendah
dihentikan ialah kerana kos pembinaannya, termasuk kos pengangkutan
bahan-bahan binaan dari tanah besar ke pulau itu adalah terlalu tinggi dan
tidak menguntungkan. · Port Langkasuka - RM1 bilion. Bagaimanapun untuk tahun 1999 (tempoh paling mutakhir), daripada sejumlah
1,559,528 pelancung yang mengunjungi Langkawi hanya 12.4% (192,987) adalah
pelancong dari luar negara, iaitu 52,012 (Thailand), 32,730 (Singapura),
20,168(Australia) 14,775(United Kingdom) 9,394(Taiwan), 9,367(Jepun),
7,133(Indonesia), 4,157(Amerika Syarikat) 2,432(New Zealand) 4,186(Jerman) dan
1,572 (Kanada). Fokus Khas : Langkawi Bahagian 2 Pengambilan tanah dikatakan telah banyak mengubah sosio-ekonomi dan budaya
masyarakat Melayu di Langkawi. Bagi penduduk yang terbabit dalam pengambilan
tanah, mereka tidak ada pilihan lain melainkan menyerahkan sahaja
tanah-tanah yang mereka warisi untuk berbagai projek pembangunan di Pulau
Legenda itu. Seorang penduduk, Haji Ishak Ismail, 50 berkata mereka sedar bahawa proses
pengambilan tanah oleh kerajaan adalah proses jual beli tanah di antara
penduduk tempatan dengan seorang tokoh korporat Cina yang cukup terkenal di
pulau itu, manakala pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) hanyalah
menjadi orang tengah dalam proses jual beli tersebut.
"Pihak LADA, kami lihat hanyalah orang tengah dalam proses pengambilan
tanah. Hakikatnya kerajaan bukanlah mengambil tanah kami untuk
dibangunkannya, sebaliknya menjual tanah kami itu kepada tokoh korporat cina
tersebut untuk memajukan berbagai projek termasuk pelancongan," dakwa Haji
Ishak Ismail, yang kini menetap di Simpang Perana, Bukit Tangga.
Menurut Haji Ishak, jika diberi pilihan, rata-rata penduduk Langkawi tidak
mahu menjual tanah-tanah milik mereka kepada sesiapa pun termasuk kerajaan.
"Tetapi, dengan adanya Akta Pengambilan Tanah 1991, kami langsung tidak
diberi ruang untuk membuat pilihan. Sekalipun kami membantah, ia tidak
memberi apa-apa kesan, sebaliknya kerap ditolak mentah-mentah," katanya
mengingatkan bagaimana penduduk menghadapi dilema kehilangan tanah sejak
pembangunan Langkawi giat dilaksanakan.
"Memang ada perubahan apabila kami menerima wang pampasan hasil jualan
tanah. Dengan wang itulah kami membeli tanah lain untuk dijadikan tapak
rumah dan membina rumah dan wang selebihnya kami simpan untuk digunakan bila
perlu. Mungkin ada yang menganggap ada di antara kami yang sudah menjadi
jutawan, tetapi sebenarnya kebanyakan kami masih meneruskan kerja seperti
dulu. Saya sendiri masih pergi ke laut untuk mencari nafkah," tambah Haji
Ishak. Tetapi, menurutnya, hasil yang diperolehi penduduk tidaklah sebanyak mana
jika dibandingkan dengan keuntungan besar yang dikaut oleh para pelabur yang
terbabit dalam pembangunan di pulau itu. "Soalnya mengapakah kami tiak
diberi peluang untuk membangunkan sendiri tanah-tanah kami? Mengapakah hak
milik tanah-tanah kami ditukarkan? Apa salahnya kalau kami dijadikan rakan
kongsi dalam pembangunan berasaskan pemilikan saham menurut nilai keluasan
tanah yang kami miliki? Haji Sidek menjelaskan bahawa dia dan penduduk yang pernah menentang
tindakan pengambilan tanah itu telah tidak diberikan penjelasan yang
memuaskan oleh pihak berkenaan mengapa peluang mereka untuk berkongsi
pembangunan di Langkawi disekat. "Kami tidak diberi pilihan sebaliknya kami diminta berkorban jika mahukan
proses pembangunan berlaku di tempat kami."
"Cuba lihat apa yang terjadi kepada projek-projek pembangunan yang
dijalankan di atas tanah-tanah milik kami dahulu. Adakah ia benar-benar
berjaya atapun sebaliknya?" tanya Haji Sidek.
Haji Sidek tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bahawa taraf
hidup penduduk telah berubah apabila mereka menerima wang pampasan yang
mencecah sehingga jutaan ringgit. Baginya apa yang pasti apabila pemilikan
tanah berpindah tangan, penduduk tidak lagi ada hak untuk campur tangan
dalam proses pembangunan yang telah dikuasai pihak luar. Namun bagi haji
Zainal Hashim, 60 dia melalui pengalaman pahit setelah menerima wang
pampasan hasil penjualan tanah. "Pampasan yang saya terima memang banyak sehingga jutaan ringgit. Selepas
mendapatnya saya terus membeli tanah untuk tapak rumah, membina beberapa
rumah sewa dan membeli beberapa pintu rumah kedai di pekan Kuah.
"Sebanyak sepuluh lot rumah kedai yang saya beli, di mana tujuh lot dengan
menggunakan wang pampasan dan tiga lot melalui pinjaman bank. Pembelian
rumah kedai di Pekan Kuah adalah atas nasihat banyak pihak yang memberi
keyakinan kepada saya Langkawi akan muncul sebagai kawasan perniagaan dan
perdagangan yang berdaya maju," jelas Haji Zainal.
Menurut Haji Zainal sehingga ke hari ini tidak ada satu pun rumah kedai
dapat disewakan kepada orang. Lebih buruk lagi apabila tiga lot rumah kedai
yang dibelinya melalui pinjaman bank masih terbiar sehingga ke hari ini.
"Tetapi yang murah itu hanyalah barangan seperti arak, rokok, pinggan
mangkuk, coklat dan lain-lain. Adakah barangan tersebut suatu keperluan
harian yang membolehkan kita benar-benar menikmati taraf bebas cukai
Langkawi? Harga kereta mewah, juga memang agak murah di Langkawi, tetapi
"apalah gunanya ada kereta seperti itu, kalau ia hanya dapat dipandu dalam
jarak 40-50 km. sahaja berkeliling pulau," kata Ustaz Ghani lagi.
|