Laman Webantu KM2A1: 2610 File Size: 28.0 Kb * |
KTLBELB: 25 Yang Terpukau Dan Terpaku By Marhain Tua 22/8/2000 7:40 am Tue |
Siri KTLBELB: Kalau Tak Larat Bersilat Elok Lagi Bersila
YANG TERPUKAU DAN TERPAKU Antara Kawan dan Lawan Sejak Mr. Lee muncul, ada satu kenyataan Mahathir yang
dilaungkan berkali-kali oleh beberapa menteri kabinetnya.
Topik kenyataan itu adalah mengenai kecaman-kecaman yang
hebat-hebat diterima oleh kerajaan Mahathir daripada negara
luar dan juga masyarakat antarabangsa. Inilah kecaman yang
ditumpukan kepada keputusan mahkamah yang dihakimi oleh
Ariffin Jaka ke atas kes Anwar Ibrahim hingga menjebak
beliau untuk merengkok selama sembilan tahun lagi.
Tetapi, kenapakan Mahathir mencemuh balik dengan berkata;
"Sekarang kita tahu siapa kawan dan siapa lawan." Apabila
terdengar kenyataan Mahathir itu ramai rakyat negara ini
yang berkata: Dasar seorang pengecut dan mahu terus
membalun harta negara. Sepatutnya Mahathir harus bersyukur
kepada Allah kerana masyarakat antarabangsa tidak
melancarkan kempen memulaukan Mahathir dan setiap menteri
kabinetnya. Kalau masyarakat antarabangsa mahu, mereka
boleh melancarkan satu kempen agar diadakan sekatan laksana
'Apartheid' terhadap kerajaan Mahathir. Mereka mempunyai
alasan yang baik setelah mengikuti cerita bagaimana Vincent
Tan menggula-gulakan Eusoff Chin dan Mokhtar Ahmad di luar
negara. Yang lebih menjijikkan rakyat negara ini ialah
cara Vincent Tan dan peguam peribadinya memukau Eusoff Chin
dan Mokhtar agar terus terpaku kepada kewibawaannya dalam
segala hal berkaitan dengan perniagaan dan peribadinya di
mahkamah. Keupayaan Vincent Tan memukau Eusoff Chin dan Mokhtar Ahmad
sepatutnya menjadi satu tamparan hebat kepada orang Melayu
secara keseluruhannya dan pada rakyat Malaysia secara
amnya. Lihat, Tan Seri Vincent Tan mampu memperbodohkan
orang Melayu melalui dua peguam yang mempunyai pangkat
tertinggi dalam bidang profession mereka di negara ini.
Bagimana pula dengan persahabatan Vincent Tan dengan
Mahathir? Sebenarnya orang Melayu di Lembah Kelang amat
meluat dengan Vincent Tan kerana mereka tahu akan asal
usulnya. Tetapi, apabila melihatkan cara beliau mampu
mengawal minda Melayu melalui keakrabannya dengan Mahathir
dan para jongosnya, Melayu Lembah Kelang merasa curiga
sampai bilakah Cina yang satu ketika dulu menjadi penjual
insurans ini mampu mengawal minda pemimpin Melayu dalam
UMNO? Ramai yang berpendapat, cengkaman Vincent Tan
terhadap Mahathir sudah menular begitu dalam kerana adanya
proksi khas beliau yang kini menjadi Setiausaha Kerja UMNO.
Melalui Tengku Adnan, Vincent Tan mampu mengawal minda
keseluruhan pemimpin UMNO di negara ini.
Ada seorang kawan daripada Singapura yang bertanya kepada
saya; "Kenapakah Mahathir amat mudah terpesona dengan
segelintir peniaga China yang tidak berwibawa?" Lihat pada
Vincent Tan, katanya, di Singapura orang akan tertawa
apabila mendengarkan namanya. Begitu juga kalau mendengar
nama Tan Sri Ting ataupun YTL ataupun Eric Chia. "Kami
orang Cina di Singapura tentu tidak akan memberi muka
kepada nama-nama yang disebutkan ini, kerana mereka adalah
'opportunist' yang hanya tahu membalun harta rakyat tanpa
mahu memberi balik kepada rakyat." Saya tidak tahu
memberikan jawapannya kerana saya fikir perkara seperti ini
eloklah kita kemukakan kepada orang UMNO kerana ramai yang
bergantung harap kepada manusia seperti ini. Bahananya,
Perwaja sedang nazak, orang Langkawi semakin azab
hidupnya, ramai pegawai kerajaan yang mengeluh dengan
kebiadaban ahli koporat Cina yang lain yang menompang kasih
sayang Mahathir terhadap mereka. Ironisnya, setiap kali
Mahathir bercakap dengan orang Melayu dia selalu cakap
besar betapa dia memberi keutamaan kepada pelajaran agar
orang Melayu berpendidikan tinggi untuk menerajui negara.
Tetapi, cuba lihat kepada semua orang Cina yang berada di
keliling pinggangnya. Apakah kelulusan Eric Chia, Ting
(tauke ekspot batang penyapu), Vincent Tan, Abdullah Ang
dan banyak lagi itu. Di universiti manakah mereka pernah
belajar? Perkara semacam inilah yang membuatkan orang
Melayu di Langkawi tidak dapat memaafkan Mahathir. Mereka
merasa tertipu dengan segala perancangannya di pulau itu.
Mungkin Aminsapiro dan rakan penulis siber yang lain boleh
menulis lanjut akan hal ini satu hari nanti.
Sebagai perbandingan kini kita disogokkan dengan satu
nama baru dalam dunia politik. Namanya ialah Dr. Mohamad
Khir bin Toyo, seorang wakil rakyat yang masih belum puas
diulit mimpi indah sejak menang pemilu ke-10 dulu. Saya
ingin merakamkan tahniah kepadanya. Cuma, saya ingin
mengambil kesempatan agar beliau terus ingat apa jadi pada
tahun 1986 ketika dia meraih simpati daripada masjid dan
surau untuk mencari wang mengongkosi pelajarannya. Yang
lebih penting dia mesti ingat, siapakah Menteri Besar
Selangor ketika itu. Jangan pula, satu hari nanti kita
terdengar Mohamad Khir Toyo melarikan 7.2 kilo wang ke luar
negara untuk menandingi apa yang dilakukan oleh bekas
Menteri besar itu. Singapura: Kawan ataupun Lawan Mr. Lee pernah disoal apakah Singapura bersifat kawan
ataupun lawan dengan Malaysia. Mr. Lee menjawab cepat,
"Kawan, kerana keakraban antara pemimpin yang terjalin
begitu lama." Tetapi, mampukan Mahathir memaafkan Mr. Lee
dengan pendedahan bagaimana Mahathir menjawab soalannya
terhadap Anwar? Rupanya Mr. Lee pernah menegur Mahathir
terhadap cara dia menangkap Anwar dan mengenakan Akta
drakonian setelah melebamkan matanya. Nampak sangat
bagaimana Mahathir telah berbohong dan menuduh Rahim Noor
bertindak tanpa pengetahuannya. Malahan sudah ada kini
desas-desus betapa Mahathir pernah merestui perbuatan Rahim
Noor membelasah Anwar sehingga lebam matanya.
Mr. Lee memang merasa mual dan getek terhadap kelakuan
Mahathir seperti yang telah didengarnya selama ini dan
seperti yang didapatinya semasa lawatannya. Sebagai
seorang menteri kanan Singapura, Mr. Lee adalah satu
'icon' di rantau ini. Dia berundur daripada arus perdana
politik dengan terhormat. Kini dia melayari kehidupan
sambil berpolitik secara sambilan dengan terhormat.
Di mana sahaja dia pergi Mr. Lee diberikan status
negarawan yang unggul kerana demikianlah taraf yang
dirangkulnya ketika dia cergas berpolitik dulu. Tetapi,
bagaimana dengan Mahathir? Dia tidak mampu melepaskan
jawatan politiknya dengan terhormat. Yang lebih
menyedihkan dia akan berundur diri dengan suasana yang
amat memualkan. Hidupnya selepas dia tinggalkan dunia
politik akan merupakan satu kehidupan yang penuh kesunyian.
Bayangkan sekarang ini pun (malahan sejak dulu lagi) sudah
ada insan yang berani menunggu dia mati untuk menaburkan
air kencing di pusaranya. Kita tahu perbuatan itu tidak
akan berlaku (minta dijauhkan Allah) tetapi, apabila ugutan
seperti itu sanggup dilakukan terhadap seorang ketua
negara, apakah agaknya dosa beliau sebenarnya?
Kita mesti ingat, Mahathir cuba menonjolkan dirinya setelah
Mr. Lee melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri
Singapura. Perkara ini berlaku kira-kira sepuluh tahun
yang lalu. Sebelum itu Mahathir tidak menonjol sangat
kerana ketokohan dan populariti Mr. Lee sebagai seorang
negarawan yang unggul. Bayangkan betapa dia mampu
menjadikan Singapura (sebuah negara kepulauan) menjadi
salah sebuah negara terkaya di dunia. Tanpa sebarang sumber
hasil bumi yang setara dengan apa yang ada di bumi
Malaysia, Mr. Lee mampu menaikkan ekonomi Singapura ke satu
taraf yang tinggi sehinggakan Singapura mampu menjadi
negara peminjam di dunia ini. Kepintaran Mr. Lee ini
terserlah setelah beliau berjaya mempengaruhi Amerika agar
membiayai kilang penapis minyak di kepulauan berdekatan
(seperti Pulau Bukum) bagi minyak keluaran Timur Tengah.
Dari usaha ini Singapura menjadi satu pulau yang memberikan
khidmat perkhidmatan seluruh dunia.
Sebaliknya apa yang telah dilakukan oleh Mahathir? Hasil
bumi negara yang sungguh lumayan habis dikebasnya
sehinggakan kini (seperti yang dilaporkan di akhbar)
Malaysia terpaksa meminjam daripada pasaran dunia untuk
memenuhi keperluan kecairan negara yang amat mendesak.
Keperluan Malaysia untuk meminjam itu berlaku ketika negara
sedang menerima lawatan Mr. Lee Kuan Yew. Apakah agaknya
yang difikirkan oleh Lee setelah mengetahui hal ini?
Bagaimanakan agaknya jawapan beliau kalau disoal
pendapatnya mengenai hal ini? Tentu dia mampu tersenyum
sinis sambil terbayangakn bentuk dua menara kembar yang
berbentuk 'H' sedangakan tidak jauh dari situ tercacak
menara Kuala Lumpur yang sepatutnya tidak perlu dibina.
Tentu dia terbayangkan masjid yang bersebelahan bangunan
perdana menteri di Bandar Airmata Rakyat (BAR) yang hanya
mampu menggamit sekitar dua puluh insan bersolat Maghrib di
hujung minggu? Apabila dia teringatkan pula Mahligai
Airmata di BAR itu, tentu dia tidak mahu memberikan
jawapannya kerana menjaga hati seorang kawan.
b) Perasaan Kesal: Perkara ini tentu diperkuatkan lagi oleh Mahathir dengan
menonjolkan cerita Al Maunah di Bukit Jenalik. Kemudian
diperkuatkan lagi dengan lakonan semula cara menymbat
senapang dan peluru dalam tiga pajero di KEMENTAH.
Kemudian, galaknya berita betapa PAS dan segala "taktik
buruk kerajaan PAS di Terengganu dan Kelantan" yang
bersangkutan dengan pengendalian masjid dan surau di sana.
Semua itu yang diberi ruang yang luas dalam akhbar perdana
adalah usaha Mahathir untuk memperlekehkan PAS. Apakah Mr.
Lee termakan umpan itu? Kalaulah itu rencana Mahathir untuk mengelirukan PAS, dia
sudah gagal segagalnya. Berita penangkapan Tian Chua dan
Malik Hussin dan bagaimana Tian Chua dibaham dalam lokap
tanpa sebarang bukti yang sah akan kesalahannya, sudah
mampu membeliakkan mata Mr. Lee terhadap sikap Mahathir
dalam memerintah Malaysia. Apabila Lee Rijek (Reject) PAS Kalau saya menjadi Mr. Lee dan disoal untuk memberi komen
tentang lakonan menyusun senjata dalam tiga pajero itu,
saya akan menjawab:
"Kenapa tidak diadakah satu pertandingan antara
kompeni dan batalion untuk menadapatkan masa terpantas.
Selepas itu adakan pula upacara tahunan peringkat negara
dan juga ASEAN. Bukankah canggih teknik itu?"
Tentu Mr. Lee ada bertanya kepada Mahathir: Bagaimanakah
negara kaya seperti Malaysia akhirnya menjadi negara yang
perlu meminjam-minjam daripada dunia luar? Mr.Lee tentu
sudah faham sangat apakah sebab yang utama membuatkan
Mahathir menyingkirkan Anwar Ibrahim. Sanggupkah Mahathir
menjawab betapa dia sudah membalun khazanah negara lebih
Dua Bilion untuk membantu perniagaan anak-anaknya?
Rakyat Malaysia memang hormat Mr. Lee. Tetapi, rakyat
Malaysia terutama sekali orang Melayu masih ingat betapa
ahli warisan Raja melayu di Singapura terpaksa datang
merempat ke Malaysia kerana Mr. Lee gagal melakarkan satu
asas bagaimana kerajaan pimpinannya dulu patut menghormati
hak warisan raja-raja Melayu itu. Sepatutnya sebagai salah
sebuah negara terkaya di dunia, Lee mampu melakarkan satu
plan di mana sukusakat Raja Husin diberikan keistimewaan
untuk menjadi satu kumpulan Melayu yang maju, malahan lebih
maju daripada warga istana di Malaysia ini. Namun demikian,
kita akan berlaku tidak adil kepada Lee di atas kedaifan
cara hidup warisan istana di Singapura. Mereka pada tahap
awalannya sudah mampu mendapatkan bantuan masyarakat isana
di Malaysia ini, dulu. Kini, Mr. Lee sudah pun pulang ke Singapura. Mahathir tentu
terfikir betapa pertemuannya yang singkat itu membawa
seribu kenangan kepada Lee, tetapi seribu persoalan baru
yang ada pada Mr. History itu. Tentu banyak pendapat dan
pandangan Lee yang telah diberitahu kepada Mahathir. Kalau
Lee mampu bercerita panjang dengan wartawan sebelum beliau
berlepas ke Singapura, tentu banyak pandangan Lee mengenai
Anwwar yang diceritakannya kepada Mahathir. Soalnya
sekarang, apakah sebenarnya muslihat kedatangan Lee ke
Bandar Air Mata itu. Apakah dia datang untuk diulang-pukau
oleh seorang diktator tua, ataupun dia datang untuk
melakukan kerja-kerja memukau dan memaku Mahathir agar
mengikut telunjuk kerajaan Singapura, kali ini. Jika tidak,
pasaran BSKL akan terus merudum, aliran wang tunai ke
Malaysia akan terus berkurangan dan kemasukan pelancung
daripada Singapura akan dicatu. Mengikut sejarah, Mr. Lee gemar melakukan beberapa 'ugutan
lembut' seperti itu terhadap Mahathir. Dia tahu dan
kerajaan Singapura pun sudah lama sedar, sekarang ini
Mahathir berada pada tahap di mana dia perlu akur apa saja
dengan pemimpin jirannya. Asalkan dia dapat terus berkuasa
sebagai seorang diktator tua selagi nyawa masih lagi
sanggup berada pada jasadnya. Hanya Allah yang mengetahaui,
betapa dalam lawatan Mr. Lee kali ini untuk berunding
dengan mahathir, siapakah sebenarnya yang memukau siapa dan
siapa pula yang terpaku kerananya. Malahan, tentu mereka
ada berjenaka, bila pula akan berjumpa lagi dan kalau
berjumpa di mana? Apa yang sedang dihadapi oleh Mahathir baik di negaranya
sendiri mahupun di pentas antarabangsa bukannya satu berita
baru kepada Mr. Lee Kuan Yew. Sebagai seorang menteri kanan
kepada sebuah republik yang menggunakan khidmat Mossad
(perisik Israeel) Mr. Lee sudah tentu mendapat maklumat
yang luas tentang kewibawaan Mahathir dan masalah yang
sedang dihadapinya. Lawatannya ke Kuala Lumpur itu hanya
satu lawatan simbolik untuk meng-sah-kan apa yang
diketahuinya secara bersurat. Mahathir pun tahu, apa yang
dia fikir Mr. Lee sudah lama tahu. Adalah sesuatu yang
tidak mustahil kalau ada di antara mereka berdua itu yang
sudah berfikir siapa yang akan mula kaku dulu selepas
perjumpaan itu. Marhaintua 18 Ogos 2000. |