MGG55
ROMPAKAN SENJATA DI GERIK YANG SEMAKIN PELIK
(MGG: The Grik Arms Heist: Curiouser And Curiouser It Becomes)
Rompakan senjata di Gerik semakin pelik, kini. Kementah (Kementerian
Pertahanan) telah pun selesai melakukan satu sessi pengiklanan untuk
memuatkan 97 laras raifel, 13,000 butir peluru pelbagai kaliber, 180 kotak
megesin M016, 5 batang pelancar grened M203, senjata GPMG (General Purpose
Mechine Guns), tripod, kotak peluru dan beberapa alata ketenteraan yang
laain telah dimuatkan ke atas 3 buah Pajero berkuasa 4 roda. Semuanya itu
dilakukan dalam masa 4 minit sahaja. Demikianlah berjayanya usaha
pengiklanan itu sehinggakan Dato Najib Tun Razak mampu mempersona Mr. Lee
Kuan Yew dengan berita itu seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam satu
sidang akhbar pada hari Rabu yang lalu. Empat minit, demikian bangganya
beliau mengulanginya. Tetapi, aksi itu dilakukan dis siaang hari setelah
menjalani latihan bertubi. Kalaulah Kementah mahu melakukan sesuatu yang
meyakinkan ia sepatutunya dilakukan di subuh pagi secara senyap-senyap dan
penuh ketangkasannya. Empat minit memang tidak mencukupi. Lainlah kalau
'penjenayah' itu telah melakukan latihan tubi berminggu-minggu seperti yang
telah dijalani oleh para anggota tentera yang melakonkan aksi itu di
hadapan para wartawan dan juga pegawai Mitsubishi. Apatah lagi dengan
keadaan terang benderang di tengahari dan bukannya dengan kecerahan subuh
waktu 0530 pagi.
Sessi lakon semula itu adalah sesuatu yang dianggap 'sub-judice'. 29 orang
yagn terbabit dalam kes itu sedang menghadapi tuduhan menderhaka terhadap
negara. Seaptutnya hanya hakim yang boleh mengarahkan lakonan semula itu
secara 'in-situ' (di tempat kejadian). Itupun apabila kes itu sedang
dilansungkan. Kes pendakwaan belum pun bermula. Kenapakah kabinet
mengarahkan lakonan semula rompakan itu, yang sudah tentu memperlekehkan
instituti ketenteraan sahaja? Apakah semua itu untuk menolak pelbagai versi
yang akan disebut oleh setiap tertuduh di mahkamah nanti? Pihak berkuasa
telah pun merampas sepucuk surat yang telah ditulis oleh salah seorang
tertuduh kepada bapanya yang telah memberi kiasan betapa adanya pembabitan
pihak yang berkuasa dalam kes ini. Nampaknya, bekas pegawai tentera itu
telah diberi arahan untuk melakukan rompakan kepada kem tentera dan juga
ibupejabatnya untuk menguji keupayaan keselamatan dan pertahanannya .
Segala kelengkapan senjata yang dirompak itu adalah untuk menguji kesedian
perang. Gamaknya, itulah yang dilakukan oleh mereka di Bukit Jenalik itu
apabila mereka ditahan dan ditangkap dan kemudiannya dituduh kerana
menderhaka.
Belum diketahui lagi siapakah (jembalang? -MT-) yang membuat semua itu.
Versi pihak kerajaan semakin tipis saban hari. Pada mulanya pihak kerajaan
telah mempalitkan isu kumpulan fundamentalis Islam dalam perkara ini. Di
waktu yang sama kerajaan menolak satu perdebatan dalam hal ini. Malahan
kerajaan tidak berasa senang dengan pendapat yagn bercanggah daripada
keputusannya. Apa yang dimahukannya ialah segala yang dinyatakan oleh
kerajaan itu adalah semuanya benar. Tetapi, era di mana kerajaan mampu
meraih kesetian membuta-tuli daripada rakyat di mana yang hitam itu
sebenarnya putih disebabkan itulah yang dikatakan oleh seorang perdana
menteri, sudah pun berlalu. Pelbagai soalan telah dikemukan, tetapi tidak
ada jawapannya. Menteri berkenaan, tidak membenarkan para jemputan daripada
parti pembangkang yang dijemput menyaksikan lakonan semula itu untuk
berdebat mengenainya. Kerana itu mereka telah melakukan satu tindakan yang
betul untuk tidak menghadirkan diri, walaupun sudah menerima jemputan itu.
Inilah yang memelikkan. Seeprti betapa peliknya seorang pemerintah medan
tentera yang menuduh pihak pembangkang sebagai golongan yang tidak jujur.
Satu kertas putih kerajaan telah dijanjikan. Tetapi, kabinet dan juga
menteri pertahanan berada dalam keadaan kebingungan. Apakah mungkin kertas
putih yang akan dibentangkan kepada parlimen itu mampu memberikan
penjelasan yang meyakinkan? Tidak mungkin.
Seeprti yang saya tulis pada dua hari yang lalu, Khamis 17 Ogos 00: "
Kerajaan semakin gelabah dengan kes itu: Peguam Negara, Tan Sri Mokhar
Abdullah, selalunya mewajarkan kenapa dia bertindak untuk mengenakan tuduhan
derhaka ke atas yang tertuduh. Di waktu yang sama kita dapat lihat betapa
anggota polis bersentuhan tangan dengan para keluarga yang tertuduh,
sehingga mencuit hati orang luar betapa mesranya pihak polis dengan
kumpulan yang sedang memerangi raja-raja. Impak negatif kalaulah mereka itu
(29 kesemuanya)dituduh di bawah Akta Senjatapi, tentu tidak dapat diterima
ramai, kerana berkemungkinan ada yang akan dijatuhkan hukuman bunuh. Betapa
pun kita melihatnya, pihak kerajaan memang tertekan kini. Yang tertuduh
tidak boleh dibebaskan dan tidak pula boleh dihukum gantung. Setiap opsyen
akan meminggiri satu bahagian besar masyarakat. Kerana itu ramai pegawai
yang gelisah kalau-kalu Mr. Karpal Singh betindak membela beberapa insan
yang tertuduh itu." Inilah keadaannya yang memerlukan disiarkan satu
kenyataan rasmi kerajaan. Hanya segelintir manusia sahaja yang tidak
percayakan rompakan itu pernah berlaku. Memang jelas rompakan itu pernah
berlaku, tetapi bukanlah mengikut kaedah yang dibayangkan oleh pihak
kerajaan itu.
Diterjemahkan oleh: -MT-
19.8.00