Laman Webantu KM2A1: 2595 File Size: 5.2 Kb * |
Terjemahan: Akhlak Tidak Senonoh Yg Menggugat Pemimpin Negeri Lain Pul By Marhain Tua 20/8/2000 9:34 am Sun |
MGG56 AKHLAK TIDAK SENONOH YANG MENGGUGAT PEMIMPIN NEGERI LAIN PULA
(MGG: Private Morals Threaten Yet Another State Leader)
Sikap membuka pintu gerbang yang mendedahkan akhlak songsang sedang
menghantui Perdana Menteri kerana dia tidak akan mampu menutup balik pintu
itu. Menteri Besar Selangor Dato' Seri Abu Ha#san Omar terpaksa meletakkan
jawatannya disebabkan hubungannya dengan adik-ipar beliau yang menghasilkan
seorang anak yang kini sudah pun berusia sebelas tahun. Tentu sekali perkara
ini menjadi satu isu politik setelah jatuhnya hukuman ke atas Anwar Ibrahim.
Cerita seperti yang berlaku ke atas Abu Ha#san memang merupakan makluman
umum hampir dua dekad yang lalu. Tetapi, mereka berdiam diri sahaja kerana
berpendirian bahawa hal peribadi seseorang itu adalah haknya semata-mata.
Satu ketika dulu seorang ketua menteri menjalinkan hubungan sulit dengan
seorang gadis bawah umur. Musuh politiknya tidak mampu menggegarkannya,
walaupun dia terpaksa melepaskan jawatan. Keadaan sudah berubah sekarang
ini. Satu kempen fitnah yang terancang di mana beberapa artikel disiarkan
di sebuah akhabar luar negara yang menyerupai surat layang telah menghenyak
Abu Ha#san. Apatah lagi apabila perkara ini diperkokohkan oleh sokongan
simbolik yang dilakukan oleh pemegang jawatan yang sama yang telah
digantikannya. Yang digantikannya itu tersingkir disebabkan perbuatan
membawa keluar wang secara tidak sah. Perdana Menteri mesi membuat penilaian semula akan kaedah melantik menteri
besar dan juga ketua menteri. Dia harus memberikan kuasa itu kepada majlis
undangan negeri untuk melakukannya agar orang yang dilantik itu mendapat
kepercayaan dan sokongan para ahli dewan. Perkara ini mungkin
menggusarkannya kerana akan munculnya seroang pemimpin yang tidak
disenanginya. Setidak-tidaknya pemimpin seperti itu boleh dihormatinya.
Sekarang ini disebabkan kuasa memilih itu terletak di tangannya, majlis
undangan negeri itu kehilangan wibawa kerana lagak para ketua menteri dan
juga menteri besar yang bersikap seorang pengganti maharaja (wizurai).
Setiap kali berlkaunya krisis yang melibatkan seorang menteri besar atau pun
ketua menteri, ia berlaku disebabkan kuasa yang ada pada perdana menteri
untuk membuat lantikan itu. Kaedah ini memang nampak licin selagi dominasi
UMNO masih wujud. Tetapi, keadaan sudah berubah kini. Setiap lantikan
Perdana Menteri yang tidak disenangi oleh dewan undangan negeri akan
menghadapi tentangan. Tidak semestinya perkara ini disebabkan oleh kaum
hawa. Kalaulah perkara itu disebabkan oleh seorang wanita, orang yang
berkenaan tentu akan dipecat lebih cepat daripada masa yang diambil untuk
memikirkan siapa pula yang akan menggantikannya. Apa yang telah berlaku di
Selangor tidak semestinya sesuatu yang khusus dan luarbiasa kepada negeri
itu sahaja. |