Laman Webantu KM2A1: 2582 File Size: 5.0 Kb * |
Mahathir menanggung bahana kesilapan sendiri By Marhain Tua 19/8/2000 4:36 am Sat |
Fokus Khas: Terjemahan Rencana: MAHATHIR MENANGGUNG BAHANA KESILAPAN SENDIRI
(Mahathir paid heavy price for 'error judgement', says Lee)
- oleh Kevin Tan 9.15 Khamis: Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir
Mohammad kini menanggung beban kesilapan pertimbangannya
yang melibatkan mantan timbalan perdana menteri Anwar
Ibrahim, demikian kata Menteri Kanan Singapura Lee Kuan
Yew. "Saya ulangi apa yang pernah saya katakan sebelum episod in
berlaku dan sebelum tercetusnya suka dan duka yang muncul
daripada pendedahan semua itu, betapa Dr. Mahathir terpaksa
menanggung bahana yang berat dan saya amat kasihan
kepadanya. Lee berkata betapa dia merasa "flabbergasted" (tercengang
kebingunan/terkejut beruk) apabila Mahathir mendedahkan
rahsia yang dia sendiri tidak mengetahui bahawa Anwar
'akan' ditahan di bawah akta ISA. Mngikut Mahathir
kononnya, adalah menjadi pilihan (prerogative) ketua polis
negara (Rahim Nor ketika itu) untuk menahan Anwar di bawah
Akta ISA itu. Lee pernah menyoal Mahathir kenapa tidak ditubuhkan satu
suruhanjaya penyiasat serta merta untuk menyiasat punca
mata lebam itu. Dia (Lee) berpendapat, walaupun siasatan
itu tidak akan membebaskan perdana menteri daripada
menanggung tuduhan dalam hal itu, hasil siasatan mampu
menolak sebarang keraguan bahawa beliau (Mahathir) adalah
terlibat dalam membaham mata Anwar. Sebaliknya Mahathir
menyoal beliau pula, apa faedahnya kalau dia terlepas
daripada beban tohmahan serupa itu? "Memang malang sekali," jelas beliau.
Pada hari Isnin, Mahathir telah dilaporkan berkata bahawa
Malaysia kini sedar siapakah kawan dan siapakah lawan.
Kenyataan Mahathir itu memang merujuk kepada pelbagai
kritik yang menghentam sistem perundangan negara dalam
menangani kes Anwar. "Singapura bukanlah sebuah negara musuh Malaysia," jawab
menteri kanan itu. Kemudian dia menambah, " Kami adalah sahabat anda."
Lee menerangkan betapa Singapura mempunyai jalinan yang
akrab dengan pemimpin Malaysia termasuk Anwar ketika
beliau masih menjadi timbalan perdana menteri. "Kami
mengenali satu sama lain dengan akrab sekali. Dan
sebagaimana yang saya katakan apa yang berlaku adalah satu
bencan berat." Menteri Kanan itu telah ditanya apakah hukuman yang
dikenakan terhadap Anwar itu sesuatu yang terlalu berat.
"Apakah relevannya? Mestikah saya mengulasnya?" soal Lee
pula. |