Laman Webantu KM2A1: 2603 File Size: 9.2 Kb * |
Apakah Mahathir Ada Pilihan Lagi? By Amin Sapiro 21/8/2000 7:51 pm Mon |
APAKAH MAHATHIR ADA PILIHAN LAGI? KEHEBATAN seseorang ahli politik bukan kerana kuasa yang diragutnya
dari tangan rakyat, tetapi keterampilannya dalam konteks nawaitu didalam
rohaninya untuk membela rakyat. Itu pandangan saya.
Saya terpanggil membaca saranan YB Datin Seri Wan Azizah, isteri DS
Anwar Ibrahim (bekas TPM dan Menteri Kewangan yang dijadikan ?tawanan
pilitik? oleh Dr. Mahathir). Sebagai Presiden parti KeADILan yang
menganggotai pembangkang Barisan Alternatif dan penyambung wadah DS
Anwar Ibrahim - ?Bapak Reformasi? di negara ini; kenyataan YB Datin Seri
Wan Azizah yang tidak bersetuju dengan tindakan tekanan ekonomi kerajaan
Australia terhadap Malaysia, boleh ditafsirkan sebagai ?seorang ibu
mengorbankan dirinya demi kesejahteraan anak-anaknya?.
YB Datin Seri Wan Azizah lapurkan sebagai berkata, bahawa beliau tidak
bersetuju dengan sekatan perdagangan atau pengkajian ke atasnya. Beliau
berkata, ?Adalah tidak baik mewujudkan ketegangan hubungan?.
Rumuskan pandangan beliau: Sekatan seperti itu tidak akan menjejaskan
Mahathir dan Kroninya yang kaya raya. Sebaliknya, rakyat biasa yang
menyokong pergerakan Reformasi akan menanggung kesulitan. Keadaan itu
akan memberi regim Mahathir suatu kekuatan untuk meningkatkan gugatan
dan intimidasi terhadap mereka. Mereka telah dinafikan pelbagai hak, kata
beliau. Dari sini kita nampak betapa bertentangan falsafah pentadbiran sebuah regim
yang diwujudkan oleh Diktator seperti Mahathir dengan seorang berjiwa
?statemen? yang prihatin seperti YB Datin Seri Wan Azizah.
Dari apa yang dilihat rakyat dan pemimpin sebagaian besar dunia maju, Dr.
Mahathir tidak peduli kepada nasib buruk yang ditanggung rakyat atas
sebab karenah aib lagi busuk beliau memperlekeh undang-undang negara
dengan memaksa hakim-hakim menjadikan Anwar sebagai ?political
prisoner?. Dunia nampak bagaimana Dr. Mahathir menggunakan kuasa, ugutan dan
rasuah keatas semua pihak supaya penglibatan beliau sebagai ?pelindung
aktiviti rasuah? para menteri dan pemimpin UMNO/BN serta kakitangan
awam atasan (seperti Abol Ha#san) yang telah didedahkan ooleh rakyat.
Kini, Mahathir yang makin terdesak TELAH cuba mewujudkan pelbagai
agenda ?MENGALIH TUMPUAN?, yang boleh ditafsirkan sebagai
?meletakkan sebuah negara berbilang kaum dalam keadaan bahaya
sentimen perkauman yang sangat membahayakan?.
Isu Al-Ma?unah dan agenda regim Mahathir membesar-besarkan peristiwa
(kununnya) pembunuhan 2 orang indvidu bukan Islam oleh sekelompok
?kumpulan seni mempertahankan diri? yang beragama Islam, dan
keghairahan Mahathir mengaitkannya dengan PAS - mujur baik telah
dikesampingkan rakyat yang rasional sebagai ?sandiwara? yang boleh pula
diulang tayang. Terdengar pula drama ?DEMO HARAM? yang dilakukan oleh Pemuda
UMNO sebagai membantah saranan seorang taukeh Cina (bernama David
Chua) yang kununnya mempersoalkan hak istimewa orang Melayu. Pun,
rakyat sudah makin nampak bahawa Dr. Mahathir makin jelas mahu
mensetarafkan dirinya sebagai yang tercatat dalam Aesop Fables Barat
bertajuk ?Gembala Kambing dengan Serigala?.
Rakyat sudah makin tahu sekarang, sekiranya Dr. Mahathir masih berpaut
kepada ?kuasa diluar ruang yang diizinkan Perlembagaan dan
undang-undang?, satu hari nanti negara ini akan jadi ?Negara Pisang?..!!
Rata-rata rakyat bersetuju dengan saranan YB Datin Seri Wan Azizah
supaya John Howard, PM Australia memikirkan sekatan ekonomi yang
dipertimbangkan mereka. Hematnya, tindakan sekatan itu tidak akan menjadikan Dr. Mahathir yang
tidak peduli apa akan jadi kepada rakyat asalkan dirinya, harta rakyat yang
dirompak oleh anak-anak dan suku-sakat dan Kroni politik dan proksi
peniaganya, dari berlembut. Mahathir yang memang seorang berperibadi ?licik dan hodoh?, tidak akan
mepedulikan maruah dirinya. Beliau diduga akan mengggunakan semua
kesempatan yang ada untuk berlaku lebih kejam dan aniaya terhadap
pemimpin yang berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. Mereka akan
difitnah, diugut dan dipaksa sebagai lazimnya oleh regim Diktator sezalim Dr.
Mahathir. Contoh terhampir yang akan kekal didalam minda rakyat 1000 tahin lagi,
ialah bagaimana Datuk Seri Anwar menjalani pelbagai penyiksa zahir batin
sebagai ?banduan politik? Mahathir - semata-mata Mahathir menwujudkan
?team Konspirasi? kayak GESTAPO Hitler!!
Rakyat hanya mahu Mahathir merasa tertekan supaya berbalik kepangkal
jalan dan memilih samada mahu jadi ?manusia berperikemanusiaan? atau
?haiwan di belantara?!! UMNO/BN adalah batu loncatan Mahathir untuk melonjak mencecah awan.
Malangnya Mahathir lupa bahawa makin tinggi beliau melonjak makin beliau
gayat tergamam melihat kebawah. Kerana, kebanyakan orang tidak takut
jatuh, cuma takut bila waktu punggungnya terhentak ke bumi yang keras -
boleh patah remuk seluruh tulang-tulangnya!!
Dr. Mahathir tidak bersedia untuk itu. Tulang-tulang usang beliau sudah
makin reput!! Apakah Mahathir ada pilihan lagi? Berapa lama beliau mampu
bertahan lagi? Fwd: By TONY PARKINSON 2000-08-19 Dr Wan Azizah, wife of jailed political leader Anwar Ibrahim, hopes to meet
Prime Minister John Howard during a visit to Australia in October.
Malaysia's leading dissident, Dr Azizah has become the symbol of the
Reformasi movement's campaign of opposition to the government of Prime
Minister, Dr Mahathir Mohamad. Her visit will create a diplomatic dilemma for
the Howard Government, risking a further deterioration of relations with Kuala
Lumpur if senior ministers meet her.
Australia was among Western governments to receive a stern protest note
from Malaysia after Mr Howard and Foreign Affairs Minister Alexander
Downer joined an international attack on the legal processes that led to last
week's sentencing of Anwar to a total of 15 years in prison for alleged sexual
misconduct. Dr Azizah told The Age she welcomed the international community's support
for the campaign to free her husband, who claims to be the victim of a
political conspiracy orchestrated by Dr Mahathir.
However, she does not favor trade reprisals or other sanctions. "It is not
good to have these strained relations," she said.
Dr Azizah said that although a proper dialogue between Canberra and Kuala
Lumpur should include an acceptance of the capacity to make criticism
when necessary, Australia had already "copped a mouthful" and she
doubted the acrimonious exchanges were hurting Dr Mahathir domestically.
"Of course, the judiciary and the processes involved (in her husband's trial)
showed a lot of flaws, and I think it is right for the international community to
defend what are supposed to be international standards of law, without
boundaries. "But I don't want to see our economy suffer, with sanctions and all that. The
wealthy people will not suffer. It is the ordinary people on the street, many of
whom are our supporters, who will suffer."
She also said she did not want to give the Mahathir Government any
excuses to intensify a campaign of hara#sment and intimidation against her
supporters. "They are already being denied promotions, they are denied contracts, and
business opportunities," she said. Dr Azizah's teenage son - one of six children - is boarding at a college in
Melbourne's western suburbs. This story was found at: |